TMI - Published: 13 June 2015 1:31 PM
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata, kepimpinan baru PAS harus mengarahkan wakil mereka dalam kerajaan negeri mengundurkan diri rentetan usul memutuskan hubungan dengan DAP dalam muktamar. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Jun, 2015.
Kerajaan negeri Pulau Pinang menyifatkan keputusan muktamar PAS yang mahu memutuskan hubungan dengan DAP adalah muktamad dan wakil kerajaan negeri daripada parti Islam itu perlu mengundurkan diri, kata Lim Guan Eng.
Ketua menteri Pulau Pinang itu berkata, PAS harus jelas dan tidak perlu berdolak-dalik mendakwa usul berkenaan masih di peringkat perbincangan kerana muktamar sudah pun meluluskan usul itu tanpa perbahasan.
“Oleh demikian, kepimpinan baru PAS haruslah menyusuli usul mereka yang diterima tanpa bahas, dengan mengarahkan wakil kerajaan PAS mengundurkan diri.
“Adalah tidak logik kepimpinan baharu PAS masih cuba berbelit-belit yang mereka masih membincangkan usul memutuskan hubungan dengan DAP, bila usul ini 'diterima' tanpa bahas dan 'bukan dirujuk' oleh muktamar PAS.
“Perlu diingat yang kerajaan negeri Pulau Pinang masih stabil dan tidak terjejas tanpa penyertaan atau penglibatan wakil PAS,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Lim berkata keputusan 3 wakil PAS dalam kerajaan negeri, iaitu Mohamad Sabu, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan Rosidi Hussain yang meletakkan semua jawatan mereka dalam kerajaan negeri Pulau Pinang amat disanjungi.
Katanya, langkah tepat dan bermaruah itu turut disusuli satu Jawatankuasa Ketua Kampung (JKKK) PAS di Pekan Darat, Seberang Perai yang turut meletakkan jawatan.
“Mereka rasa adalah patut dan bermaruah untuk mengundurkan diri daripada jawatan kerajaan negeri Pulau Pinang demi menghormati dan menegakkan usul tanpa bahas yang diterima dan diluluskan oleh kepimpinan baharu dan muktamar PAS.
“Exco ingin memuji dan menyanjungi pengorbanan ketiga-tiga pemimpin PAS dan JKKK Pekan Darat yang menunjukkan mereka lebih mementingkan maruah parti serta prinsip kerajaan negeri daripada memegang jawatan,” katanya.
Setiausaha agung DAP itu berkata, ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (exco) Pulau Pinang mengingatkan kepimpinan baharu PAS wakil parti Islam itu dalam kerajaan negeri dilantik atas kesudian bekerjasama dengan kepimpinan kerajaan negeri serta berikrar dengan setia menerima arahan serta melaksanakan dasar-dasar kerajaan negeri.
Katanya, keputusan memutuskan hubungan dengan DAP akan menyentuh prinsip itu yang mempunyai impak terbesar ke atas 4 wakil PAS yang merupakan ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai.
“Ini disebabkan mereka akan terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan ketua menteri dan juga Ahli Exco Kerajaan Tempatan Chow Kon Yeow.
“Oleh kerana kerajaan negeri memegang prinsip tata kelola atau urus tadbir kerajaan baik ini, barulah Pulau Pinang dapat menikmati kemajuan dan kemakmuran.
“Hanya pemimpin kerajaan negeri yang tidak memahami prinsip ini akan menyebabkan negeri yang dipimpin mereka terus mundur dan ketinggalan zaman,” katanya. – 13 Jun, 2015.
Tahniah LIM GUAN ENG
ReplyDeleteMana nak sorok muka muka Bahalol PAS sekarang???
Tak percaya Rezeki Milik Allah
Maruah sudah tergadai dah
Tak perlu undur biar DAP yang lakukan pemecatan. Rilek la LGE jangan melalak. Hahahaha.
ReplyDeletePAS telah mampus dibunuh PASCAI pimpinan ayah ping marang hj hadi tolol barua.
ReplyDeleteBukan semua ulama pandai berpolitik. Bukan semua orang yg bukan ulama / ustaz tak faham agama. Now....sendiri buat sendiri tanggung la! PAS sekarang bukan menuju pembaharuan tetapi tanpa mereka sedar membawa PAS 50 tahun kebelakang!!
ReplyDeleteMaka akan bisinglah walaun2, JKKK Pekan Darat tak wala, tak wala, tak wala.... macai DAP, macai DAP, macai DAP... maka aku akan kata oooi kartun... ALAH PEGIIIIIII DA!!!! MENANG PAKAI CAI, CAKAP BANYAK PULAKKK....
ReplyDeleteKenapa hendak menunggu LGE pecat adakah LGE seorang yang buat keputusan atau LGE yang memberi nama ahli-ahli PAS yang menjawat jawatan-jawatan tersebut.Kalau dah silap mengaku saja habis cerita kenapa hendak berdolak dalik sekarang LGE telah berani bersuara dengan kebodohan ahli kita sendiri ulama pula , kalau ahli atau perwakilan yang jahil tentang ilmu agama mungkin boleh dimaafkan tapi ini dari ahli majlis ulama sendiri,adakah pemimpin PAS dari kalangan ulam hanya berjuang untuk perut sendiri atau atau untuk rakyat amnya dan pengikut PAS khususnya,sekarang siapa yang menerima akibatnya kalau dah bodoh dan tolol bagimana hendak mentadbir negara.
ReplyDeletePrecedent sudah ada. Semasa S46 memutuskan hubungan dengan PAS Kelantan yang menguasai kerajaan Kelantan, kerajaan negeri telah meminta TMB 2 dan 2 Exco dari PAS S46 melepaskan jawatan kerajaan tetapi mereka enggan kerana alasan mereka dipilih oleh rakyat . Akhirnya mereka dipecat.
DeleteApabila kerajaan negeri Terengganu dan Kelantan berubah, kerajaan baru akan memecat dan menukar semua penghulu dan menukar semua ahli lembaga pengarah GLC negeri yang dilantik oleh kerajaan sebelumnya.
Di Penang pun situasinya sama. PAS sudah tidak lagi menjadi sebahagian dari kerajaan negeri apabila secara rasminya sudah memutuskan hubungan dgn DAP yang menguasai DUN dan kerajaan.
Keputusan muktamar untuk memutuskan hubungan dengan DAP sebenarnya mempunyai implikasi yang lebih besar kepada PAS. Secara teknikalnya, PR iaitu gabungan 3 parti sudah pun berkubur seperti kata LKS. Ini kerana kusul tersebut tidak menyebut secara spesifik bahawa hubungan yang putus itu hanya di Penang sahaja. Bila usul itu berbentuk umum, ia juga meliputi hubungan PAS dengan DAP di Selangor dan dimana sahaja.Keputusan muktamar meluluskan usul itu juga bermakna PAS telah menarik diri dari PR kerana sudah memutuskan hubungan dengan DAP di mana sahaja di Malaysia. Keputusan PAS ini tak sama dengan keputusan DAP memutuskan hubungan dgn TGHH tetapi tidak dgn PAS. Keputusan DAP itu spesifik, ia secara jelas menyatakan hubungan dgn TGHH sahaja berbanding dgn keputusan muktamar yang umum. Ini membawa makna keputusan muktamar itu meliputi seluruh Malaysia.
Secara teknikalnya,kerajaan PR di Penang yang melibatkan 3 parti sudah runtuh. Yang ada hanyalah kerajaan DAP + PKR merana gabungan DAP/PKR masih lagi mempunyai majoriti di DUN Penang. Kedudukan kerajaan PR di Selangor masih lagi kabur.
Jadi memandang kerajaan PR di Penang dah runtuh dan PAS sudah menarik diri dari PR, jawatan politik dengan kerajaan PR sudah tiada. Maka wajarlah mereka meletak jawatan sebagaimana yg disarankan oleh KM Pulau Pinang.
Usul lulus tanpa bahas adalah kputusan veto tuang presideng perpaduwang yakni pembangkang dinegeri sendiri.ahli pas dalam negeri tabiran kerajaan pakatan rakyat kena akibatnya.mentaliti orang punya kuasa berbeza bila ada negeri untuk ditadbir dan cuma pembangkang dinegeri sendiri.sendiri mau pikirla...tuang presideng takda negeri utk ditadbir beza dengan pkr selangor dan dap penang.hancur semua pon dia masih boleh senyum kerana bila sudah hancur akan menempatkan semua sama dengan dirinya cuma sebagai pembangkang dinegeri sendiri.
ReplyDelete2 X 5.
ReplyDeleteDua2 tak ada tolak ansur
Dua2 nak jadi pembangkang Sampai mati
hj hadi ada perancangan jugak sbb tu dia rilek jer.. yang melalak LGE
ReplyDeletePerancangan yg sentiasa gagal ke tuang presideng... Gagal dlm memerentah teganu... Gagal dlm pemerentahan kedah... Ni le tipikal ustaz yg cuma paham agama tetapi kurang arif dlm bab politik... Xsemua ustaz pandai tetapi ustaz ni pikir depa tu pandai serba serbi.. Akhir tugas ustaz sbgai pengajar agama xbuat tetapi tugas tugas org lain depa ni nak buat.. Contoh tugas doktor pun depa nk buat.. Tugas bomoh pun nak buat.. Kegagalan ni adalah akibat ketamakan dan perasaan riak yg bersarang dihati mereka... Lebih besar syaitan berada mereka yg kiranya besar serban mereka... Aku setuju dgn annon 8.11 pm... Xsemua ustaz boleh paham agama dan xsemua professional tu xreti agama.. Bahkan sekarang ada doktor ada jurutera dan ada akitek yg hafaz alquraan,..tgk le senario baru ni yg mengeboo org tu... Adakah tu yg ustaz didikan al azhar dpt dr pelajaran tinggi depa... Jauh kan cara pendekatan depa ni dr dato TGNA... Xsemua ustaz boleh jd nik aziz.. Majoriti mereka ni pelajaran akademik xtinggi dan mempunyai tahap inferioriti complek yg tinggi... Kurg cekap diskusi dan berkomunikasi.. Akhirnya srnang saja menutup kelemahan tu dgn menunding org tu orang ji yg kurang agama...
ReplyDelete