Pengumuman

Mulai esok (11 Julai 17) blog ini tidak akan diupdate Oleh kerana blog ini dan blog yang satu lagi mengandungi bahan yang sama, saya rasa adalah wajar untuk menghidupkan satu blog sahaja iaitu mountdweller88 untuk dilayari dengan mudah tanpa gangguan insya Allah Saudara/saudari persilakan ke - mountdweller88.blogspot.com

Tuesday, February 21, 2017

Mereka tak percayakan kita: Korea Utara desak sertai siasatan bersama

Pembunuhan Kim Jong Nam: Korea Utara desak sertai siasatan bersama
Rahimah AbdullahAstro Awani |  Februari 20, 2017 16:12 MYT
Pembunuhan Kim Jong Nam: Korea Utara desak sertai siasatan bersama
Menurut Duta Korea Utara, Kang Chol, Pyongyang sedia menghantar delegasi peguamnya sekiranya Malaysia bersetuju dengan cadangan berkenaan. - Foto Astro AWANI / Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Korea Utara mendesak untuk menyertai siasatan bersama berhubung kematian Kim Jong Nam, abang kepada pemimpin negara itu, Kim Jong Un, ujar Duta Besarnya di Malaysia, Kang Chol.

Kang Chol berkata cadangan itu dibuat bagi mendapatkan penjelasan lebih baik tentang pembunuhan itu.

"Sudah seminggu kejadian berlaku, namun tiada bukti kukuh apa yang menyebabkan kematian," katanya dalam sidang media di Kedutaan Korea Utara di Jalan Bantai di sini hari ini. 
BACA: Wisma Putra arah Duta Malaysia pulang, panggil Duta Korea Utara beri penjelasan

BACA: Rakaman CCTV detik-detik akhir Kim Jong Nam disiar media antarabangsa

BACA: Empat suspek pembunuhan Kim Jong Nam telah meninggalkan negara ini - Polis

Justeru, pihaknya sedia menghantar delegasi peguamnya sekiranya Malaysia bersetuju dengan cadangan berkenaan.

"Jika Malaysia bersetuju dengan cadangan kami, kami akan menghantar delegasi peguam untuk menyertai penyiasatan bersama-sama polis Malaysia," katanya dalam sidang media di kedutaan di sini," tambahnya lagi.

Menurutnya lagi, Korea Utara sebagai negara asal mangsa, mempunyai hak untuk memohon hasil siasatan, khususnya berkaitan dengan dakwaan bagaimana Jong-nam telah dibunuh.

"Terdapat dakwaan bahawa suspek wanita yang ditahan telah membunuhnya dengan menggunakan jarum beracun atau menekup mukanya dengan bahan kimia. Kami mendesak untuk berjumpa dengan suspek bagi mengetahui kebenarannya," kata Kang Chol.

Selain itu permintaan Malaysia untuk mendapatkan sampel DNA keluarga Jong Nam sebelum jasad lelaki itu dapat dibawa pulang adalah didakwa sebagai tidak munasabah.

"Bagaimana boleh diketahui bahawa (keputusan) contoh sampel daripada badan mangsa yang jelas adalah warganegara (Korea Utara) akan dikeluarkan selepas DNA (keluarga) diberikan? Adakah normal jika ujian DNA dilakukan untuk proses identifikasi atau mayat itu sudah reput?," tegas beliau lagi.

Pada Sabtu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, menepis dakwaan Korea Utara bahawa Malaysia sengaja melengahkan proses penghantaran pulang mayat abang pemimpin negara itu, Kim Jong-Nam.

Sebaliknya, tegas beliau, selagi ujian (DNA) daripada waris tidak diperolehi bagi melengkapkan siasatan, pihak Korea Utara harus mengikuti peruntukan undang-undang yang telah ditetapkan oleh negara ini.

BACA: Menelusuri riwayat Kim Jong Nam: Siapa dan mengapa?
Semalam polis memaklumkan, tujuh lelaki warga Korea Utara yang disyaki perancang utama kes pembunuhan abang tiri pemimpin Korea Utara Kim Jong Un, Kim Jong Nam kini masih bebas dengan empat suspek dipercayai telah meninggalkan negara ini pada hari kejadian.

Polis juga pada Sabtu telah menahan seorang lelaki Korea Utara yang disyaki terlibat dalam perancangan pembunuhan tersebut, selepas menahan dua suspek wanita serta seorang lelaki lain sebelum itu.

Isnin lepas, Jong Nam dilaporkan berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) untuk menaiki penerbangan ke Macau apabila secara tiba-tiba seorang wanita dikatakan menekup mukanya dengan kain yang mengandungi cecair beracun.

Jong Nam yang menggunakan nama Kim Chol pada pasportnya, dilaporkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa