11:30AM Jun 11 2015
oleh Ian McIntyre
KOMEN: Sebenarnya sangat menakjubkan membaca tentang kemungkinan PAS dan DAP berpecah dan meninggalkan gabungan pembangkang Pakatan Rakyat.
Dan ketika dua pihak ini bertikam lidah, PKR dikatakan cuba sedaya upaya untuk mencegah perpecahan ini.
PAS dan DAP seperti ibubapa- siapa emak dan siapa ayah kita kena tentukan kemudian- dalam sebuah perkahwinan yang tidak bahagia.
Dan pertelingkahan yang selalu dikatakan orang ini perlahan-lahan pastinya menyakinkan gabungan BN yang Pakatan tiada apa-apa selain daripada perkahwinan yang dipaksa.
PKR memainkan peranan sebagai anak, yang benci melihat ibubapanya berpisah, terutama sekali selepas ramai saudara mara (rakyat) nampaknya mahu melihat pasangan ini terus bersatu.
Kemarahan dan pergaduhan secara terbuka, sehingga menyebabkan PAS meluluskan resolusi rasmi untuk memutuskan ikatan dengan DAP, hanya menunjukkan satu perkara.
Politikus-politikus ini tidak menghormati pengundi mereka.
Mereka mengandaikan yang tindakan mereka mewakili rakyat, tetapi cara mereka bertindak ialah kelakuan orang yang mementingkan diri, dan mereka tidak pernah terfikir yang tindakan ini sebenarnya merosakkan negara dan bukannya memimpin negara ke arah lebih baik.
Pertama sekali, pemimpin kita secara idealnya perlu matang dengan kefahaman mendalam yang kita tinggal dalam masyarakat pelbagai etnik dengan kepelbagaian agama dan latarbelakang budaya.
Kita hidup dalam dunia moden, bukannya zaman batu!
Dan pemimpin kita mewakili Malaysia, bukannya “PAS-asia” atau “DAP-asia”.
Bermakna mereka perlu lebih peka dan rasional apabila mereka berada di luar sana untuk memperjuangkan isu pentadbiran negara semajmuk negara ini.
Tetapi tiada hari berlalu tanpa seseorang pun daripada DAP atau PAS bercakap buruk tentang satu sama lain melalui media sosial atau media atas talian atau media arus perdana.
Adakah semua tindakan ini perlu?
Mereka perlu membuat keputusan secepat mungkin- perlukah kita terus bersama atau perlukah kita berpisah!
Dan pergaduhan mereka perlu disembunyikan daripada tatapan umum.
Tolonglah! Jadi pemimpin yang tidak mengecewakan rakyat.
Mengapa mengheret rakyat ke dalam pergaduhan anda, yang semakin hari semakin lekeh.
Ketika PAS menyerang DAP dan sebaliknya, mereka hanya membuktikan bahawa mereka tidak memahami rakyat.
Rakyat Malaysia lebih berminat dengan penyelesaian kepada masalah yang besar, seperti persediaan berhadapan dengan bencana alam yang lebih berkesan berikutan gempa bumi di Sabah baru-baru ini.
Termasuklah cara pengendalian banjir, ribut dan kecelakaan jalanraya serta menyelesaikan masalah kemasukan besar-besaran pelarian politik dan ekonomi secara haram kerana sampadan kita mudah dibolosi.
Bagaimana dengan kenaikan kos sara hidup, yang disebabkan oleh GST?
Dan, mengapa ringgit terus jatuh menjunam? Ia mungkin mencapai kadar terendah tukaran wang RM 3.80 kepada US$1?
Mengapa perlu PAS dan DAP diingatkan berulang kali yang mereka sebahagian daripada sebuah kerajaan, dan perlu memenuhi tanggungjawab mereka mentadbir Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan?
Tambahan pula, inilah janji mereka kepada rakyat sewaktu berkempen dalam pilihanraya lepas.
“DAP dan PAS nampaknya terlupa yang mereka sebahagian daripada perkara “istimewa,” kata bekas ahli parlimen PKR Yusmadi Yusoff.
Dia berkata yang seluruh dunia sedang memerhatikan Malaysia dengan penuh minat, dan saya bertanya kepadanya mengapa?
Dia mengatakan tidak pernah terjadi dalam dunia, kita menyaksikan hubungan antara parti progresif socialis seperti DAP dan pasti Islam seperti PAS.
“Beritahu saya di mana dalam dunia ini, ada parti Islam yang bekerjasama dengan parti sosialis dalam arena politik global.”
Mereka mungkin pernah melakukan kerjasama seperti ini dalam politik Timur Tengah, tetapi akhirnya, terutama sekali kerjasama Muslim dan Kristian telah lama lenyap, kata Yusmadi.
Sedihnya dia menjangkakan yang kedua-dua pihak dalam Pakatan mungkin telah menemui jalan buntu.
Politik Malaysia tidak mungkin akan sama seperti sekarang, tetapi yang lebih penting, tiada lagi kepimpinan yang mampu mengeluarkan negara ini daripada masalah ekonomi dan politik, simpulnya.
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa