Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, June 27, 2015

Pas tidak ada tempat lagi, rakyat mahu gerakan baru - Zaid

Zaid Ibrahim: 'Politik sekarang sangat menarik'
SITI FATIHAH AWANG
Zaid (tiga kanan) bersama semua pemimpin yang hadir membuka buku koleksi gambar Bruce Lee sebagai gimik perasmian di KBMall semalam. - Foto Sinar Harian

KOTA BHARU - Bekas menteri Kabinet, Datuk Zaid Ibrahim tidak menolak kemungkinan membuat 'kemunculan semula' dalam dunia politik tanah air.

Menurutnya, sebarang keputusan masih belum dibuat walaupun mengakui menerima banyak tawaran daripada pelbagai pihak.

"Itu (tawaran) sedang fikirlah sekarang ni. Tengok keadaan macam mana nanti. Keadaan politik Malaysia pun makin rancak sekarang," katanya kepada media semalam.

Beliau hadir di Pameran Amal Lukisan ulang tahun ke 75 Bruce Lee anjuran Gabungan Impian Kelantan dan beberapa badan swasta di sini.

Selain Zaid, kepimpinan tertinggi DAP seperti Lim Kit Siang, Anthony Loke, Teresa Kok, A Samad Said, Naib Pengerusi PKR negeri, Abu Samah, dan beberapa pimpinan Pas kawasan Kota Bharu juga turut hadir bagi memeriahkan lagi pembukaan pameran jualan yang diadakan selama tiga hari itu.

Ketika ditanya mengenai parti mana yang menjadi pilihan jika beliau ingin kembali, Zaid menegaskan sehingga kini sebarang keputusan masih belum diputuskan.

"Tengoklah nanti macam mana. Tidak boleh cerita nak masuk parti mana, memang politik sekarang sangat menarik," katanya.

Beliau turut ditanya mengenai masa depan Pas jika ada parti baru wujud dan mencabar parti Islam itu.

Zaid berkata, Pas tidak ada tempat lagi sama ada di Kelantan atau seluruh Malaysia kerana Pas dilihat sebagai sebuah parti sempit sebagaimana Umno.

"Pas akan jadi macam Umno. Parti-parti sempit. Parti yang tidak relevan, kalau dia hanya tumpu pada kumpulan tertentu dan bercakap isu lama. 

"Rakyat dah berubah, jadi kalau Pas memikirkan mereka lebih mampu dan lebih berjaya selepas ini, kita tengoklah nanti. 

"Tapi bagi pandangan saya, mereka tiada masa depan. Saya rasa gerakan baru akan lebih berkemampuan dan menjadi harapan kepada rakyat. Rakyat mahu masa depan, rakyat terlalu penat dengan asyik bergaduh dan sebagainya. Rakyat mahu gerakan baru," katanya

3 comments:

  1. Setuju dgn zaid walaupun seblum ni xpernah nak setuju dgn dia... Aku rakyat kelate dh penat dgn mb lon.. Tiada pembaharuan... Zaman tok guru sekurang kurang rasa ketenangan walaupun negeri xsehebat pantai barat bab pembangunan... Tp sekrg mat rileks ni betul xbuat pa... Dah le selatan kelatan bermasalah punxboleh handle... Ni kan plk hal hal negeri.. Mcm tiada benda baru yg d buat utk merubah keadaan kelantan dan rakyat... Ketenangan jauh sekali.. Kurang berkat kot...

    ReplyDelete
  2. Link exchange is nothing else but it is simply placing the other person's
    web site link on your page at proper place and other person will also do similar in favor plenty of fish dating site of free dating you.

    ReplyDelete
  3. Hello! I understand this is kind Plenty Of Fish Dating Site Of Free Dating off-topic but
    I needed to ask. Does operating a well-established website such as yours take a lot of work?
    I'm completely new to writing a blog however I do write in my journal
    everyday. I'd like to start a blog so I will be able to share my experience and feelings online.
    Please let me know if you have any ideas or tips for new aspiring blog owners.
    Appreciate it!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa