Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, February 19, 2017

Himpunan RUU 355: Ohh......banyak pitis PAS ni rupanya?

Himpunan RUU 355: Dari mana Pas dapat wang angkut peserta?
18 Februari 2017 | ARIF ATAN

Pihak penganjur Himpunan RUU 355 semalam mengeluarkan arahan bagi pergerakan bas persiaran, bas sewa khas dan kenderaan persendirian sempena program hari ini yang diuar-uarkan akan dihadiri 300,000 peserta.

Timbul persoalan dari mana Pas mendapat wang yang banyak untuk mengangkut orang ramai dari seluruh negara bagi tujuan menggembleng kehadiran seramai mungkin peserta.

Pas dilihat tidak lebih hanya menyalin kaedah Umno-BN untuk meramaikan khalayak dalam program bermotif politik. Jika Umno memaksa penjawat awam hadir dalam majlis bagi mengelak kerusi ketara kosong, hal yang sama dilakukan Pas dalam himpunan di Padang Merbok mulai petang ini.

Terdahulu, kerajaan Kelantan pimpinan Pas mengumumkan esok sebagai cuti peristiwa bagi membolehkan rakyat negeri itu hadir beramai-ramai ke Kuala Lumpur. Pemberian cuti bagi program berkepentingan politik itu dijangka turut membabitkan kakitangan kerajaan negeri tersebut sebagai peserta "paksa rela".

Ketika Pas sanggup melabur sejumlah dana yang bukan sedikit untuk mengangkut peserta bagi meramaikan "himpunan aman raksasa" seperti disebut presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tahun lalu, kerajaan Pas di Kelantan dilihat gagal menyediakan rumah baharu untuk mangsa banjir yang hilang tempat tinggal akibat bah kuning 2014.

Ketidakmampuan Pas sebagai parti pemerintah di Kelantan untuk menyediakan rumah baharu kepada 1,824 keluarga yang kediaman masing-masing rosak sepenuhnya setakat 31 Mac 2014 memberi peluang kepada Umno-BN yang masih menguasai kerajaan Persekutuan untuk membina Rumah Kekal Baharu (RKB).

Di Kampung Batu Papan 2, Gua Musang contohnya, sebanyak 40 keluarga mangsa banjir gembira selepas hampir setahun setengah menderita tiada rumah yang selesa. Mereka menerima RKB pada 1 Jun tahun lalu dengan majlis penyerahan kunci diserahkan oleh Ahli Parlimen BN, Tengku Razaleigh Hamzah.

Sehinggakan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada bulan yang sama mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Persekutuan atas projek RKB.

Naib Presiden Pas itu juga mengakui kali pertama kerajaan Persekutuan membina rumah baharu dengan setiap rumah bernilai RM65,000 untuk mangsa banjir di negeri itu walaupun negeri-negeri BN pun pernah dilanda bah.

Lebih ramai lagi mangsa bah kuning di Kelantan sehingga akhir tahun lalu masih menanti rumah baharu yang lebih selesa ketika Pas termasuk kerajaan negeri Kelantan hanya sibuk dengan kempen himpunan RUU 355.

Tidak kurang 40 penduduk di Kampung Limau Kasturi, Gua Musang misalnya sehingga akhir tahun lalu, terpaksa membina sendiri rumah sementara menggunakan kayu terpakai termasuk di atas tapak tanah rizab Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) selain masih menumpang di rumah keluarga.

4 comments:

  1. Kah Kah Kah......... Dengki dan jealous letew! Puak2 depa buat apa2 program pun tak laku. Hanya dipenuhi oleh jin2 dan mambang2 je. Tup Tup buat cerita fitnah mcm cerita 90 juta. Kah Kah Kah..... Admin Kesipuan bila nengok jumlah peserta RUU 355 sampai jin2 tocang belaan admin dan husam x10 pun cabut lari terkincit2!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hang dulu masa pas bersama Bersih adakah Bersih bagi duit tambang dan makan. Skrg pas yg tanggong, drp mana pas dpt duit tu? Mungkin drp 90 juta tu kot. Pi tanya lebai2 hampa klu berani

      Delete
  2. Jangan takut...polis melaporkan perhimpunan tak sampai 50k pun. Walaupun walaun dan pimpinan PaS terciritt birit menyediakan pengangkutan termasuk bas plkn membawa ahli ahli pimpinan tolol san penunggang agama ini jauh dari jumlah ahli pas yang berdaftar. Bermakna ramai yang tak pergi atas pelbagai sebab. Aku tak pergi sebab tak nak jadi walaun tolol. Jangan takut...PAS akan tersungkur bermula di Kelantan. Allah maha besar

    ReplyDelete
  3. Kalau lah HAHA ada pelir tentu dia saman SR ...tapi geng 2 PAS tak tau skepeng abok..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa