Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, June 27, 2015

Krisis PR: Korang setujukah dengan ulasan ini?

DAP dan PKR turut sama bersalah sebagaimana Abdul Hadi Awang 
10:30AM Jun 27 2015
oleh Khoo Kay Peng

SUARA LANTANG: DAP mendakwa bahawa Muktamar PAS yang menyaksikan golongan ulama menyapu bersih semua jawatan, telah menyebabkan Pakatan Rakyat terkubur.

Pemimpin DAP Lim Kit Siang berkata gabungan tersebut seharusnya tamat sekiranya mereka memenangi PRU13 pada 2013. Beliau mendakwa presiden PAS Abdul Hadi Awang merupakan penyebab utama kemusnahan Pakatan.

Aneh sekali mengapa Lim pantas menunding jari ke arah Hadi. Ironinya, Lim telah cuba sebaik mungkin di dalam pilihanraya umum yang lalu dengan berkempen untuk PAS apabila mencadangkan calon-calon DAP bakal bertanding menggunakan lambang PAS sekiranya Pendaftar Pertubuhan membatalkan pendaftaran DAP akibat kesalahan di dalam pemilihan parti.

Lim telah membuat cadangan itu bagi memperkukuh peluangnya di Gelang Patah, yang juga kerusi dengan majoriti Melayu. Beliau berdepan cabaran dari bekas menteri besar Johor Abdul Ghani Othman.

Dakwaan Lim ada benarnya. Namun, kedua-dua PKR dan DAP juga merupakan punca mengapa Pakatan tidak dapat bertahan selepas pilihanraya umum yang lalu. Garis sesar tercetus akibat ketiadaan Kerangka Dasar Bersama.

Kerangkan tersebut perlu lebih terperinci. Ia menumpukan sesuatu yang dikongsi bersama seperti perpaduan nasional, keadilan, tadbir urus yang baik dan kemakmuran rakyat di mana parti-parti politik tanpa mengira ideologi mampu bersetuju dan menerima. Isu utama yang menyebabkan perpecahan gabungan sebenarnya tertumpu beberapa ideologi khusus yang selama ini diketepikan para pemimpinnya.

Tidak salah mengatakan bahawa PKR dan DAP sedar terdapat jurang dasar dan ideologi ketara di antara mereka dengan PAS sejak dari mula. Mereka sedar PAS tidak akan berundur dari agenda hududnya. Mereka sedar percanggahan di antara sekularisme dan Negara Islam merupakan konflik ideologi utama di antara PAS dan DAP.
Terdapat juga percanggahan tentang model tadbir urus yang bakal dilaksana serta pengagihan portfolio utama di dalam kerajaan. Kit Siang telah mendedahkan bahawa Hadi tidak menerima Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri dari Pakatan.

Tetapi mereka memilih mengenepikan perbezaan penting dan menumpukan kepada pertandingan dengan Umno-Barisan Nasional. Maka DAP dan PKR perlu turut dipersalahkan bagi perpecahan hari ini dan tidak hanya mempersalahkan presiden PAS semata-mata.

Bagi gabungan pembangkang seterusnya, parti-parti perlu menyuraikan perbezaan ideologi sejak dari mula. Mereka perlu belajar bahawa ketaksuban menumbangkan BN tanpa menawarkan kerajaan alternatif kepada pengundi merupakan satu kesilapan.

Terdapat pengajaran yang perlu diraih dari setiap satu dari ketiga-tiga parti. Sekira DAP tidak tamak di dalam memastikan kemenangan dan niatnya bukan semata-mata mengekalkan kuasa di Pulau Pinang, Selangor dan Perak, mereka tentu tiada insentif bagi berkorban agar gabungan pembangkang diperkukuhkan.

Mereka membuat kesalahan dengan tidak membelakangi parti-parti kecil seperti Parti Sosialis Malaysia, yang berusaha menyertai gabungan.

Sekiranya pemimpin DAP berwawasan dan tidak tamak, mereka tentu sedar titik pertemuan dengan pesaingnya seperti Gerakan dan MCA di dalam isu pengislaman, korupsi dan ekstremisme perkauman yang kian merebak di dalam pentadbiran kerajaan. Gerakan dan MCA boleh dipujuk menimbangkan masa depan di dalam BN.

Bagi menjadi kerajaan yang berbeza dengan BN, Pakatan harus inklusif, meluas dan demokratik berbandingnya. Pakatan perlu hindari nada perkauman-keagamaan yang digunakan BN bagi memecah dan memerintah rakyat. Pakatan perlu menghasilkan masyarakat saksama, adil dan setara di mana setiap ahli tidak lagi diadili berdasarkan warna kulit mereka.

Gabungan pembangkang seterusnya perlu menghindari parti komponen yang mengamalkan ideologi politik bersifat eksklusif dengan kekangan. Agenda Islam PAS lebih sesuai di negara umat Islam semata-mata dan bukannya bagi masyarakat plural seperti di Malaysai.

