Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, January 10, 2014

Ko Nak Buraikan Isi Perut Polis, Nak Minta Polis Tolong?

Kes lama pun belum ada penyelesaian
Kes tembak bukannya kes kecil
Polis dah janji nak siasat tapi........
Ko jagalah bontot kamu sendiri!

Khamis Januari 9, 2014
Pengerusi MyWatch Dakwa Terima SMS Ugutan Bunuh

BANDAR SERI JEMPOL: Pengerusi Malaysian Crime Watch Task Force (MyWatch), R. Sri Sanjeevan membuat laporan polis berhubung ugutan bunuh yang didakwa diterimanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).
Katanya beliau menyedari SMS itu pada kira-kira pukul 8.43 pagi Khamis.
"Saya mensyaki SMS ugutan bunuh ini ada kaitan dengan kejadian saya ditembak pada 27 Julai 2013," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol di sini.
Katanya beliau berharap polis memberikan perlindungan kepada dirinya dan anggota keluarganya yang tinggal di sebuah kawasan perumahan di Bahau dekat sini.
Dalam pada itu, beliau turut melahirkan rasa kecewa kerana kes beliau ditembak pada Julai lepas masih belum dapat diselesaikan oleh polis.
Pada 27 Julai lepas, Sri Sanjeevan, parah di bahagian rusuk kanan selepas terkena satu das tembakan yang dilepaskan dua lelaki bermotosikal di simpang jalan di Taman Cempaka, Bahau kira-kira 4.30 petang.
Ekoran kejadian itu, beliau telah menjalani pembedahan bagi mengeluarkan peluru dari bahagian rusuknya dan kini beransur pulih. - sumber

2 comments:

  1. mana prinsip keadilan dalam tugas yang dilaung laungkan. jaga keamanan ramai lagi penting dari nak jaga dua tiga kerat anggota yang jahat.

    ReplyDelete
  2. Ini nak harapkan Jamban jaga taik yang merata rata ada, sana sini.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa