Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, June 11, 2015

SPR memang 'teruk'?

Walau pun kerajaan tidak pernah dan tidak kan mengaku
Namun berdasarkan apa yang diperkatakan oleh bekas-bekas Boss SPR adalah sebaliknya
Apa pun rakyat bijak menilai, cuma tiada siapa yang nak dengar!

K'jaan tak setuju kajian Harvard SPR 'teruk'
mk - 2:00PM - 11 Jun 2015

Kerajaan tetap berpuas hati dengan prestasi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) walaupun kajian institut pengajian tinggi antarabangsa mendapati sebaliknya.

Merujuk kepada ranking Malaysia dalam kajian Universiti Harvard dan Universiti Sydney, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata pada dasarnya kerajaan berpuas hati terhadap pelaksanaan dasar dan tindakan SPR.

“Badan-badan di luar negara bebas untuk membuat penilaian dan memberikan persepsi masing-masing terhadap SPR,” kata Shahidan.

“Namun hakikatnya SPR adalah sebuah institusi bawah kuasa yang dipertuan agung, yang bertanggungjawab untuk memelihara, mengawasi dan mengekalkan proses demokrasi di negara ini dengan melaksanakan bidang kuasanya yang ditetapkan mengikut perkara 113(i) Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata demikian dalam jawatan bertulis parlimen bagi menjawab soalan anggota Parlimen Sim Tze Tzin (PKR-Bayan Baru).

Sim meminta perdana menteri memberi penjelasan selepas kedudukan Malaysia diletakkan dalam kedudukan 114 daripada 127 negara dalam kajian itu, yang disifatkannya “teruk”. 

3 comments:

  1. Melayu kencing bangsa Melayu balik

    Bagus !!!!

    Sebab nya Melayu nak hidup jadi Bahalol memanjang....

    ReplyDelete
  2. Negara lain tak pakai chap jari lagi. Pakai electronic voting cepat dapat keputusan tak payah nak blackout lah, tunggu peti undi dan ualang undi lah. Hai menteri kita bukan bodohlah

    ReplyDelete
  3. Kalau guna sistem canggih mmg sah kalah teruk. Mcamana tipu?. Tu sbb tiap kali PRU diorg akan guna sistem zaman batu.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa