Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, January 6, 2014

Bijak Sungguh JAIS Dan Harussani!

Pandai sungguh JAIS dan Harussani memalingkan isu
Demi kepentingan sape ek?

Rakyat dah lalok dan mabuk dengan isu agama pulak
Perkasa, Jati dan UMNO pun kutiplah peluang yang mungkin sudah dirancang
Maka riuh rendahlh jadinya sehinggakan isu 'Beban Saraan Hidup' tenggelam
PAS, DAP dan PKR terikut-ikut meriuh rendahkan suasan
Itulah yang mereka kehendaki kan?

ADUN DAP pertahan cadangan pinda enakmen S'gor
Seorang daripada tiga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN), yang dikecam pelbagai NGO, termasuk ketua pembangkang kerana mencadangkan Enakmen Ugama Bukan Islam 1988 di Selangor dipinda, tetap mempertahankan pendiriannya.ADUN Damansara Utama Yeo Bee Yin (kiri) berkata, perkara itu pandangan peribadi mereka, ekoran serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Persatuan Bible Malaysia (BSM).

“Ia pandangan peribadi kami dengan harapan menyelesaikan perkara ini supaya undang-undang selaras, dan ia bukan pandangan Pakatan Rakyat.

“Kami tidak berunding dengan pemimpin lain Pakatan sebelum mengeluarkan kenyataan,” katanya kepadaMalaysiakini.

“Saya pertahankan kenyataan dan pendirian kerana kami bekerja sebagai satu pasukan, tetapi tetap menghormati pandangan yang menentang cadangan sebegitu.”

Pada Jumaat, Yeo bersama ADUN Kampung Tunku Lau Weng San dan ADUN Bukit Gasing Rajiv Rishyakaran mengeluarkan kenyataan yang mencadangkan enakmen itu dipinda supaya selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.- sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa