Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, June 25, 2015

PKR play safe?

PKR main selamat selepas penceraian DAP-PAS
09:30PM Jun 24 2015
oleh Alyaa Alhadjri

SEKILAS PANDANG:  Mendengar  kata-kata pemimpin de facto Anwar Ibrahim yang berada dalam penjara supaya gabungan pembangkang bangkit seperti phoenix daripada abu, PKR kini sedang dalam usaha membuat pakatan baru dengan pihak yang berkongsi matlamat bersama menjatuhkan Barisan Nasional.
Naib presiden PKR Tian Chua (kiri) memberitahu Semut Harian yang parti itu mengekalkan pendirian “semua hubungan rapat”, sehingga keputusan akhir di capai di antara DAP dan PAS tentang kerjasama di masa hadapan.
“DAP telah menerima fakta yang ia telah mengeluarkan kenyataan terburu-buru,” kata MP Batu itu, merujuk kepada keputusan terbaru parti untuk memutuskan ikatan dengan PAS dan mengumumkan ‘kematian’ Pakatan Rakyat.
Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng  berkata yang parti itu hanya mengikut keputusan yang telah dibuat oleh PAS sebelum ini yang dilakukan  semasa penggulungan muktamar, walaupun kepimpinan pusat PAS yang kini didominasi golongan ulama kemudiannya menekankan yang keputusan masih belum disahkan oleh Majlis Syura dan jawatankuasa kerja pusat.
MP Batu itu antara pemimpin PKR yang menghadiri majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh MP Tumpat Kamaruddin Jaafar di rumahnya pada 23 Jun, bersama beberapa orang pemimpin DAP dan sekumpulan pemimpin progresif PAS yang dikenali sebagai G18.
MP Seputeh Teresa Kok kemudiannya berkongsi gambar perjumpaan tersebut dan ia mencetuskan khabar angin bahawa perbincangan lanjut sedang berlaku untuk pembentukan pakatan Pembangkang baru untuk menggantikan Pakatan.
Dalam catatan Facebooknya, Kok berkata yang pertemuan itu “memberikan harapan” kepada pembentukan Pakatan 2.0.
“Inilah kali pertama saya menyaksikan PAS yang progresif bersatu padu,” katanya.
G18 ialah kelompok pemimpin PAS yang semuanya ditewaskan dalam penentangan berdepan dengan  kelompok konservatif dalam pemilihan parti baru-baru ini dan sudah wujud cakap-cakap yang mereka sedang dalam proses menubuhkan parti baru, yang akan diumumkan tidak lama lagi selepas sambutan Aidilfitri.
Presiden NGO yang mempunyai kaitan dengan PAS Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa)  Phahrolrazi Zawawi juga baru-baru ini berkata yang ahli-ahlinya akan bergabung tenaga dengan pemimpin-pemimpin G18 untuk menubuhkan parti baru.
Apabila ditanya adakah PKR akan terpaksa memilih untuk bekerjasama dengan PAS atau mana-mana parti baru yang akan ditubuhkan, Tian Chua bagaimanapun berkata: “Jangan buat spekulasi. Tidak bagus buat begitu. Jangan masuk campur urusan orang lain.”
“Setakat yang kita (PKR) tahu, kita mahu bekerja dengan sesiapa sahaja yang menentang BN,” tekannya.
Antara pemimpin golongan progresif yang menghadiri majlis berbuka puasa itu ialah bekas timbalan presiden Mohamad Sabu, bekas naib presiden Salahuddin Ayub, bekas ahli jawatankuasa kerja pusat Mujahid Yusof Rawa, bekas pengarah pemilihan parti Dr Hatta Ramli dan bekas ketua pemuda Suhaizan Kaiat.
Kepimpinan PAS kini yang didominasi golongan ulama di bawah teraju presiden Abdul Hadi Awang dikatakan lebih terbuka kepada cadangan pembentukan kerajaan bersatu Melayu-Islam dengan Umno, tindakan yang ditolak oleh pemimpin kelompok progresif yang juga merupakan pro-Pakatan Rakyat.
Dengan kehancuran Pakatan Rakyat dan tambahan pula kedua-dua DAP dan PAS kelihatan  telah bersetuju untuk terus bekerjasama dengan PKR- nampaknya parti itu mempunyai kelebihan untuk menentukan masa depan pakatan Pembangkang Malaysia.
Ini meletakkan PKR dalam kedudukan penting untuk menentukan parti mana akan terus kekal dan parti mana akan disingkirkan, memandangkan PAS dan DAP nampaknya sudah tidak boleh berkerjasama lagi.
PAS juga nampaknya sukar untuk bekerjasama dengan PKR jika parti itu memilih untuk menerima serpihan PAS sebagai rakan pakatan.
Mungkin memikirkan perkara ini PKR dengan berhati-hati telah berkata yang ia terbuka untuk berkerjasama rapat dengan pihak lain selain parti politik sedia ada bagi membentuk masa depan baru.
Dalam kenyataannya yang menerima kehancuran Pakatan, presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata yang parti itu akan mencari rakan strategik baru terdiri daripada parti politik, kumpulan masyarakat sivil dan pemimpin yang berpengaruh.
Walaupun PKR masih menahan diri daripada melakukan keputusan sukar untuk memilih, semakin menarik untuk terus diberikan perhatian kepada tindakannya dalam masa terdekat , jika semua usaha untuk mengekalkan Pakatan gagal.

2 comments:

  1. Pas dulu perlukan ahli korporat spt KJ, tapi hr ni golongan professional mahupun korporat tidak diperlukan.

    Pas skrg ada Ding Ayang ... Yg gaji berjuta boleh byr pejabat agung dan suap perwakilan di muktamar.... Semua salah pkr bg muka pd menantu....

    Azmin pun masih dok layan menantu hingga ke syurga...

    ReplyDelete
  2. SELAGI PAS TIDAK DI GANTI

    SELAGI ADUN PAS BELOM LONCAT PARTI KE PKR ATAU PEGNTI PAS

    SELAGI ITU LAH MESTI PLAY SAFE

    PAS@TOLOL ini bagai BIAWAK

    Tak boleh percaya Ternakan Biawak ini walau dalam Sangkar MAMPU jadi BON BON

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa