Pengumuman

Mulai esok (11 Julai 17) blog ini tidak akan diupdate Oleh kerana blog ini dan blog yang satu lagi mengandungi bahan yang sama, saya rasa adalah wajar untuk menghidupkan satu blog sahaja iaitu mountdweller88 untuk dilayari dengan mudah tanpa gangguan insya Allah Saudara/saudari persilakan ke - mountdweller88.blogspot.com

Monday, February 20, 2017

Timbalan Pengerusi MPN kritik alasan Zaid masuk DAP

'Tak perlu masuk DAP untuk tolong Melayu'
WARTAWAN SINAR HARIAN - 20 FEBRUARI 2017
Shamsul Amri Baharuddin

KOTA BHARU - Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim tidak perlu memberi alasan masuk DAP semata-mata untuk menggalakkan orang Melayu berfikiran kritis dan rasional.

Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin berkata, tindakan masuk DAP itu dijangka tidak memberi kesan terhadap alasan tersebut kerana DAP parti platform orang Cina.

“Oleh kerana wujud sekelompok Melayu yang jumud pemikiran dan gaya hidup kearaban, tak bererti semua Melayu bodoh dan tidak kritis serta berfikiran rasional,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Zaid mendakwa orang Melayu berdepan sindrom tidak lagi mahu berfikir secara rasional.

Shamsul berkata, itu bukanlah penyakit dan sindrom orang Melayu sahaja, malah ada pimpinan DAP juga jumud dan ternyata rasis secara 'buta'.

Pengarah Pengasas Institut Kajian Etnik (Kita), Universiti Kebangsaan Malaysia itu berkata, walaupun memilih DAP, tidak semestinya Zaid terlepas daripada golongan jumud dan rasis dalam parti itu.

“Yang menariknya, Adun DAP keluar beramai-ramai kerana pimpinan DAP dikatakan tidak berprinsip, Zaid pula dengan gembiranya masuk DAP untuk bersama pimpinan DAP yang dianggap oleh orang DAP sebagai tiada prinsip,” katanya.

2 comments:

  1. buat apa tolong melayu umno dan pati sukukaum dah lakukan yg perlu ditolong sekarang adalah malaysia yang sudah nazak apalah ngok sangat

    ReplyDelete
  2. Knp kangkung ni tak kritik najib dan celaka2 melayu lain yg mengsengsarakan orang melayu?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa