Ng Kee Seng
SEKILAS PANDANG: Sekurang-kurangnya, bekas presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kini berpegang kepada fakta di dalam kenyataannya.
Malang bagi MCA, kualiti kepimpinan yang ditonjolkan Chua sudah agak terlambat.
Macamlah MCA masih ada reputasi bagi diselamatkannya, pemimpin serta ahlinya sibuk memuji presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai di atas kemenangan di Teluk Intan.
Ianya amat mengelirukan dan mampu ditertawa, kerana ahli-ahli MCA ini mahu diberi pujian di atas kemenangan BN walaupun mereka sendiri takut berdepan DAP di Bukit Gelugor.
Malaysiakini melaporkan bahawa Chua berkata pilihanraya kecil Teluk Intan mungkin menunjukkan sokongan pengundi Cina telah beralih kepada BN, tetapi ia tidak ada kena-mengena dengan kepimpinan MCA.
“Malah, faktor khidmat berterusan presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong di tempat kelahirannya dan pengundi yang tidak pulang meletakkan Mah sebagai pemenang ke atas Dyana Sofya dengan kelebihan 238 undi,” katanya.
Jadi kenyataan bahawa kepimpinan Liow dan anggapan bahawa pengundi Cina telah kembali ke pangkuan BN wajar ditertawakan.
“Maka, kita boleh ketawa dengan dakwaan pemimpin-pemimpin MCA di dalam gelagat mereka … memuji presiden dan mendakwa kemenangan berpunca kepimpinannya.
“Jangan lupa, dua minggu lalu, kumpulan pemimpin yang sama … membuat keputusan membenarkan DAP menang tanpa bertanding di PRK Bukit Gelugor,” katanya.
Di dalam kenyataannya, Chua berkata faktor lain termasuk andaian bahawa pengundi Cina akan menyokongnya tanpa mengira calon.
Di samping itu, isu hudud dan janji bahawa Mah akan dilantik sebagai menteri kabinet juga memberi Mah kelebihan.
Ini, jelasnya, memberi petunjuk bahawa kemenangan bukan mampu bertahan lama dan mungkin pengundi Cina tidak akan selama-lamanya menyokong BN.
“Saya tidak akan bercakap besar dan mendakwa pengundi Cina telah kembali kepada BN,” katanya.
Liow turut berpendapat kemenangan itu menunjukkan kaum Cina menaruh harapan kepada BN.
“Kita lihat pengundi Cina menyokong BN, sebagai isyarat mereka menaruh harapan terhadap BN.
“Peningkatan sokongan dari kawasan pengundian berbilang bangsa ini boleh dilihat sebagai undian kerana keyakinan terhadap tadbir urus BN,” tambah Chua.
Kepada Liow, inilah sebabnya MCA dilanda masalah dan ditolak pengundi Cina di Malaysia.
Dengan kemenangan tipis dan hampir 20,202 pengundi berdaftar tidak menjalankan tanggungjawab mereka, Mah sendiri tidak terlalu berbangga diri.
MCA wajar tertunduk malu kerana parti itu gagal menang di kawasan pengundian berbilang bangsa di Kajang tempoh hari.
Hello Liow, bolehkah anda dan timbalan anda melakukan transformasi kepada MCA?
Kerana terlalu ramai pembodek, MCA tidak lagi mempunyai pemimpin berbakat.
Sekarang peranan pemimpin2 MCA ialah sebagai badut untuk menghiburkan rakyat Malaysia.
ReplyDelete