Pengumuman

Mulai esok (11 Julai 17) blog ini tidak akan diupdate Oleh kerana blog ini dan blog yang satu lagi mengandungi bahan yang sama, saya rasa adalah wajar untuk menghidupkan satu blog sahaja iaitu mountdweller88 untuk dilayari dengan mudah tanpa gangguan insya Allah Saudara/saudari persilakan ke - mountdweller88.blogspot.com

Tuesday, February 21, 2017

Buat ramalan yang betul pun kena pecat ke?

Published on Feb 16, 2017

Timbalan Pengerusi Institut Darul Ehsan (IDE), Prof Dato' Dr Mohammad Redzuan Othman berkata beliau dipecat kerana menghasilkan kajian tepat berhubung keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 sewaktu bertugas sebagai Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL).

Dr Mohammad Redzuan, yang kini dilantik sebagai Naib Canselor UNISEL, berkata beliau dipecat ekoran mendapat tekanan pelbagai pihak yang mendakwa hasil kajiannya menyumbang kepada kekalahan BN pada ketika itu.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kajian Isu dan Persepsi Pengundi Selangor Menjelang PRU14, hari ini.

Published on Feb 17, 2017

Sidang media oleh Timbalan Pengerusi IDE Prof Dr Mohammad Redzuan mengenai isu dan persepsi pengundi Selangor menjelang PRU Ke - 14 yang bakal tiba di Auditorium IDE Shah Alam pada Jumaat 17 February 2017.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa