Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, June 28, 2015

Lautan bergelora dijangka melanda para pemimpin PAS, kata penganalisa

08:30PM Jun 27 2015
oleh Alyaa Alhadjri

ANALISIS: PAS mungkin tidak akan menghalang mana-mana ahlinya yang ingin bertukar parti tetapi pemerhati meramalkan ribut besar bakal melanda dan memberi amaran bahawa ianya akan menjadi perjalanan tidak lancar menjelang Pilihan Raya Umum ke-14.
Penganalisa politik Khoo Kay Peng memberitahu Theantdaily bahawa ianya benar dalam kes ahli PAS yang tinggalkan parti untuk sertai DAP, berbanding parti baru yang dijangka akan dibentuk oleh pemimpin progresif PAS.
“Sentiasa terdapat risiko buat mereka ...secara struktur dan ideologi sebagai parti, ianya memerlukan lebih dari sekadar menurunkan beberapa calon Melayu untuk DAP bagi meraih sokongan Melayu.
“Kempen DAP secara keseluruhannya mestilah diubah,” kata Khoo dalam respon terhadap laporan terkini mengenai beberapa ahli akar umbi PAS yang meninggalkan parti dan menyertai bekas sekutu Pakatan Rakyat mereka.
Khoo menyatakan bahawa walaupun DAP sering mengekalkan pendirian berbilang bangsa
dalam isu-isu negara, tetapi kebanyakan ahli dan penyokong teras mereka masih datang daripada generasi tua Cina yang mana pandangan mereka mungkin tidak mencerminkan ideologi parti.

“Dalam kes Dyana Sofya, salah satu sebab beliau tewas di Teluk Intan adalah kerana beliau seorang Melayu. Terdapat banyak aktiviti yang beliau tidak dapat sertai. Seperti yang dianjurkan di tokong-tokong.
“Malah saya juga tidak dapat sertai dalam sesetengah aktiviti (tempatan) kerana saya bukanlah berpendidikan Cina,” kata Khoo dalam merujuk calon DAP dalam pilihan raya kecil Teluk Intan, yang tewas kepada presiden Gerakan Mah Siew Keong.
Realiti ini, dakwa beliau, mungkin mengundang risiko kepada ahli-ahli Melayu muda yang menyertai DAP dengan harapan ditawarkan kerusi untuk bertanding pada PRU14.
“Ahli-ahli muda yang menyertai DAP kerana ditawarkan kerusi bukanlah perkara baru. (Ahli Parlimen Serdang) Ong Kian Ming, (ADUN Damansara) Yeo Bee Yin, (Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara) Tony Pua...kesemua mereka telah ditawarkan kerusi ketika mereka sertai parti.
“Ianya tidak akan membawa cara baru berpolitik untuk DAP,” dakwa Khoo.
Sementara itu, Khoo turut menyatakan bahawa presiden PAS Abdul Hadi Awang mungkin benar dalam amaran beliau untuk menyingkirkan pemimpin-pemimpin progresif - dikenali sebagai G18 - yang mempunyai rancangan untuk menubuhkan parti politik baru.
“Sesiapa yang mengikuti perjalanan bersama atau membaca sejarah PAS, akan menyaksikan gelombang dan liku perjuangan dan hilangnya pemimpin paling tinggi, ahli biasa atau penyokong secara sendirian atau tenggelam bersama parti dan pertubuhan yang dijadikan bahteranya,” kata Abdul Hadi dalam sepucuk surat terbuka kepada ahli-ahli PAS minggu lalu.
Haron DinHaron Din
Mursyidul Am PAS Haron Din pada 26 Jun telah dilaporkan megeluarkan amaran yang hampir serupa, menyamakan ahli yang keluar parti sebagai kambing liar yang berisiko diterkam oleh serigala.
“Jika parti baru dapat menarik kira-kira 20% ahli PAS sekarang, saya merasakan ia adalah pencapaian hebat,” kata Khoo, menambah bahawa parti-parti seperti PAS dipacu berdasarkan ideologi berbanding personaliti atau pemimpin individu.
The Malaysian Insider pada 23 Jun memetik bekas pengarah penyelidikan PAS Dr Dzulkefly Ahmad sebagai berkata bahawa fokus G18 adalah membawa organisasi bukan kerajaan Muslim bersama untuk mencipta platform baru kepada politik progresif Islam.
Dzulkefly, yang juga setiausaha G18 buat masa ini, turut berkata bahawa platform baru ini turut akan bekerja dengan PKR dan DAP - dua parti yang bertegang urat dengan PAS.
Sementara itu, penganalisa politik Dr Wong Chin Huat memberitahu Theantdaily bahawa keputusan golongan pragmatis PAS untuk menyertai parti sedia ada atau sebuah parti baru seharusnya mengambil kira tiga faktor penting - penarik yang lebih buat pengundi, kekuatan jentera yang lebih besar dan bagasi yang kurang.
“Jawapannya bergantung kepada ke mana anda berharap untuk lari. Jika anda berada di negeri atau wilayah seperti Johor di mana PAS mempunyai jentera yang lemah sementara DAP bukan saja mempunyai jentera yang kuat bahkan mempunyai pangkalan pilihanraya yang kuat, sudah tentu DAP adalah pilihan lebih baik,” kata beliau.
Wong turut menyatakan bahawa DAP juga akan lebih bersedia untuk menyerahkan kerusi untuk menampilkan wajah Melayu baru di kawasan berbilang kaum kerana mereka tidak mempunyai ramai pemimpin Melayu. 
“Golongan pragmatis PAS mungkin berhadapan lebih rintangan dalam PKR kerana terdapat lebih ramai pemimpin Melayu.
“Bagi parti baru yang berpotensi ditubuhkan iaitu G18, mereka tidak boleh meminta banyak kerusi daripada DAP dan PKR, justeru kerusi yang boleh dimenangi mungkin akan menjadi milik 18 yang menonjol ini berbanding daripada sekutu muda,” kata beliau.
Buat masa ini, dengan perbincangan mengenai keperluan penstrukturan semula politik, pentadbiran sekarang PAS, DAP dan PKR negeri mestilah berjalan seperti biasa.
Diketuai oleh Menteri Besar Selangor Azmin Ali, pemimpin daripada tiga parti dijangka bakal bertemu pada 28 Jun untuk membincangkan kerjasama masa depan dalam pentadbiran negeri.

2 comments:

  1. Pandangan sempit pengulas ini cuba mengurang kan Melayu sertai DAP

    Bahalol

    DAP mampu memajukan apa apa Bangsa pon kerana ianya Parti Politik Yang Hidup Untuk Keadilan dan Kemajuan Gaya ACTION dulu.

    Jika ahli ahli Melayu di dalam DAP besar 30-40% pasti nya dapat membantu kembang negeri negeri majoriti Melayu dalam ekonomi serta ke agamaan.

    Masalah lawat Tokong2 boleh di beri pada ahli yang mampu sebagai peganti.

    Rakyat sudah bijak dan ke utamaan besar ialah KEADILAN dan EKONOMI , itu saja.

    Pengulas mungkin cuba memghina intelektual orang orang MELAYU kemungkinan Melayu satu bangsa Bahalol.

    UMNO dan PAS adalah satu Fakta parti politik Jahiliyah yang wujud untuk mengkaya kan segelintir ahli ahli tahap LAHANAT.

    Nilai EKONOMI ZERO malah mengembang budaya MAT KAMPAU dan budaya BER HARAP untuk hidup memcukai Rakyat yang BER FIKIR dan BER USAHA cara Rohingya.

    Bahalol saja

    ReplyDelete
  2. Kalau dah kuat tubuh sekarang juga parti G18. Nampaknya dah ada dua pula. Satu Pasma satu lagi G18. Belum tubuh parti pun dah tak sehaluan.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa