Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, January 10, 2014

Gambar: Ini Dia Dua kakitangan Wisma Putra yang didakwa buat tuntutan palsu

Dua kakitangan Wisma Putra didakwa atas kesalahan buat tuntutan palsu
OLEH HASBULLAH AWANG CHIK 
JANUARY 10, 2014
LATEST UPDATE: JANUARY 10, 2014 02:24 PM
Dua kakitangan Wisma Putra, Shahril Efendi Abdul Ghani (kanan) dan Mohd Hadtamizi Abu Bakar (kiri) di luar Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abdul Halim, 10 Januari, 2014.

Dua kakitangan Wisma Putra yang didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini, atas tuduhan memperdaya Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat pada Disember 2011 iaitu membabitkan perbelanjaan USD126,681 (RM 413,674)  mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.
Hakim Rosbiahanin Arifin membenarkan ikat jamin RM30,000 kepada dua tertuduh terbabit iaitu Shahril Effendi Abd Ghani, 47, dan Mohd Hadtamizi Abu Bakar, 48, dan kedua-duanya diminta menyerahkan pasport kepada mahkamah.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Shamsul Sulaiman meminta mahkamah mengenakan ikat jamin RM40,000 bagaimanapun peguam yang mewakili Shahril Effendi memohon supaya ia dikurangkan kerana tertuduh menjaga ibunya yang berusia 72 tahun dan sakit.
Dua pegawai kanan Wisma Putra itu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Selasa lalu bagi membantu siasatan berkaitan tuntutan palsu penggunaan kenderaan yang dikemukakan mereka semasa Sidang Kemuncak APEC 2011 di Hawaii, Amerika Syarikat ketika mereka bertugas di Kedutaan Malaysia di Washington."Tertuduh yang berkhidmat dengan kerajaan sejak 20 tahun lalu baru sahaja pulang dari Washington dan risaukan keadaan ibunya," katanya.
Dalam pertuduhan yang dibacakan di mahkamah, Mohd Hadtamizi didakwa bersubahat bersama Shahril Effendi yang ketika itu merupakan Timbalan Ketua Perwakilan Kedutaan Besar Malaysia, dalam pengakuan mereka membayar USD126,681 (RM413,690) sebagai deposit sewaan kenderaan, sedangkan jumlah sebenarnya hanya USD88,500 (RM289,006).
Kedua-dua mereka dituduh di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009, dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(2) akta sama yang mana jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum sehingga 20 tahun penjara dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah tuntutan palsu yang dibuat.

Hakim menetapkan 10 Februari sebagai tarikh sebutan semula kes bagi kedua-dua pertuduhan itu didengar bersama. – 10 Januari, 2013.

3 comments:

  1. Muka gaya orang kaya ini.

    ReplyDelete
  2. Jangan membuat andaian dan penghakiman sendiri sekiranya kita tak tahu cerita sebenar. Wajarkah pegawai yang berkhidmat sekian lama diperlakukan begini dan diletakkan kesalahan oleh orang lain yang above the law? Tuhan Maha Adil, dan moga Dia menolong orang terainaya.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa