TMI - Published: 13 June 2015 2:55 PM
Pengarah Strategi PKR Sim Tze Tzin berkata, kerajaan seharusnya telus dalam semua dasar dan polisi kerajaan termasuk kenaikan tol. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Jun, 2015.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengkhianati rakyat apabila cuba menyembunyikan berita kenaikan harga tol, kata Sim Tze Tzin.
Pengarah strategi PKR itu berkata, hakikatnya Putrajaya selama ini mengkhianati rakyat kerana menyembunyikan kontrak konsesi tol yang tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).
"Kerajaan seharusnya telus dalam semua dasar dan polisi kerajaan termasuk kenaikan tol.
"Sebarang cubaan menyembunyikan kenaikan tol daripada pengetahuan rakyat adalah satu bentuk pengkhianatan kepada kepercayaan rakyat," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Najib semalam dilaporkan berkata, pihak yang membocorkan maklumat mengenai cadangan kenaikan tol lebuh raya mengkhianati kepercayaan diberi kabinet kerana ia masih belum dimuktamadkan.
Bercakap kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN) di Kuala Lumpur malam tadi, katanya perbuatan itu menyebabkan berlaku sentimen negatif terhadap pentadbirannya.
Ahli Parlimen Bayan Baru itu berkata, syarat kontrak tol amat memihak kepada syarikat konsesi yang kebanyakannya terdiri daripada kroni Umno dan BN sehingga menyebabkan rakyat tertekan dengan kenaikan tol setiap 2 tahun.
Beliau juga meramalkan Putrajaya akan menggunakan hasil kutipan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) untuk dibayar kepada syarikat tol bagi mengelakkan kemarahan rakyat.
Katanya, Putrajaya perlu berterus terang kepada rakyat sama ada hasil kutipan GST yang melebihi RM6 bilion sejak dua bulan lalu akan dibayar kepada syarikat konsesi tol.
"Janji perdana menteri adalah berterus terang tentang penggunaan wang kutipan GST," katanya.
Katanya, Putrajaya juga perlu mendedahkan kontrak konsesi jika mahu menggunakan wang GST.
"Biar rakyat tahu wang GST yang mereka bayar digunakan, di mana dan bagaimana.
"Pembayar GST menuntut ketelusan dan akauntabiliti dalam penggunaan cukai GST," katanya.
Laporan akhbar tempatan sebelum ini menimbulkan spekulasi kadar bayaran tol untuk 16 lebuh raya akan dinaikkan antara 20 sen hingga RM1 mulai Ogos ini. – 13 Jun, 2015.
Hutang 1MDB 4 2 BILION pada harga RM3,20 dulu dulu
ReplyDeleteSekarang masa bayar hutang duit sudah kechik RM3,80
Maka nya hutang 1MDB mungkin lagi besar 56 BILION kot
Duit kutip GST pun tak cukup nak bayar bunga hutang 1MDB tiap tiap bulan
Budak Lahanat , nanti nak sholat kat Surau dan Masjid pon kena bayar
Lahanat mana ada takut ALLAH pon
Kalau takut ALLAH tak mungkin wujud 1MDB pon
Doa saja MALAIKAT MAUT jemput pergi HOLIDAY yang ter baik
Lahanat Bangsa dan Negara
HIDUP TUN MAHATHIR !!!!!!