ARZIANA MOHMAD AZAMAN
11 Januari 2014
Antara kanak-kanak yang jadi mangsa
KUALA SELANGOR - Mereka masih kecil dan tidak tahu apa-apa, namun pemilik dan pengasuh sebuah taska di Puncak Alam, di sini, tergamak mendera kanak-kanak yang dihantar ke situ untuk melampiaskan kemarahan.
Bukan setakat dipukul dengan pembaris panjang jika mereka ingkar arahan, malah lebih memilukan apabila ada di antara bayi yang diangkat dengan sebelah tangan secara kasar kemudian dicampak ke tilam tempat mereka tidur begitu sahaja.
Akibatnya, ada di antara 30 kanak-kanak dalam lingkungan umur lima bulan hingga lima tahun di taska berkenaan mengalami keadaan trauma dan murung.
Kejadian ini didedahkan oleh dua bekas pengasuh taska berkenaan yang diberhentikan hanya selepas enam hari bekerja kerana majikan pusat jagaan kanak-kanak tersebut dikatakan bimbang rahsia bayi dan kanak-kanak yang diasuh di situ didera, terbongkar.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Junaidi Bujang mengesahkan menerima laporan mengenai perkara itu dan pihaknya masih menyiasat sama ada kes itu diklasifikasikan sebagai penderaan atau tidak.
Belang majikan terbongkar
Bekas pekerja taska berkenaan, Maya (bukan nama sebenar), 17, memberitahu, ketika mula bekerja di situ bersama sahabat baiknya, Suraya (juga bukan nama sebenar), 18, pada 2 Januari lalu, mereka tidak nampak sebarang perlakuan mencurigakan.

“Pada hari pertama semuanya nampak ok saja. Kami bekerja dari jam 7 pagi hingga 7 malam,” katanya membuka cerita.
Menurut Maya, bagaimanapun, selang beberapa hari, belang majikannya yang berusia lebih 30 tahun itu dan seorang pengasuh mula terserlah.
“Mereka senang-senang saja merotan dan mencubit budak-budak itu. Ada yang sampai lebam-lebam dikerjakan. Marah jangan cakap lagilah, sampai tersedu-sedu mereka dibuatnya. Memang sedih kami tengok,” katanya.
Maya berkata, kanak-kanak dirotan dengan pembaris panjang jika mereka tidak mendengar kata, sementara bayi yang menangis diangkat dan dicampak dengan kasar. Itu macam sudah menjadi rutin di situ.
“Biasalah bayi menangis sebab nak susu. Saya sungguh sedih dan tak faham kenapa mereka buat macam tu,” katanya lagi.
Kanak-kanak jadi trauma
Sementara itu, Suraya berkata, dia juga menyaksikan perkara yang sama dilihat Maya, malah katanya, dia tidak menolak kemungkinan kanak-kanak yang dihantar ke taska itu mengalami trauma yang teruk.
Tambahnya, untuk membuktikan kejadian ini benar-benar berlaku dan supaya perkara seperti itu dihentikan segera oleh pihak berkuasa, dia dan Maya tekad ambil beberapa gambar.
“Ada satu kejadian, iaitu kira-kira jam 3 petang pada 8 Januari lalu. Salah seorang budak lelaki dimarahi dan dipukul dengan pembaris panjang kerana tak membaca dengan kuat.
“Maya ingat nak rakam kejadian itu sebab kebetulan telefon ada dalam tangan dia, tapi (tak berani sebab) pengasuh tu nampak. Jadi Maya terpaksa batalkan niat itu,” katanya.
Menurutnya, kejadian itu tidak berakhir di situ sahaja. Selepas tamat bekerja pada hari yang sama, majikan memanggil untuk bertemu mereka berdua.
“Majikan beritahu yang saya dan Maya diberhentikan. Tak payah datang kerja lagi esok. Alasannya kami tak buat kerja macam yang dia nak.
“Tapi sebenarnya itu hanya alasan sebab pengasuh itu dah beritahu majikan tentang cubaan Maya nak rakam kejadian budak kena pukul,” katanya.
Selepas itu, katanya, dia dan Maya memutuskan membuat laporan di Pondok Polis Alam Jaya.
Suraya menambah, mereka tidak mahu kejadian di taska itu terus menjadi rahsia kerana kasihan dengan kanak-kanak yang didera dan memerlukan pembelaan.
Kebersihan tak terjaga
Dalam pada itu, Maya dan Suraya turut mendedahkan keadaan kebersihan dapur taska berkenaan yang didakwa tidak dijaga dengan memuaskan.
“Memang teruk. Mereka guna periuk sahaja untuk menjerang air Majikan tak mahu guna cerek elektrik untuk jimat duit.
“Paling tak boleh terima, air yang dah dijerang dimasukkan ke dalam bekas yang dah berkarat dan layak dibuang,” kata Maya.
Tidak sekadar itu, kebanyakan anak kecil juga hanya dibiarkan memakai lampin pakai buang tanpa pakaian.
“Sudahlah begitu, mereka diberi minum susu atas lantai semata-mata. Tikar pun tidak ada,” katanya lagi.

Adakalanya binatang lebih berperikemanusiaan dari manusia.Pernah dilaporkan ada anjing yang menyelamatkan dan menyusukan bayi yang dibuang oleh binatang bernama manusia.
ReplyDelete