Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, June 7, 2015

Aku tersentuh dengan kisah ini.........

Dulu aku juga sering mengetuai pendakian........aku tahu dan rasa keadaanya.........dan aku cukup terharu dengan kisah ini
Aku cukup tahu beratnya tanggungjawab di situ........dan bagaimana pengorbanannya

Sunday, June 7, 2015
MALIM GUNUNG ROBBI SAPINGGI, WIRA TAK DIDENDANG, TERKORBAN SEMATA-MATA UNTUK SELAMATKAN PENDAKI GUNUNG KINABALU!!!
RANAU: Malim gunung Robbi Sapinggi, yang tekorban dalam gempa bumi Gunung Kinabalu merupakan seorang Malim Gunung yang menjadi pilihan ramai pendaki dalam dan luar negara.

Dia yang mengambil tugas menjadi pemandu arah telah menghembuskan nafas terakhir akibat dihempap runtuhan batu susulan gemba bumi yang berukuran 6.0 pada skala richter yang berpusat 16km dari barat laut Ranau.

Robbi merupakan seorang Malim Gunung yang disanjung tinggi oleh pendaki-pendaki kerana sifatnya yang sangat mengambil berat tentang keselamatan dan keperluan pendaki yang menggunakan khidmatnya.

Dia boleh dianggap wira kerana semasa kejadian, Robbi sanggup mempertaruhkan nyawanya demi menyelamatkan pendaki lain walaupun terkena runtuhan batu menyebabkan dia kehilangan banyak darah kerana cedera di bahagian kepala.

Memetik tulisan di Facebook Amazing Bornea, walaupun dalam keadaan cedera selepas terkena batu, Robbi tetap mengutamakan pendaki yang menggunakan khidmatnya.

Dia menggesa pendaki-pendaki yang menggunakan khidmatnya untuk terus berjalan meninggalkannya demi keselamatan mereka. Dia memilih untuk tidak meneruskan perjalanan bersama pendaki lain kerana tidak mahu menyulitkan perjalanan mereka kerana dia cedera.

Namun malangnya semasa dia menunggu bantuan tiba, Robbi telah menghembuskan nafas terakhirnya akibat terlalu banyak kehilangan darah. via Pejam Kelip

Menurut laman berkenaan, beliau adalah merupakan seorang Malim Gunung yang sentiasa menjadi pilihan pendaki selain ramai pendaki memuji khidmat cemerlangnya dalam menjalankan tugas.

Nampaknya dialah wira sebenar di mana ia benar-benar menjaga keselesaan dan keselamatan pendaki-pendaki yang menggunakan khidmatnya sehingga menghembuskan nafas terakhir.

Kehilangan Robbi merupakan satu kehilangan yang amat besar bukan sahaja kepada keluarga tetapi juga kepada Taman-Taman Sabah dan organisasinya. Dia akan sentiasa menjadi Hero waluapun tidak didendangkan di media.

Berikut adalah biodata Robbi Sapinggi wira bagi pendaki-pendaki Gunung Kinabalu
Nama penuh: Robbi Sapinggi

Umur: 30 Tahun
BangsaKadazan Dusun
AsalSabah
AgamaKristian
Pekerjaan: Pemandu Arah Gunung Kinabalu di Sabah Park


Menceritakan saat manis bersama Roobi, Catherine Jayasuriya yang merupakan penganjur Ekspedisi Gunung Kinabalu Coalition Duchenne, dia amat terasa dengan kehilangan Robbi selepas mengenali seorang Malim Gunung terhebat dalam hidupnya.

Menurut Jayasuriya , Roobi telah menyertai empat ekspedisi anjuran Coalition Duchenne anjurannya, menyifatkan Robbi adalah seorang manusia yang suka bergaul, baik hati dan kelakar.
"Ketika menyertai satu ekspedisi, saya berasa sangat sejuk ketika kami menuju ke puncak dalam cuaca hujan dan Robbi menghulurkan kepada saya sarung tangan dan jaketnya untuk dipakai, menyebabkannya hanya berpakaian baju T sahaja.

"Demikianlah sifatnya yang begitu mulia. Dia amat mengambil berat tentang keselamatan dan keselesaan pendaki," kata Jayasuriya dipetik Astro Awani.

Jayasuriya pernah menghasilkan dokumentarinya bertajuk 'Dustys Trail: Summit of Borneo', dimana dia telah menampilkan Robbi dalam dokumentari tersebut di Kampung Kiau

sumberPEJAM KELIP via TFK

2 comments:

  1. Hi there to all, how is the whole thing, I think every one
    is getting more from this website, and your views are pleasant in support plenty of fish dating site of free dating new people.

    ReplyDelete
  2. Hello, every time i used to check blog posts here early in the
    dawn, for the reason that i love to find out more and more.


    Here is my website ... plenty of fish dating site of free dating

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa