Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, June 11, 2015

MSU dan JK Pusat perlu muktamadkan isu ini segera!

MSU dan JK Pusat perlu jelaskan isu putus hubungan dengan DAP – Mohd Fitri Bin Asmuni
 TMI - Published: 11 June 2015 1:18 PM
"MAKA Muktamar Dewan Ulamak PAS kali ke-54 mencadangkan kepada Majlis Syura Ulamak dan Jawatankuasa PAS Pusat supaya hubungan kerjasama politik dengan DAP dibatalkan dan PAS terus kekal dalam Pakatan Rakyat" - Matan asal Usul Tergempar Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat kali ke-54.
Fakta:
1. Usul Tergempar Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat ini adalah usul yang datang daripada Jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Pusat (JK DUPP) sendiri yang dibentangkan Ustaz Mokhtar Senik, bukannya daripada perwakilan ulamak kawasan;
2. Matan asal usul tergempar tersebut bukanlah meminta agar MSU dan JKPP membincangkan hubungan kerjasama politik PAS dgn DAP sebaliknya mencadangkan (baca mengusulkan) agar MSU dan JKPP membatalkan kerjasama politik dengan DAP;
3. 8 daripada kesemua JK DUPP itu merupakan Ahli Majlis Syura Ulamak (MSU) yang mana Mursyidul Am adalah salah seorang daripadanya;
4. Ketika usul tersebut datang daripada JK DUPP sendiri, sudah tentu ia mendapat persetujuan daripada seluruh JK DUPP termasuk Mursyidul Am sendiri;
5. Usul tergempar tersebut diterima tanpa bahas;
6. Usul tersebut setelah dibawa ke Jawatankuasa Usul dan atas arahan Presiden PAS, usul tersebut (dengan pindaan) diputuskan untuk diterima tanpa bahas di dalam Muktamar PAS Pusat walaupun dibantah perwakilan daripada Rembau dan Kota Raja.
7. Akhirnya ia menjadi Usul yang diterima tanpa bahas di dalam Muktamar PAS Pusat kali ke-61;
Sebagaimana yang dilaporkan akhbar Sinar Harian bertarikh 9 Jun 2015, Asmuni Awi yang merupakan bekas Bendahari PAS Pusat menegaskan usul tersebut tidak boleh ditarik balik pada bila-bila masa dan perlu dilaksanakan serta-merta. Beliau bagaimanapun menjelaskan PAS perlu mengadakan Muktamar semula jika mahu menolak usul tersebut.
Walaubagaimanapun semalam, Wan Rohimi Wan Daud sementara menyatakan PAS adalah sebuah parti yang unik, turut menegaskan persoalan hubungan Tahaluf Siyasi PAS dengan DAP adalah melibatkan soal hukum. Justeru katanya persoalan tersebut hendaklah diputuskan MSU selaku pakar yang faqeh dalam soal-soal hukum yang berkaitan.
Di dalam artikelnya itu (http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/35870-usul-tahaluf-fahami-organisasi-perlembagaan-pas), sungguhpun Wan Rohimi pada mulanya bersetuju lenggok bahasa usul yang digunakan DUPP dan yang dipinda Muktamar Pusat itu menggesa, mendesak dan/atau menuntut JKPP dan MSU supaya memutuskan kerjasama politik dengan DAP, beliau bagaimanapun menegaskan usul berkenaan pada hakikatnya mendesak agar JKPP dan MSU supaya menyemak semula dan/atau menilai kembali kerjasama politik dengan DAP. 
Sebagai respon kepada artikel Wan Rohimi tersebut, di sini saya kemukakan beberapa persoalan untuk dijawab beliau:
1. Di mana di dalam usul tersebut perkataan yang menunjukkan atau yang boleh ditafsirkan dan/atau disifatkan sebagai mendesak agar JKPP dan MSU menyemak semula dan/atau menilai kembali kerjasama politik PAS dgn DAP?;
2. Mengikut Wan Rohimi, Tahaluf Siyasi melibatkan soal hukum dan mesti diputuskan MSU. Soalan saya, adakah 9 alasan yang dikemukakan di dalam usul JK DUPP tersebut masih belum dianggap sebagai pertimbangan terhadap hukum?;
3. Dalam pengetahuan saya, terdapat sembilan orang ahli MSU dalam JK DUPP tersebut yang merupakan "hardcore" MSU iaitu Mursyidul Am, Timbalan Mursyidul Am, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Dato' Dr Mahfodz, Dato' Nik Zawawi, YB Ust Idris Ahmad, YB Ust Nasrudin Hassan dan Dato' Khairuddin Aman Razali. Adakah sembilan ahli MSU ini tidak mempertimbangkan keputusan membatalkan hubungan dengan DAP itu berdasarkan kepada hukum?
4. Mungkin Wan Rohimi akan mengatakan sembilan orang itu tidak mewakili MSU tetapi JK DUPP. Akan tetapi, apabila isu tersebut dibincangkan MSU nanti, bukankah keputusan sembilan orang tersebut yang sebelum itu turut sama bersetuju dengan usul DUPP tersebut nanti akan menjadi keputusan majoriti MSU memandangkan keahlian MSU adalah tidak melebihi daripada tujuh belas orang?;
5. Wan Rohimi menegaskan keputusan berkaitan tahaluf siyasi terletak di bawah kuasa MSU dan JKPP. Soalan saya, setuju kalau saya katakan usul tersebut tidak sepatutnya dibangkitkan awal-awal lagi DUPP kerana hak berkaitan perkara tersebut terletak di bawah kuasa MSU?;
6. Setuju dengan saya sembilan orang ahli MSU yang menjadi JK DUPP tersebut sepatutnya menolak usul tersebut diangkat menjadi usul DUPP untuk dibahaskan di Muktamar kerana DUPP atau perwakilan tiada kuasa untuk memutuskannya di dalam Muktamar?;
7. Kalau anda bersetuju dengan soalan di atas, setuju dengan saya kesilapan perlu diletakkan kepada sembilan orang ahli MSU yang menjadi JK DUPP tersebut kerana bersetuju dan membiarkan usul tersebut diterima?;
8. Atau, setuju dengan saya DUPP membuat kesilapan apabila mengusulkan sesuatu yang berada di bawah kuasa MSU untuk memutuskannya?;
9. Sewaktu usul tersebut diputuskan untuk diterima tanpa bahas di peringkat Pusat, setuju Presiden dan Mursyidul Am perlu mengarahkan agar usul tersebut ditolak dan tidak di bawa ke dalam Muktamar Pusat?;
10. Hakikatnya, usul tersebut telahpun diluluskan dan diisytiharkan Muktamar sebagai USUL. Soalan saya, kalau ia ingin disemak dan/atau dinilai semula MSU, apakah status usul yang direkodkan di dalam minit Muktamar DUPP dan Muktamar Pusat sebagai USUL tersebut? Ia bukan USUL atau USUL tersebut dibatalkan?;
11. Kalau ia bukan usul, habis apa?;
12. Kalau ia adalah usul tetapi dibatalkan, bolehkah usul dibatalkan begitu saja?;
13. Siapa yang berhak membatalkan usul setelah ia diluluskan di dalam Muktamar? MSU atau JKPP atau Muktamar?;
14. Di mana peruntukan di dalam Perlembagaan PAS yang memberi kuasa kepada badan yang berhak membatalkan sesuatu usul yang diluluskan Muktamar?;
15. Kalau tiada siapa boleh membatalkan usul, setuju atau tidak usul tersebut berkuat kuasa serta merta dan perlu dilaksanakan?;
16. Atau sekiranya usul tersebut ingin dibatalkan dan/atau ditolak, setuju atau tidak Muktamar baru perlu diadakan bagi membatalkan usul tersebut?
Untuk mengelakkan kekeliruan, saya mohon penjelasan lanjut daripada saudara Wan Rohimi Wan Daud. – 11 Jun, 2015.
* Penulis adalah seorang Peguam dan bekas Timbalan Pengarah Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Pemuda PAS Perak.

4 comments:

  1. Bende bende kechik macam ini pon sudah nak urus

    Orang orang PAS memang Otak Tak Cerdik ke???

    Kenapa muka muka masing masing macam muka Hishammuddin saja?

    Bodoh lah

    ReplyDelete
  2. Kalau dia bagi penjelasan lanjutan, maka berserabut lagi lah puak puak ostat bulu kapak ni.......MSU kena la pulak rujuk amanat hj Hadi, tambahan pula Cif MSU dah cabut pergi umrah, macam mat monggol, yg wajib ditinggalkan yg sunat di utamakan......najib wajib jawab pasal mdb, cif Msu wajib jawab pasal tahaluf siyasi........dua dua cabut gi wat umrah yg sunat, hok merano merana ulamak cai......aduih hj hadi, elok la mung gi tangkap ikangn je! Letak jawatang presideng mung je, lagipong mung doh sampai level tok wali doh, bukang setakat mencarik adat je, maloh carik habih maruah jemaah Pas.....dulu doa laknat pong mung dok kate amde......ni soal perlembagaang lagi mung dok kate amende, betul ke mung pengang dgn Al quran dan Hadith!???? Betul la mung mat hadi awang!

    ReplyDelete
  3. MA dah keluar kenyataan beliau bukan lagi MA sebab tempoh MSU dah habis. Bukan tempoh MSU tamat tetapi tempoh perlantikan Haron Din sebagai ahli MSU tamat.

    Abih tu watpe tangguh-tangguh mesyuarat? Timbalan MA iaitu MB Kelantan kqn ada, dia boleh pengerusikan mesyuarat. Ini semua helah budak tadika sebab dah tersilap langkah dan xde cara lain melainkan mengadakan EGM bagi membatalkan keputusan itu.

    Ini masaalah sebenar, takut malu kepada perwakilan EGM. Akan nampak depa buat kerana agenda dan nampak bodo. Masa dok berkomplot nak buat usul dulu xfikir kesannya. Macamana nak fikir kesannya seperti hari ini, semia g3ng DUPP buta kayu pasai perl3mbagaan parti sendiri. Sebahagian besar pemimpin DUPP dah berkurun jadi pemimpin peringkat pusat tetapi masih dok buta kayu pasai perl3mbagaan parti sendiri.

    ReplyDelete
  4. Halal dan haram da bercampur ke??? Hujah qatie?? Membawa jalan lurus bukan jln yg sesat.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa