Walau pun budak nakal, kalau kena orang tak akan mendatangkan kecederaan ke?
Apa kata kalau ini hanyalah langkah permulaan?
Published: Sabtu Januari 11, 2014 MYT 7:08:00 PM
Updated: Sabtu Januari 11, 2014 MYT 7:09:34 PM
Sekumpulan Lelaki Berpakaian Hitam Dalang Insiden Tembakan Di Kota Kinabalu
Rakaman CCTV menunjukkan dua lelaki berpakaian hitam dan memakai hud hitam terlibat dalam insiden tembakan itu.
KOTA KINABALU: Sekumpulan lelaki yang terlibat dalam insiden tembakan di Kota Kinabalu berpakaian hitam atau memakai hud hitam untuk menyembunyikan muka mereka.
Rakan kamera litar tertutup (CCTV) dari sebuah hotel bajet di Damai, Luyang menunjukkan sebuah kereta memecut laju selepas beberapa das tembakan dilepaskan ke arah pintu masuk hotel tersebut kira-kira tengah malam Jumaat.
"Mereka kelihatan seperti sekumpulan remaja, mereka memandu laju selepas insiden tembakan itu.
"Anda tidak dapat melihat imej itu dengan jelas tetapi mereka kelihatan muda," kata seorang penyelia sebuah restoran, Dominic Peter yang menyaksikan rakaman CCTV itu.
Seorang pengawal keselamatan di salah sebuah bank yang menjadi sasaran kumpulan tersebut berkata, dia terdengar sesuatu mengenai pintu kaca.
"Ketika saya ingin memeriksa, cermin tingkap itu berkecai," katanya.
Pengawal keselamatan tersebut yang enggan namanya didedahkan berkata, pada mulanya dia menyangka seseorang membaling objek keras ke arah cermin tingkap itu.
"Kadangkala cermin tingkap ini boleh retak dan saya fikir itu yang terjadi," katanya.
Rakyat di negeri itu dihantui kebimbangan selepas 30 tempat di Kota Kinabalu, Inanam dan Penampang dijadikan sasaran tembakan misteri, dipercayai angkara tiga kumpulan yang melepaskan tembakan menggunakan pistol angin dan guli sebagai peluru.
Tiada sebarang kecederaan dilaporkan.
Polis menolak dakwaan kejadian tembakan di Kota Kinabalu mempunyai kaitan dengan kumpulan bersenjata Sulu atau percubaan menceroboh Lahad Datu.
Mereka percaya insiden tembakan itu dilakukan oleh budak nakal (juvana) dan meminta penduduk di negeri tersebut untuk bertenang.
Tembakan Di Kota Kinabalu: Polis Syak Perbuatan 'Budak Nakal', Tiada Kaitan Pengganas Sulu
Kesan tembakan di salah sebuah bank di Kota Kinabalu.
KOTA KINABALU: Polis menolak dakwaan kejadian tembakan di Kota Kinabalu mempunyai kaitan dengan kumpulan bersenjata Sulu atau percubaan menceroboh Lahad Datu.
Kejadian tembak di lebih dari 20 institusi termasuk hotel dan bank antara tengah malam Jumaat dan 1 pagi Sabtu itu adalah angkara enam individu yang menaiki tiga kereta menggunakan pistol angin dan guli sebagai peluru, kata Ketua Polis Kota Kinabalu Komisioner Jauteh Jikun.
"Kami sedang menyiasat beberapa petunjuk," katanya.
Jauteh berkata polis percaya senjata jenis itu digunakan kerana jika ia terpelanting, ia tidak mampu memecahkan pintu kaca dan cermin tingkap binaan.
"Saya menyeru orang ramai supaya tidak panik.
"Ini adalah kerja-kerja budak nakal (juvana)," katanya pada sidang akhbar pada pukul 1 tengah hari, Sabtu.
Beliau berkata sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu perlu segera menghubungi polis di Hotline 088221191.
Tempat-tempat yang menjadi sasaran Kota Kinabalu adalah:
Kawasan Karamunsing -
1. Agro Bank2. Standard Chatered Bank3. Wisma Merdeka4. Belakang Hotel Hyatt5. Pintu masuk Plaza KK6. Maxis Warisan Square7. Gate B Warisan Square8. Hotel Malar di KK Times Square9. Aeropod KK Times Square10. Pejabat Sutera Avenue KK Times Square11. Pejabat MAA Api -api12. Pintu masuk Wisma Sedco Plaza Wawasan
Kawasan Luyang -
1. DM Hotel Damai2. Ambank Damai3. Stesen Southern Damai4. Pizza Hutt Damai5. Pearl Karaoke Damai6. Secret Recipe City Mall7. Hair Made Saloon City Mall8. Hair Shampoo Saloon City Mall
Kawasan Inanam -
1. Public Bank
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa