Sebenarnya aku dah malas nak sentuh perkara ni
Tetapi bila kenyataan melalut dan separuh masak macam ni aku gagal menahan diri dari mengomen
Nasib baik pihak polis dan KDN lebih cerdik dan bertindak waras
Yang pihak polis nak panggil atau nak tangkap selepas tu bukan menjadi isu lagi
Berani buat, beranilah tanggung!
Tapi Fatwa melibatkan Hukum dan kalau nak menghukum mestilah adil
Bila pulak rakyat berperang dengan kerajaan?
Kalau benar takkan risik polis dan tentera tidak tahu?
Kalau benar tentuya pihak polis dan tentera bertindak awal sebagai langkah pencegahan
Katanya, kenyataan itu berdasarkan dakwaan bahawa kumpulan peserta demonstrasi tersebut berhasrat untuk menggulingkan kerajaan
Tergelak sakan aku bila membaca kenyataan dangkal dan bodoh begini dari seorang yang bergelar Mufti dan mengeluarkan Fatwa!
Bukankah kenyataan begini dengan hanya berdasarkan dakwaan?
Dakwaan dari sebelah mana?
Adakah dia mendengar dari kedua-dua belah pihak?
Maknanya dia hanya mendengar tanpa selidiki
Pemuda PAS Perak nak jumpa pun dia lari - kecut!
Pastu beralasan dengan sandarkan ayat Qur'an berjela-jela semacamlah hanya dia seorang saja yang faham dalam Malaysia ni
Senjata yang dijumpai polis tu confirm ker peserta demo yang bawa?
Seandainya benda itu 'planted' bagaimana?
Atau sengaja ditinggalkan oleh pihak lain?
Memang tidak boleh disangkal sekiranya pendemo membawa parang, senapang, pistol atau bom secara terangan dan polis berhak menembak untuk membunuh kerana mencegah terjadi perkara yang lebih buruk.
Memang ayat al-Qur'an itu sudah lengkap tetapi otak dan perasaan kamu yang tidak lengkap!
Adakah ini cara Islam menghukum?
Mufti: Darah halal sebab mahu guling k'jaan
Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria mempertahankan kenyataannya yang menggelarkan peserta perhimpunan membantah kenaikan kos sara hidup pada 31 Disember lalu sebagai golongan yang halal dibunuh atau “bughah” dalam bahasa Arab.
Katanya, kenyataan itu berdasarkan dakwaan bahawa kumpulan peserta demonstrasi tersebut berhasrat untuk menggulingkan kerajaan.
Harussani dalam satu wawancara disiarkan akhbar Sinar Harian berkata, kenyataan itu juga berdasarkan ayat al-Quran bahawa darah golongan itu halal kerana mereka mahu menggulingkan kerajaan dan membahayakan orang lain.“'Bughah' atau darah halal itu dalam konteks membahayakan nyawa orang lain dan niat mereka mahu menggulingkan kerajaan.
“Mereka kata mereka benar, tetapi cara mereka salah. Ayat al-Quran itu sudah lengkap. Walau apa pun alasan, cara itu tetap salah.
“Saya juga tidak bercakap kosong. Lihat sahaja pada hari kejadian polis menjumpai pelbagai senjata seperti parang dan juga bom buatan sendiri. Apakah itu dikatakan aman?,” katanya dalam wawancara itu.
Beliau berkata, kenyataan itu berpandu kepada surah al-Hujurat, Ayat 9 - “Dan jika dua puak daripada orang-orang yang beriman berperang; maka damaikanlah di antara kedua-duanya;
“Jika salah satu berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga dia kembali mematuhi perintah Allah;
“Jika dia kembali patuh maka damaikanlah di antara kedua-duanya dengan adil (menurut hukum Allah),” katanya yang membacakan semula tafsir ayat tersebut. - sumber
# Tapi kalau portal berita ini salah petik, berdosalah aku!
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa