“Saya kaitkan dengan firman Allah dalam surah Al-Hujurat, ayat 9 yang bermaksud: Dan jika dua puak daripada orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satu berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga dia kembali mematuhi perintah Allah; jika dia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah),” katanya seperti dilapor akhbar Sinar Harian hari ini
Terserlah kedangkalan Tok Peti ni
Sedarkah dia siapa yang menzalimi, dan siapa pula yang dizalimi?
Bukankah dia telah menggunakan firman Allah untuk menindas dan membuat fitnah?
Dan berpotensi mengharu-birukan negara?
Dan sibodoh mana pula yang mendengar hasutan orang kafir?
Mungkin dia terpaksa bodek dan ampu kerana kedudukan
Maklumlah sekarang ini kebanyakan yang pegang jawatan penting memegang master atau PhD.
Pada aku mereka yang turun itu adalah yang mendengar bisikan nurani dan denyut nadi rakyat.
Mereka tidaklah sebebal Tok Peti yang nampak pitih
Nasib baik kerajaan tidak berpandangan segila dia.......
Kalau dikatakan tafsiran jahil dan bodoh kang ko marah!
Walau diserang, Mufti Perak pertahan kenyataan bughah dan halal darah
Berhadapan serangan daripada pelbagai pihak, Tan Sri Harussani Zakaria (gambar) terus mempertahankan kenyataannya menggelar peserta perhimpunan pada malam sambutan ambang 2014 di Dataran Merdeka sebagai golongan bughah (penderhaka) yang halal darah mereka kerana kononnya ia sesuai dengan apa yang terkandung dalam ajaran Al Quran.
Mufti Perak itu berkata, kenyataan asal beliau adalah berdasarkan demonstrasi yang berhasrat untuk menggulingkan kerajaan berikutan kos sara hidup yang semakin meningkat tetapi nama “guling kerajaan” telah ditukar kerana tidak mendapat sokongan ramai dan diganti dengan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun).
“Bughah atau darah halal disebut dalam konteks membahayakan nyawa orang lain dan niat mereka mahu menggulingkan kerajaan. Mereka kata mereka benar tetapi cara mereka salah. Lihat sahaja pada hari kejadian, polis menjumpai pelbagai senjata seperti parang dan juga bom buatan sendiri.
Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Dr Khairudin Aman Razali berkata pada Khamis, kenyataan Harussani itu sangat jahil mengkategorikan peserta perhimpunan sebagai pemberontak malah lebih malang dan merbahaya apabila darah peserta pula diisytiharkan sebagai halal.“Saya kaitkan dengan firman Allah dalam surah Al-Hujurat, ayat 9 yang bermaksud: Dan jika dua puak daripada orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satu berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga dia kembali mematuhi perintah Allah; jika dia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah),” katanya seperti dilapor akhbar Sinar Harian hari ini.
Katanya, kenyataan Harussani itu amat mendukacitakan kerana ia menggambarkan kegagalan seorang mufti memahami hukum bughah dalam Islam serta boleh membawa kepada huru-hara kepada negara dan tergugatnya keharmonian antara rakyat.
Turut tidak bersetuju dengan Harussani adalah bekas Mufti Perlis, Dr Mohamad Asri Zainal Abidin yang berkata, hanya mereka yang menentang kerajaan dengan bersenjata dan memiliki kekuatan sahaja yang dikira bughah.
Harussani berkata kenyataan yang dikeluarkannya bukanlah didalangi oleh pihak tertentu atau faktor kewangan tetapi berlandaskan nas Al Quran.
“Walaupun diletakkan duit di depan saya dengan nilai setinggi RM10 bilion pun, saya tidak akan sesekali bercakap bukan daripada landasan Islam. Apa yang saya kata berdasarkan firman Allah. Bukan saya reka, jauh sekali mencari publisiti.
“Kita nak buat kerja agama kena jujur, jangan tukar kenyataan. Nak kata apa, katalah. Banyak yang mengata, banyak juga yang menyokong saya. Kenyataan asal saya disalah ertikan beberapa pihak hingga terjadi macam ni,” katanya.
Dalam pada itu, Pegawai Agama Kementerian Dalam Negeri (KDN) Dr Zamihan Mat Zin berpendapat pandangan yang dikeluarkan oleh Harussani berhubung peserta perhimpunan pada 31 Disember lalu tidak dihuraikan dengan baik sehingga mendatangkan pelbagai andaian.
Katanya, Harussani membuat kenyataan tersebut setelah membuat pertimbangan terhadap beberapa aspek dan perlu dianggap sebagai peringatan supaya tidak terlalu ghairah mencari perubahan yang mana akhirnya hanya akan mengundang mudarat.
“Kita perlu sedar, apabila bercakap tentang hukum yang bukan qat'ie (pasti) maka ia bersifat ijtihadi yang mengambil kira fakta, masa, tempat, keadaan dan kesannya. Inilah pertimbangan yang telah dibuat oleh beliau (Harussani) mengenai himpunan guling kerajaan yang dianjurkan beberapa hari lalu.
"Namun kenyataannya mengundang pelbagai tanggapan kerana sebahagian daripada artikel yang dikeluarkan tidak menghuraikan dengan jelas dan telus,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.
Zamihan yang juga presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Waljamaah (Aswaja) berkata kenyataan Harussani mengenai golongan bughah disokong dan meminta tindakan tegas diambil terhadap individu terlibat mengancam keselamatan negara.
“Kita perlu bersangka baik dengan beliau yang merupakan seorang ulama dan juga mufti pro aktif Ahli Sunnah Wal Jamaah, bukannya pengampu politik sebagaimana yang dikatakan sesetengah pihak.
“Apa yang beliau katakan itu hanya satu nasihat agama untuk panduan umat Islam yang lain,” katanya. – 5 Januari, 2014.
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa