Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, December 9, 2013

Warga Asing Merusuh Di Singapura?

Rusuhan di Singapura
SINGAPURA: Rusuhan tercetus di kalangan pekerja dari Asia Selatan, di sini, malam tadi, dan merosakkan kereta polis dan beberapa kenderaan di kawasan digelar `Little India', kata saksi dan media tempatan.
Kejadian berkenaan yang berlaku di republik yang mengamalkan perundangan ketat tercetus di kawasan biasanya dibanjiri ribuan pekerja, kebanyakannya dari benua kecil India, pada hari cuti mereka. 
Punca kejadian tidak begitu jelas dan keadaan kemudiannya terkawal dalam dua jam, kata orang ramai yang berada di kawasan itu memberitahu AFP.

“Polis mengesahkan rusuhan berkenaan di simpang Jalan Race Course dan Jalan Hempshire, kira-kira 9.23 malam
“Anggota polis di kawasan itu sedang mengawasi keadaan. Orang ramai dinasihati supaya menjauhi kawasan berkenaan,” menurut kenyataan Polis Singapura menerusi Facebook rasmi jabatan itu.
Beberapa gambar yang tersebar di media sosial menunjukkan sekurang-kurangnya dua kenderaan, termasuk ambulans terbakar di jalan.

Wartawan AFP yang berada di kawasan itu pula melihat tingkap kenderaan polis dan ambulans dipecahkan. - AFP

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa