Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, February 17, 2017

Terbukti: Kerana dedak di Selangor, ketetapan parti boleh pusing!

'Tak mungkin muktamar putus hubungan PAS-PKR'
Kow Gah Chie     Hari ini, 12:56 tengahari
PAS tidak mungkin membuat keputusan untuk memutuskan hubungan dengan PKR walaupun akan dibincangkan mengenainya dalam muktamar akan datang, kata Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad.

"Saya yakin muktamar berkenaan tidak akan (buat keputusan) memutuskan hubungan dengan PKR," katanya kepada Malaysiakini melalui mesej teks.

"Selangor sangat penting bagi PAS. Ia menunjukkan PAS bukan parti pantai timur atau Melayu sahaja, tetapi parti nasional," jelas beliau sambil menambah PAS turut meraih manfaat daripada kewujudannya di negeri itu.

"Ada kerjasama yang baik di kalangan semua pihak dalam kerajaan negeri dan hubungan adalah seperti biasa. Bukan menghairankan kerana Selangor berbeza daripada negeri lain," katanya lagi.

Rakyat Selangor menikmati manfaat daripada pentadbiran Pakatan Rakyat, kata beliau, oleh itu, tidak adil untuk meletakkannya di bawah kawalan Umno-BN.

"Penglibatan PAS di Selangor membuktikan parti itu boleh memainkan peranan dalam masyarakat berbilang kaum. Di Selangor, slogan 'PAS Untuk Semua' bukan sekadar retorik tetapi ia direalisasikan," katanya.

Sebelum ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan enggan bekerjasama dengan mana-mana pihak yang menjalinkan hubungan dengan DAP dan Amanah.

Ekoran itu, Abdul Hadi berkata, PAS akan mengkaji semula hubungannya dengan PKR dalam muktamar yang dijadualkan diadakan antara 29 April dan 1 Mei akan datang.

Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hasan juga mendakwa bahawa parti itu akan mengkaji semula kedudukan parti itu dalam kerajaan negeri Selangor.

2 comments:

  1. Tak tau lah nak cakap apa lagi........takde maruah dah Pas ni.

    ReplyDelete
  2. boley jalan daaaa

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa