N3 ini aku CnP direct dari blog cenangau
Aksi 'tujuan menghalalkan cara 'geng UG' yang CELAKA
TheMalaysianInsider dalam berita bertajuk "Tuduhan Anwarinas, agen DAP, alat capai kedudukan, kata Mat Sabu" melaporkan:
Bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu mendakwa hari ini, pelbagai dakwaan yang sering dilemparkan kepada golongan progresif parti itu sebenarnya bagi membolehkan mereka yang berhajat mendapat kedudukan yang diidamkan.
Mohamad yang juga dikenali sebagai Mat Sabu berkata, golongan yang berjaya memenangi pemilihan PAS kali ini, pada hakikatnya mahu berbaik semula dengan DAP. - TMI.
Juga dilaporkan:"Sekarang saya dapat melihat; menggunakan, melabel, menuduh orang itu alat itu, suruhan itu ini, Anwarinas, agen DAP, hanyalah alat untuk mencapai kedudukan.Juga dilaporkan
"(Apabila) sudah mendapat kedudukan, (mereka) cuba cari jalan berbaik semula dengan DAP. Orang yang bersama membina Pakatan Rakyat (PR) dari awal dinyahkan," katanya dalam satu kenyataan lewat petang ini. - Ibid.
Beliau mendakwa, golongan yang tidak mempertahankan ulama akan dikumpulkan dan dilabel "jebon" serta anti ulama oleh pihak tersebut.Juga dilaporkan
"Lebih jauh, mereka juga dituduh lebih wala' dan taat kepada pemimpin dari parti lain, sama ada PKR atau DAP.
"Tuduhan itu dicurahkan melalui Majlis Multaqa, Nekad dan tuduhan tidak membela presiden ketika ianya diserang DAP," katanya yang pada pemilihan kali ini gagal mempertahankan jawatannya selepas dikalahkan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. - Ibid.
"Kemuncaknya, bila mursyidul am dalam ucapan perasmian muktamar Dewan Ulama pada 3 Jun lalu menegaskan, syarat tahalluf dengan DAP sudah rosak dan tamat. - Ibid.Tuduhan Mat Sabu tu dikuktikan dengan wawancara Utusan dengan Dr. Mahfodz Ketua Dewan Ulama PAS Pusat:
Datuk kata pemilihan kali ini akan memudahkan kerja kerana ia membentuk satu pasukan yang mempunyai matlamat yang sama, boleh ulas lanjut?
DR. MAHFODZ: Bila banyak ulama dalam AJK Pas Pusat, kemudian dibantu pula oleh golongan proulama dalam Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat maknanya hala tuju akan datang lebih jelas, satu arah, satu matlamat, apabila semua macam itu, ia akan memudahkan kerja. .Sekarang ini saya terus terang, golongan profesional dominan, dia kuat dan boleh beri fakta-fakta menyebabkan keputusan tidak boleh dibuat.
Sebab itulah kadang-kadang tok guru terpaksa buat keputusan sendiri. Beliau merujuk kepada Majlis Syura sahaja. Kalau dibawa kepada AJK Pusat, memang kalah. Kali ini apabila kebanyakan AJK sokong ulama maka memang kerja akan menjadi mudah kerana masing-masing tahu dasar-dasar Pas. Semua ustaz memahami perkara itu dan memang kesetiaan mereka kepada Presiden akan lebih kukuh. - Utusan.
Orang orang ULamak PAS semua nya ber muka muka jugak ada sifat DAJJAL
ReplyDeleteYang bijak di ketepi , dan yang bahalol di ketengah
Bahalol
Ikut trend umno ambil yg bodoh senang di perbodohkan tengok aje skrng ........menteri2 punya statement mcm siol......yg PAS bangang pun samalah.
ReplyDelete