Pesawat MAS dilanggar kenderaan bagasi
mk - 10:23PM - 3 Jun 2014
Malaysia Airlines mengalami satu kemalangan lagi hari ini apabila salah sebuah pesawat B737-800 syarikat penerbangan itu dilanggar oleh kenderaan bagasi ketika ia diletakkan di kawasan parkir hari ini.
Foto yang dilihat oleh Malaysiakini mengenai kejadian di Lapangan Terbang Kuala Lumpur menunjukkan bahagian bawah badan pesawat robek.
Mengesahkan kejadian itu, MAS berkata kenderaan bagasi lapangan terbang itu melanggar fiuslaj pesawat itu mengakibatkan kerosakan.Dalam satu kenyataan hari ini, MAS berkata punca kejadian itu sedang disiasat dan pemandunya digantung tugas untuk sementara.
Menurutnya lagi, penumpangnya telah dipindahkan ke pesawat lain.
Sebuah lagi pesawat B737-800 telah digunakan untuk penerbangan berikutnya yang berlepas mengikut jadual, katanya.
Bulan lepas, sebuah pesawat MAS dilanggar oleh kereta lapangan terbang, Perodua Viva semasa ia berada di parkir KLIA.
Hi! I know this is somewhat off topic but I was wondering if you knew
ReplyDeletewhere I could locate a captcha plugin for my
comment form? I'm using the same blog platform as yours and I'm having difficulty finding one?
Thanks a lot!
Also visit my homepage: plenty of fish dating site of free dating
We're a group plenty of fish dating site of free dating volunteers and starting a brand new scheme in our
ReplyDeletecommunity. Your site offered us with helpful information to work on. You have done an impressive process and our
entire community shall be grateful to you.