Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, February 14, 2017

Cerdik ker nih?

Memang tektik Husam tak namakan penerima. Takkan tiba-tiba dia nak dedahkan
Nape report Polis, kata nak saman kenapa tak saman?
Yang nak saman pun hanya Tuan Ibrahim yang cakap tapi Hadi berdalih!

Tak ker kesian puak-puak ni........
Haha......saja-saja nak glemor bergambar di akhbar kot?

Pemuda Pas cabar Husam namakan penerima RM90 juta
14 Februari 2017 | MALAYSIA DATELINE
Ketua Pemuda Pas Kelantan Ahmad Fadhli (tengah) menunjukkan laporan polis terhadap Husam di IPD Pasir Mas hari ini- Foto Sinar Harian

Pemuda Pas Kelantan mencabar Pengerusi Amanah negeri Datuk Husam Musa menamakan individu yang telah menerima dana RM90 juta daripada Umno.

Ketua Pemuda Pas Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, sekiranya Husam di pihak yang benar beliau perlu mengemukakan bukti berhubung tuduhan tersebut.

"Saya cabar beliau menamakan individu yang telah menerima dana tersebut dan tidak hanya membuat tohmahan liar seperti ini.

"Sebagai pemegang jawatan di dalam Pas saya menegaskan tuduhan tersebut tidak benar dan bertujuan untuk merosakkan nama baik parti ini," katanya seperti dpetik portal Sinar Harian.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan polis berhubung tuduhan Husam dalam Ceramah Umum Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Pasir Puteh pada 6 Februari lalu.

Husam yang juga Adun Salor dalam ceramahnya mendakwa bahawa duit yang diterima Pas dari Umno sebanyak RM90 juta sebagaimana didedahkan Sarawak Report disalurkan melalui sebuah bank tempatan iaitu Affin Bank.

Lebih 30 pemimpin dan penyokong Pas hadir membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas hari ini.

Difahamkan, laporan polis diadakan serentak di 14 kawasan parlimen dalam Kelantan.

2 comments:

  1. Dah ikut perangai baju merah. Baju hijau belajar drp baju merah kot. Eloklah bergabung saja

    ReplyDelete
  2. Angin kencang bertiup menderu
    Menghempas sireh patah di gagang
    PAS sekarang sudah celaru
    Ugama Allah turut didagang

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa