Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, June 13, 2015

Selamatkan negara: Najib orang pertama perlu letak jawatan - Tun M

Najib orang pertama perlu letak jawatan, selamatkan negara- Tun M

 | June 12, 2015
Tindakan itu perlu dilakukan bagi menyelamatkan negara daripada diperintah oleh anarki.
najib-mahathir
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak individu pertama yang perlu meletak jawatan sekiranya rombakan Kabinet dilakukan.
Gesaan itu dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad selepas tidak lagi mempercayai kepimpinan Perdana Menteri.
Katanya, Barisan Nasional (BN) akan kalah pada pilihan raya akan datang jika Najib terus berkuasa.
“Perlu rombakan Kabinet dengan orang pertama yang perlu dikeluarkan adalah Najib.
“Saya rasa dia perlu meletak jawatan kerana selagi dia jadi Perdana Menteri BN akan kalah,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Persidangan Antarabangsa ‘Plight of the Rohingya Part II Crime Against Humanity’ anjuran Yayasan Keamanan Sedunia Perdana (PGPF) pada Jumaat.
Dr Mahathir juga menegaskan, beliau tidak akan berhenti mengkritik serta akan terus memberi tekanan sehingga Najib berundur daripada terus mentadbir negara.
Katanya, tindakan itu dibuat bagi menyelamatkan UMNO dan BN daripada tersungkur ke tangan pembangkang.
“BN akan kalah dan pembangkang tidak boleh mentadbir kerana mereka pun berbalah sesama sendiri. Akhirnya negara akan jadi anarki dan semua rakyat Melayu, Cina, India, Iban , Kadazan akan sengsara,” katanya.

2 comments:

  1. kalau pembangkang tadbir negara habis harta harta Tun M dan anak anak akan di periksa semula samada halal atau haram. tu belom lagi yang lain lain.

    ReplyDelete
  2. Lahanat Bangsa dan Negara tak perlu di sokong

    Sendiri nak kaya bergaya anak bini , semua rakyat kena tanggung

    Kepala Otak !!!!

    Ini bukan AJARAN NABI SAW kan ?????

    HIDUP TUN MAHATHIR !!!!!!!

    Hadi Al Tolol pon sudah jadi lahanat bangsa sekongkol jual jaja agama tok kaya ber gaya jugak

    4 2 BILION tu banyak tau....,,

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa