Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, December 5, 2013

UMNO Menang Undi Popular?

Lamanya ambil masa mengira dan mendapatkan idea untuk belit!
Logiknya ada kalau dipecahkan semua parti-parti yang bertanding

Tapi bagaimana mereka pecahkan undi-undi yang mereka terima sedangkan mereka bertanding di atas tiket BN!
Bagi PAS, DAP dan PKR memang boleh dibuat pecahan sebab mereka bertanding di atas tiket parti masing-masing

Aku rasa orang-orang UMNO saja yang boleh terima dakwaan ini sebab.........

Selepas enam bulan, Umno dakwa menang undi popular!
ANALISIS BERITA OLEH THE MALAYSIAN INSIDER
DECEMBER 05, 2013

Ibu pejabat Umno sudah pasti sangat sibuk sejak enam bulan lalu sehingga tidak sempat untuk mengira kerana hanya kini mereka sedar bahawa mereka yang memenangi undi popular dalam pilihan raya umum pada 5 Mei lalu, bukannya Pakatan Rakyat (PR).
Ini dapat dilihat daripada cara Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak melihat isu ini, Barisan Nasional (BN) memenangi undi popular di sembilan negeri berbanding dengan PR di empat negeri sahaja.
Perdana Menteri juga berkata, Umno sebagai sebuah parti yang memenangi lebih undi popular  berbanding ketiga-tiga parti PR - PKR , DAP dan PAS. Jangan kita lupa Umno juga mendapat tambahan sembilan lagi kerusi di Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Umno hilang lebih banyak kerusi di negeri lain, atau adakah ia diambil kira dalam dunia Umno? Juga, mengapa ia mengambil masa enam bulan untuk akhirnya keluar dengan kenyataan, hey kita sebenarnya menanglah.Sudah tentu ia benar. Jika seseorang memutuskan untuk mengira mengikut prestasi setiap parti dan pergi negeri ke negeri. Tiada siapa yang boleh mempertikaikannya walaupun BN hanya mendapat tambahan kerusi di empat negeri - Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perak.
Jika itu yang boleh mengembirakan Umno, bersoraklah. Lagipun, Umnolah parti yang paling bersedia sekali dalam pilihan raya lalu dalam usahanya mencari 'calon winable'
Bagaimana pula ia menjelaskan kehilangan lebih banyak kerusi persekutuan, lebih banyak kerusi di Selangor dan Pulau Pinang? Kita hanya boleh menganggap bahawa ia tidak perlu kepada Umno, kerana ia tidak berfikir secara umum yang lebih besar tetapi jumlah semua bahagian-bahagiannya.
Dan ia mungkin berfikir Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah salah apabila berkata BN hanya memenangi  47% undi popular berbanding PR 51%. Bagus juga kalau Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) boleh mengira semula mengikut cara Umno.
Mungkin ini adalah pandangan umum Umno. Hanya pencapaiannya penting bukan sekutunya dalam BN. Hanya nasib Melayu yang perlu diambil kisah, dan tidak rakyat Malaysia yang lain. Jika begitu kenapa membawa idea 1Malaysia ? Atau Kemungkinan Tanpa Batasan?
Hakikatnya ialah, Umno dan BN terus kekal memerintah Malaysia sejak merdeka pada 1957 dan enam tahun kemudian apabila Malaysia dibentuk. Ia memegang semua kuasa, perkhidmatan awam dan media.
Ia benar-benar akan menjadi kejutan jika PR dapat menjatuhkan BN dan Umno dalam pilihan raya umum lalu . PR berjaya dua kali menafikan BN dua pertiga majoriti di Parlimen, yang super majoriti sudah menjadi  lagenda.
Walaupun Umno bergembira dengan kejayaannya, mungkin ia perlu mengambil kira hakikat bahawa sekutunya tidak berjaya melakukan dengan baik, terutama parti Cina iaitu MCA dan Gerakan. Mengapa ia tidak berlaku ketika Najib dan kumpulannya cuba memikat orang Cina dan India di bawah konsep 1Malaysia?
Presiden Umno dan rakan-rakan partinya perlu melakukan lebih daripada sekadar percaya mereka melakukan dengan baik di sembilan negeri dan bukan seluruh negara. Mereka bukan parti pinggiran yang hanya boleh hidup dengan sokongan di luar bandar. Mereka adalah parti kebangsaan yang menerima sokongan daripada semua kawasan termasuk bandar di kedua-dua pilihan raya umum yang lalu.
Itu yang patut dibanggakan, jika tidak ia hanya menjadi perkara yang membimbangkan tentang ketidakupayaannya untuk mendapatkan songan super - majoriti di Parlimen. Adakah Umno mahu melihat hari di mana presidennya mengumumkan  ia memenangi undi popular di lapan negeri atau kurang sahaja?
Itu yang patut dibanggakan jika tidak ia hanya jaguh kampung sahaja. Umno bukan jaguh kampung tetapi parti yang berjaya mendapatkan kemerdekaan untuk Tanah Melayu dengan sekutu-sekutunya pada 1957 lalu.
Umno tidak harus berbangga bahawa ia dapat merampas beberapa kerusi dari pilihan raya yang ia pasti untuk menang  semula lebih negeri dan dengan super - majoriti . BN berjaya merampas kembali  Kedah dan mengekalkan Perak, tetapi ia kehilangan beberapa kerusi penting termasuk di tempat kelahirannya, Johor.
Itu yang perlu Umno buat jika mahu menang besar atau tidak kalah dalam PRU 14.
Lagi pun, politik dan mentadbir negara lebih kompleks daripada sekadar permainan badminton.
Umno menafikan dakwaan PR bahawa ia memenangi undi popular pada PRU13 dengan mengatakan bahawa BN memenangi undi popular di sembilan negeri berbanding PR hanya empat .
Presiden Umno juga berkata kenyataan beliau datang selepas Umno dipermainkan oleh kenyataan Pakatan: Bahawa PR memenangi 51% undi popular walaupun tidak membentuk kerajaan Persekutuan dan bahawa BN merupakan sebuah kerajaan minoriti kerana ia memenangi hanya 47% undi popular dalam PRU13.

Najib , yang juga Perdana Menteri, berkata demikian dalam ucapan dasar beliau di pembukaan Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur, hari ini. – 5 Disember, 2013.

1 comment:

  1. Matematik ala Rais le tu.....
    Statistik stail SPR.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa