Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, February 14, 2017

Hubungan Dengan PKR: Fulus punya pasal tunggu Muktamar putuskan!

PAS Tak Perlu Tunggu Muktamar Untuk Putuskan Hubungan Dengan PKR
Posted on Tuesday, February 14 @ 13:05:17 MYT by paktam
Oleh DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR

1. PAS telah membuat kepututusan dasarnya untuk tidak menjalinkan apa-apa kerjasama politik dengan parti AMANAH dan DAP serta parti yang mempunyai hubungan kerjasama dengan AMANAH dan DAP.

Ini bermakna PAS secara tegas dan jelas menolak hasrat parti PPBM untuk menjalinkan kerjasama dengan PAS dan akan memutuskan hubungan kerjasama dengan parti PKR.

2. Sayu dan sedih dengan keputusan PAS tatkala mengenang nasib rakyat yang tertindas dan terbeban akibat salah guna kuasa UmnoBn 'merompak wang rakyat'.Rakyat sangat mengharapkan masa depan Malaysia tanpa UmnoBn berkuasa selepas PRU ke-14 nanti.

3. Rakyat mengharapkan satu pakatan (grand coalition) gabungan kekuatan parti pembangkang untuk meranapkan dan menamatkan kuasa politik UmnoBn.

Berbondong-bondong rakyat dari Melayu Umno meninggalkan parti Umno yang kononnya keramat menerajui pemerintahan negara sejak lebih 60 tahun, semata-mata mahu melihat kepimpinan Melayu Islam yang baru dan bukan atas nama Umno untuk menerajui negara.

KERJASAMA PAS-PKR TERBATAL

4. Alasan yang diberikan ialah PAS tidak akan bekerjasama dengan mana-mana parti yang menjalinkan hubungan kerjasama denga parti DAP dan AMANAH,manakala hubungan dengan PKR akan diputuskan semasa muktamar parti.

Alasan ini sudah tentu mengecewakan rakyat dan menjarakkan PAS dari rakyat terbanyak.Tempoh sebulan yang diberikan PPBM kepada PAS sudah tidak diperlukan lagi kerana PAS sudah pun ada keputusan dasar kerjasamanya dan polisi yang diputuskan.

Berdasarkan kenyataan sebegitu,adalah wajar untuk PAS tidak perlu menunggu hingga muktamar PAS pada April nanti untuk menentukan kedudukan PAS dalam hubungan kerjasama dengan PKR.

Sudah terang lagi bersuluh, PKR sepertimana PPBM sudah mempunyai hubungan kerjasama politik dengan DAP dan AMANAH,malah telah menanda tangani 'perjanjian kerjasama politik' untuk meranapkan kuasa politik UmnoBn pada PRU ke-14 nanti. 

5. Oleh itu secara perinsipnya hubungan kerjasama PAS dan PKR yang sedia terjalin sudah terbatal dengan keputusan dasar yang diumumkan oleh Tuan Guru Datuk Seri Presiden PAS.

Adakah ini bermakna PAS perlu menarik diri dari kedudukkannya dalam kerajaan negeri Selangor dan melepaskan semua jawatan Exco,Ahli Majlis Kerajaan Tempatan,JKKK,ketua kampung,syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan apa-apa jawatan lantikan politik dengan segera secara berprinsip.

Adalah lebih baik untuk PAS  mengelakkan dari apa-apa persepsi atau tanggapan serong yang menampakkan PAS masih sayang pada kebendaan dan ketamakan kuasa yang diperolehi hasil dari kedudukkan dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

Sudah sampai masanya Yb Datuk Iskandar Abdul Samad yang juga Naib Presiden PAS dan rakan-rakan Exco kerajaan negeri dari PAS melepaskan jawatan Exco dan apa-apa jawatan lantikan politik yang berkaitan.

6. Berdasarkan keputusan yang dinyatakan PAS,semua parti pembangkang sudah boleh merumuskan PRU ke-14 akan menyaksikan pertandingan 3 penjuru *termasuk PAS juga sudah boleh *merancang 'sterategi 3 penjuru' untuk memastikan UmnoBn dikalahkan pada PRU ke-14.

Usah lagi menghabiskan masa dengan agenda pujuk rayu untuk PAS menyertai gabungan pakatan pembangkang,sebaliknya semua parti termasuk PAS perlu tumpu kepada usaha 'pujuk rayu rakyat' untuk menolak UmnoBn pada PRU 14 nanti.

#TakNakUmnoBn
#3PenjuruPru14
#Pru14RanapkanUmnoBn
#InsyaallahKemenaganRakyat

DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
11am Taman Malewar K.Lumpur
14 Feb 2017/17 Jamadilawal 1438H. 

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa