Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Raden tidak mengaku mempersendakan rakan sejawatnya di Kuantan Fuziah Salleh ketika membuat usul melaksanakan darurat di Kuantan Rabu lalu.

Malah, ahli Majlis Tertinggi Umno dari Sabah itu turut mahu Fuziah "bertaubat" kerana menipu dan sengaja mahu mendapatkan simpati.

NONE"Kenapa beliau ada di Dewan Rakyat sedangkan rakyat memerlukan beliau (di kawasan banjir). Dulu masa Lynas, beliau sanggup berminggu-minggu duduk di Kuantan untuk berdemo," kata beliau ketika ditemui di lobi Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Menurut Bung Mukhtar, Ahli Parlimen Paya Besar, Abdul Manan Ismail yang sepatutnya membentangkan usul pada hari sama telah terus pulang ke Kuantan untuk membantu rakyat di situ.

Beliau yang juga pengerusi Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) turut menafikan tidak memperdulikan nasib mangsa banjir tersebut.

"Sebelum Fuziah buat usul, Felcra dah hantar bantuan makanan di Kuantan saya arahkan hantar makanan tapi saya terlupa menyentuh

"Ini bermakna saya betul-betul komitmen tinggi ke arah musibah rakyat bukan macam dia," katanya.

Portal Harakahdaily melaporkan hari ini yang Bung Mokhtar seolah-olah mempersendakan usul darurat akibat banjir yang dibawa Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh, sebagai satu penghinaan kepada penduduk ibu negeri Pahang.

Ketua Penerangan PAS Pahang Suhaimi Saad berkata, usul darurat yang dibawa oleh Fuziah itu tepat kerana apabila diisytiharkan akan melibatkan bantuan tentera dan banyak agensi kerajaan bersegera turun bagi membantu penduduk.

"Berdasarkan rakaman video Bung Mokhtar kelihatan mengganggu ucapan Fuziah sambil tergelak, seolah-olah kesusahan dan nasib hidup atau mati mangsa-mangsa banjir di Kuantan hanyalah gurauan," Suhaimi dipetik sebagai berkata.