Maka tentu menarik menyaksikan G18 (kumpulan profesyenal PAS) dapat menubuhkan parti yang mampu menambat hati golongan Islam dan bukan Islam. Adakah G18 tidak akan lagi menyokong hudud PAS di Kelantan dan menyokong undang-undang sivil sepenuhnya?

Gabungan pembangkang baru perlu kepimpinan berani dengan halatuju jelas. Bolehkah PKR menamatkan kemelut dalaman dan memberikan kepimpinan dan arah tujuan bagi gabungan pembangkang baru? Adakah ia memiliki perancangan selepas Anwar Ibrahim atau mungkinkah parti tersebut bakal terurai sebelum pemilihan pemimpin baru dikenalpasti?

Membina gabungan pembangkang berkredibiliti bukan mudah berbanding memulakan parti baru bagi menggantikan PAS. Ia perlu dimulakan dengan asas yang betul, dengan menjalinkan hasrat bersama dan menyuraikan perbezaan-perbezaan ketara.

Khoo Kay Peng merupakan penganalis politik dan perunding pengurusan

4 comments:

  1. Mcm tahik .... Ulasan profesor jadian nih

    Gue punya ulasan :

    1. Mat sabu gerakan bersih 4.0 di barat tanahiar untuk bersihkan pembangkang dari ularrrmak sesat
    2. Cadangkan pasma-pip untuk ganti pas
    3. Pasma-pip main wayang sokonh hudud tapi bukan hudud pas tapi alquran.. Umumkan kata hudud skrg adalah buatan ciptan jadi jadian umno pas yg langgar syarak
    4. Reformasi pakatan pembangkang
    5.0 tunjukkan profesionalsme islam berbanding ularrrmak sesat

    ReplyDelete
  2. Yang bagi ulasan pon budak bahalol jugak

    DAP lim kit siang bukan bodoh , tu sebab Tun Mahathir & Razak takut zaman 1969 lagi.

    Pengulas pon ada Otak Gred 3 jugak.

    Masalah PR akibat dengki oleh Si Tolol dalam PAS. Itu Fakta.

    DAP mampu jana ekonomi baik di mana ia perintah. Penang contoh terbaik.

    Jika Kelantan di serah DAP tiada mangsa banjir duduk reban ayam.

    DAP ini orsng orang BER FIKIR dan BER USAHA.

    PKR pula bangsa Melayu yang sudah sedar dari tidor ingin mula BER FIKIR dan BER USAHA

    PAS pula parti orang orang BAHALOL

    Khalas!!!!!!

    Dengan Khalas!!!!! sudah cukup di gelar ULAMAK dalam PAS.

    Itu sebab jadi TOLOL.

    HADI????

    Jenama munafik.

    Khalas!!!!

    ReplyDelete
  3. Kenapa DAP & PKR pula yg salah; Siapa sebenarnya yg mengusulkan di dalam muktamar tanpa bahas.Dan siapa pula yg mengkhianati PKR semasa krisis MB, Dimana pas berpakat dgn UMNO.Memang kita manusia tak perfect, benda kecil-kecil boleh diselesaikan, Tapi dgn PAS ni lain sikit Kawan yg berisiko tinggi.
    Ambil contoh: Hak orang hak dia, hak dia hak dia.Di penang dia cuma ada 1 kerusi Dun sahaja, Tapi kakitangannya lebih kurang 1000 orang.Tindak -tanduk dan lagaknya macam dia majority.Tapi bila di kedah dia majority, dia tak layan kawan-kawan dia, bila orang tegur sombong nak mampoos, siap kata kami tak nak pakai buku jingga."(tak nak share,hak dia/hak dia)Di terengganu pun serupa,tamak,hak dia/hak dia) tak nak share langsung,Tuhan nak balas pilihanraya seterusnya mereka tewas dua-dua negeri.

    PADA SAYA PAS ADALAH KAWAN YG BERISIKO TINGGI, kita tahu dia tak amanah,tamak,tikam kawan dari belakang, kadang-kadang permintaan dia tak masuk akal langsung, macam kat Perak suruh DAP jgn sukong Nizar jadi ketua pembangkang, tapi dap kena sukung pas nak jadi ketua pembangkang.
    Tinggalkan PAS, BIARKAN DIA DGN KAPALNYA..JGN BUANG MASA..TERUSKAN DGN PARTI BARU...bersama DAP/PKR.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dengan pendapat anda.kalau ada orang fitnah pas diperkudakan oleh pkr dan dap itu tidak betul, sebab saya lagi percaya kalau orang cakap pas ulardlmsemak perkudakan golongan progresis, pkr&dap.pas ni hanya mahu jadi ketua dalam gabungan.

      Delete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa