Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, December 2, 2013

Mat Zain Yang Jahil Atau Zahid Berlagak Bijak?

Yang aku hairannya kenapa Gani membisu?
Adakah dia anggap dengan menjadi bisu kekeliruan akan selesai?
Dan persoalan akan terjawab dengan sendiri?

Mat Zain nafi berkomplot jatuhkan Gani Patail
OLEH MD IZWAN
DECEMBER 02, 2013
Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim hari ini nafi berkomplot untuk menjatuhkan Tan Sri Abdul Gani Patail susulan pendedahan salah laku Peguam Negara yang dibuatnya baru-baru ini.
Mat Zain mendedahkan sudah menghantar salinan Perakuan Bersumpah (SD) kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan pegawai kanan kerajaan berhubung salah laku Abdul Gani dalam kes Pulau Batu Puteh.
"Saya ingin menegaskan di sini bahawa jika terdapat apa-apa komplot oleh mana-mana pihak untuk apa pun tujuan mereka, saya memperakukan yang saya tidak bersekongkol atau bersubahat dengan komplot tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
"Saya mendapati ada di antara komen dan kesimpulan yang dibuat adalah tersasar, mengelirukan dan/atau dipesongkan untuk mensensasikan isu," katanya.Pendedahan tersebut mendapat perhatian pelbagai pihak, tetapi, katanya, kebanyakan pihak membuat tanggapan salah terhadap perkara mustahak yang cuba disampaikannya.
Pada 2008, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague, Belanda memutuskan kedaulatan pulau yang bersaiz separuh padang bola sepak itu diserahkan kepada Singapura.
Dalam kandungan 31 muka surat SD Mat Zain, beliau mendakwa ratusan juta ringgit bertukar tangan dan dimasukkan ke dalam akaun bank di Hong Kong berhubung kes ini.
Mat Zain turut mendakwa Abdul Gani sengaja menyebabkan Malaysia kalah dalam kes itu, menyebabkan keputusan ICJ berpihak kepada Singapura.
Beliau menggesa pihak berkuasa menyiasat punca sebenar Malaysia tewas dalam mendapatkan hak Pulau Batu Puteh.
Katanya, akuan bersumpah itu dibuat bagi meyakinkan Putrajaya untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung isu Pulau Batu Puteh yang dimiliki Singapura.
Mat Zain berkata, beliau sudah memaklumkan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, susulan beberapa pihak yang menggesanya membuat laporan polis terhadap tuduhan dilemparkan dalam SD dibuatnya.
"Saya mengambil kesempatan ini, untuk mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali, beberapa hari lalu yang menggesa saya membuat laporan polis berkaitan dengan SD yang saya ikrarkan itu supaya pihak polis boleh memulakan penyiasatan.
"Pada 10.10.2013 ketika mengirimkan salinan SD berkaitan kepada Ketua Polis Negara, Ketua Setiausaha Negara dan Peguam Cara Negara, saya menyertakan surat iringan yang agak panjang lebar," katanya. - 2 Disember, 2013.
Lagi article berkaitan
Gagal lapor salah laku Gani, Anwar sifatkan tindakan Shafee jenayah serius

2 comments:

  1. apa lah diharapkan dengan puak puak ni dah lama dikenali kalau masih ada saki baki yang terpalit maka kecewa la yang mengharap

    ReplyDelete
  2. Yg bawa wang berjuta kena tangkap di Hong Kong tak berapa lama dulu tu, mungkin kes berkaitan dgn seseorang individu berasal dari Sabah. Patutpun membisu saja individu tu. Tapi faham2 sajalah dgn siasatan dalaman, ada OSA melindungi.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa