Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, June 27, 2015

Biar betul: Palanivel akan masuk DAP?

Palanivel keluar BN masuk DAP?
OLEH KUMARA SABAPATTY DI KUALA LUMPUR - 26 JUN 2015 

Apakah Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel merancang untuk meninggalkan MIC dan mahu menyertai DAP?
Itu mesej yang kini viral dalam laman sosial sejak semalam memberi gambaran kononnya pemimpin itu mahu meninggalkan parti MIC dan BN seterusnya menyertai pakatan pembangkang.
Mesej yang disyaki palsu itu memberi gambaran umum bahawa Palanivel dalam ruang profil peribadinya telah memuat naik mesej beliau kononnya memberi isyarat akan menyertai DAP.
"Saya telah berbincang dengan pemimpin DAP Prof. Dr. Ramasamy dan beliau bersetuju dan menyambut baik keputusan saya sekali gus menyerap masuk para penyokong saya ke dalam DAP," dakwanya ruang profil Facebooknya yang tertera gambar Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar itu.
Insiden ini dikatakan berlaku berikutan sepucuk surat Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengenai status keahlian beliau dalam MIC.
Selain itu, mesej itu turut berbunyi,"Keputusan ini telah dibuat selepas surat ROS berkenaan keahlian saya dalam parti terlucut. Saya telah memberikan 24 jam kepada ROS sebelum mengumumkan perunduran saya dari Barisan Nasional," dakwa sebagai memetik Palanivel.
Bagaimanapun Ketua Penerangan MIC, L.Sivasubramaniam ketika dihubungi Malaysia Gazette menyangkal maklumat itu sambil menyifatkan ia merupakan mesej palsu.
"Ada pihak sengaja mengambil kesempatan menyebarkan maklumat tidak benar seperti ini dan spekulasikan isu terkini dalam Facebook berikutan surat ROS bahawa pihak itu sedia maklum mengenai Palanivel yang didakwa terlucut keahlian parti," tegas beliau. -MalaysiaGazette

2 comments:

  1. Gempaq keeling, bukan boleh percaya sangat, pru13 lepaspun keling ersikap ular, lari undi BN. Jumpa keling ngan ular, pengsankan keling dulu. Jumpa PR dan UMNOBN , matikan umno pengsankan BN baru boleh menang pru.

    ReplyDelete
  2. Aku kurg prcaya geng ni,.. Dia org mcm geng pas yg mabuk ketum dan pil kuda le... Jenis kuat u turn dan hanya pikir kepentingan diri... Lebih baik chinese yg ada jati diri dan berprinsip,.. Sorry pi bab bangsa tp.. Bergaul dgn depa ni aku xselesa ... Xdpt mesti u turn.. Sanggup buat apa saja asal bangsa dia terjaga... Tgk menteri bn dr kalangan depa... Mesti seluruh yg hadir tu pun geng depa... Aduh geng ni...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa