Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, February 17, 2017

Pas Terengganu tanak jadi kerajaan, elak sakiti hati UMNO?

Pas Terengganu belum sedia jadi kerajaan
W SAIDATUL NAJEMUDIN - 17 FEBRUARI 2017
Pas Terengganu belum sedia jadi pembangkang Sebahagian peserta yang hadir ke Dialog Terbuka Isu-Isu Semasa Bersama Presiden Amanah dan Pimpinan Pakatan Harapan Terengganu, di Hotel YT MidTown, di sini.

KUALA TERENGGANU - Pembangkang di Terengganu yang didominasi Pas berhadapan dengan masalah besar kerana pihak terlibat disifatkan seolah-olah tidak bersedia menjadi kerajaan.

Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail berkata, sekiranya pembangkang bersungguh-sungguh untuk mengambil alih pentadbiran negeri, sudah tentu pihak terlibat telah mengambil peluang yang ada khususnya sewaktu kemelut politik di peringkat Sidang Dun Terengganu tahun lalu.

Menurutnya, dalam keadaan Dun Terengganu hampir memperlihatkan keseimbangan antara kerusi pembangkang dan kerajaan, sesuatu boleh dilakukan ketika itu memandangkan kedudukan Terengganu adalah kritikal dan BN pula dalam tekanan yang cukup tinggi.

“Dalam keadaan sekarang, pembangkang sedia ada seolah-olah tidak mboh (mahu) jadi kerajaan. Itulah masalah terbesar… Awak (Pas) nak tawar alternatif pada Umno BN tetapi peluang yang ada tidak diambil, jadi awak (Pas) nak jadi apa? (Kalau mahu jadi) penasihat (kepada BN) tidak perlu jadi parti politik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Dialog Terbuka Isu-Isu Semasa Bersama Presiden Amanah dan Pimpinan Pakatan Harapan Terengganu, di Hotel YT MidTown, di sini.

Sementara itu, beliau berharap pembangkang di peringkat Terengganu boleh menyelesaikan isu pertandingan tiga penjuru lebih awal supaya tidak memberi keuntungan kepada Umno dan BN pada PRU akan datang.

Beliau turut memberitahu bahawa BN ketika ini sedang berjuang untuk memastikan berlaku pertembungan tiga penjuru antara parti kerajaan, Pakatan Harapan dan Pas pada PRU14.

Jelasnya, perlawanan tiga penjuru disifatkan sebagai ‘formula teragung’ dalam keadaan BN sedang bergelut dengan pelbagai masalah termasuk isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang telah menyebabkan sokongan rakyat tidak berpihak kepada parti itu.

Selain itu, beberapa program seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia dan peruntukkan Bajet 2017 yang besar juga dilihat tidak berjaya menarik semula perhatian rakyat.

Begitu juga katanya, perkembangan berhubung gagasan Transformasi Nasional 2050 (TN50) dicetuskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga disifatkan menimbulkan kekusutan dan sukar difahami dalam kalangan pegawai kerajaan dan penjawat awam sambil memberitahu kerajaan belum berjaya memberi penerangan jelas kepada khalayak mengenai perkara itu.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa