Pengumuman

Mulai esok (11 Julai 17) blog ini tidak akan diupdate Oleh kerana blog ini dan blog yang satu lagi mengandungi bahan yang sama, saya rasa adalah wajar untuk menghidupkan satu blog sahaja iaitu mountdweller88 untuk dilayari dengan mudah tanpa gangguan insya Allah Saudara/saudari persilakan ke - mountdweller88.blogspot.com

Saturday, February 18, 2017

"Demi mandat rakyat" patah yang dijadikan alasan bila berdepan dengan fulus dan kuasa!

Demi mandat rakyat, PAS tak putus dengan PKR di Selangor

  | February 18, 2017
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata jika pemimpin PAS memutuskan hubungan dengan PKR di Selangor, ia seolah-olah mengkhianati kepercayaan diberikan rakyat menerusi PRU13.
GOMBAK: PAS tidak akan keluar daripada pemerintahan kerajaan negeri Selangor kerana ia mandat yang diberikan rakyat ketika Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata jika pemimpin parti itu memutuskan hubungan dengan PKR, ia seolah-olah mengkhianati kepercayaan diberikan rakyat.
“Mandat dikeluarkan rakyat dan kita kekalkan mandat itu sehingga tamat tempoh. Kalau kita keluar (putuskan hubungan PAS-PKR) bermakna kita mengkhianati rakyat,” katanya ketika ditemui pemberita di Dataran Kolej Islam Universiti Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar, malam tadi.
Sebelum ini, Pesuruhjaya PAS Selangor yang merupakan salah seorang exco kerajaan negeri, Datuk Iskandar Samad berkata PAS Selangor tidak mungkin membuat keputusan untuk putuskan hubungan dengan PKR.
Iskandar berkata kedudukan PAS di Selangor penting bagi menunjukkan parti itu diterima di peringkat nasional bukannya di Pantai Timur atau pengundi Melayu saja.
Katanya, rakyat Selangor yang berbilang agama dan bangsa menikmati manfaat daripada pentadbiran Pakatan Rakyat.
Tuan Ibrahim menyokong kenyataan Iskandar dan berkata tidak timbul soal pemimpin PAS enggan putuskan hubungan dengan PKR disebabkan PAS mempunyai kuasa dalam kerajaan negeri.
Katanya, ini kerana walaupun Pakatan Rakyat di peringkat pusat sudah musnah, namun pemimpinnya masih menjalankan tugas dan pentadbiran yang sangat baik kepada rakyat.
Dalam ucapannya sebelum itu, Tuan Ibrahim berkata peserta Himpunan 355 (H355) diingatkan supaya tidak mencetuskan atau melakukan sebarang provokasi.
Katanya, jika berlaku provokasi, petugas Unit Amal akan merekodkan kejadian itu dan menyerahkannya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Beliau yang juga pengerusi H355 berkata himpunan itu bukannya demonstrasi, sebaliknya hanya mahu mendapatkan sokongan rakyat bagi merealisasikan cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355).
“Himpunan yang diadakan itu bukan mahu menentang mana-mana pihak, namun hanya sekadar mendapatkan sokongan untuk meluluskan perkara (RUU 355) yang menjadi tanggungjawab seorang Islam untuk memenuhi perintah Allah.
“(RUU 355) ini langsung tidak bermotifkan politik kerana hukum Allah melepasi politik. Kita ambil tindakan mengadakan himpunan sebagai tanggungjawab. Maka, saya harap tiada sebarang provokasi akan berlaku kerana ia akan mengeruhkan lagi keadaan,” katanya.
Rang undang-undang persendirian akta itu dibentangkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat pada 24 November tahun lalu dan dijangka akan dibaca buat kali ketiga dalam persidangan pada Mac ini.

4 comments:

  1. Bullshit. Kami beri mndat untuk memperjuangkan nasib kami dari kedurjanaan UMNO tetapi kamu berbaik dengan UMNO. Kamu sokong budget najib walaupun menekan rakyat. Kamu sokong najib dlm ke 1MDB.

    ReplyDelete
  2. Pan Ismaic Party memang pandai bersandiwara..no fulus wal mampush

    ReplyDelete
  3. Betoi, masa PAS sokong budget Najib tu pon terang2 dah khianat pengundi. Ni dok sembang apa lagi ni?
    Cuba habaq mai sat apa yg PAS buat nak bela nasib rakyat. Kami hak pangkah PAS nak tau sangat ni.

    ReplyDelete
  4. Dah la tak malu dan bodoh pulak tu

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa