Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, February 19, 2017

Bolehkah PAS bantu UMNO: Takkanlah bohong dah jadi mainan lidah berserban?

Sunday, 19 February 2017
BOLEHKAH PAS MEMBANTU UMNO?

Di mana-mana sejak semalam, ramai yang bercakap mengenai kehadiran peserta dalam perhimpunan akta 355 anjuran Pas yang diadakan di Padang Merbok.

Lebih-lebih lagi, pelbagai media menyebut jumlah yang berbeza mengenainya.

Lewat petang semalam, portal Harakahdaily menyebut kehadiran peserta melebihi 100 ribu.
Portal Malaysiakini menganggarkan kehadiran dalam perhimpunan itu kira-kira 50 ribu.

Sebelum malam, Utusan melaporkan penyokong Pas yang hadir ialah seramai 15 ribu.

Laporan TV3 malam tadi serta Sinar Harian melaporkan kehadiran dalam jangkaan 20 ribu.

Bagaimanapun, pengacara majlis di perhimpunan Akta 355 malam tadi dengan bangga menyebut kehadiran seramai 300 ribu.

Wowww...agak-agaklah dik!!
Sasaran Pas  pula ialah 200 ribu akan menghadiri perhimpunan tersebut sebagai tanda sokongan kepada Akta 355 yang diusulkan oleh Hadi Awang dan diberi laluan oleh UMNO dan BN itu.

Tetapi, anggaran pihak polis mengatakan kehadiran ialah sekitar 20 ribu.
Berapakah kehadiran sebenar orangramai dan penyokong Pas dalam perhimpunan tersebut?

300 ribu? 200 ribu? 50 ribu? 20 ribu? Atau 15 ribu?

Bagi sesiapa yang biasa dengan Padang Merbok, keluasan padang itu tidaklah begitu besar iaitu dianggarkan kira-kira 1.5 kali lebih luas daripada padang bola sahaja. 

Jika setiap orang berdiri dengan selesa memenuhi setiap ruang 1.5 kali padang bola, keluasan terebut dikatakan hanya boleh menampung tidak lebih 30 ribu orang.

Seorang rakan yang pernah bekerja dengan DBKL juga menganggarkan kehadiran semalam tidak lebih 25 ribu.

Dengan andaian bahawa tidak mungkin setiap inci Padang Merbok semalam dipenuhi oleh manusia dengan padat dan berasak-asak, jumlah kehadiran yang ideal dalam himpunan Akta 355 semalam ialah antara 20 ribu hingga 22 ribu.
Dengan kata lain, penyokong Pas yang hadir menyokong perhimpunan Akta 355 semalam hanyalah lebih sedikit daripada 10 peratus berbanding jumlah 200 ribu yang menjadi sasaran sebenar Pas.

Walaupun jumlah 200 ribu yang disasarkan, tetapi yang hadir hanya sekitar 20 ribu.

Di mana lagi baki 180 ribu daripada jumlah yang disasarkan itu?

Bolehkah, berdasarkan hanya kekuatan sedemikian yang berjaya ditampilkan oleh Pas, parti Islam itu memainkan peranan yang benar-benar berkesan membantu Najib dan UMNO memenangi PRU 14 akan datang? (SH 19/02/2017).

Posted by Shahbudin Husin at 10:27
* aku tempek gambar dari astro awani di titik paling padat

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa