Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, June 10, 2015

PAS tandatangani sijil matinya?

Pakatan belum mati, hanya PAS yang tandatangani sijil matinya
09:30PM Jun 09 2015
oleh Mariam Mokhtar

SEKILAS PANDANG: Sejak Muktamar PAS, di mana golongan ulama menemui kejayaan, penjaja berita buruk dan pemutarbelit telah mengisytiharkan kematian Pakatan, dan ‘talkin’ telah dibacakan di seluruh Malaysia dan luar negara. Tenang semua!
Malah Lim Kit Siang, supremo DAP, telah turut mengisytiharkan kematian Pakatan. Mengapakah semua orang begitu negatif? Apa yang berlaku kepada keyakinan dan kepercayaan diri? Apa yang berlaku kepada semangat berbilang budaya Tunku? Adakah impian beliau dan kita, sebagai sebuah negara sekular pelbagai budaya yang bersatu telah mati, hanya kerana Abdul Hadi Awang, dan rakan baik barunya, Najib Abdul Razak, telah mengambil keputusan untuk berpakat?
Adakah rakyat Malaysia sedar bahawa sebuah Pakatan yang lebih kukuh akan muncul, dan meneruskan perjuangan tanpa PAS? Pakatan tidak mati. Sebaliknya, PAS yang telah menandatangani sijil matinya sendiri.
Serampang Kajang mendedahkan warna sebenar Hadi. Beliau berbohong. Beliau bercakap dengan lidah bercabang dan tidak membenarkan wanita memainkan peranan yang penting dalam politik.
Ingat cara Hadi menyusun bahasa beliau, seolah-olah menjanjikan syurga kepada orang Melayu, jika mereka menolak Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor?
Sudah tentu, mereka yang sinis akan mengatakan bahawa DAP adalah berteraskan kaum Cina dan jika ia memerintah, ia akan "menjual" Malaysia kepada orang Cina Singapura.
Jika ada sesiapa yang akan "menjual" Malaysia, ia adalah kerajaan Umno Baru. Sejumlah besar tanah, hartanah dan perniagaan telah dimiliki oleh Republik Rakyat China (PRC). Pasir kita dijual dan diseludup, ke Singapura, supaya rakyat Singapura boleh menambak tanah, yang merugikan kita. Tentera laut PRC telah melakukan latihan di atas beberapa pulau-pulau berbatu, 60 km dari pantai Sarawak tetapi ketua Angkatan Tentera Malaysia memberitahu kita supaya tidak bimbang.
Ahli-ahli politik dalam PKR, sebuah lagi komponen pakatan pembangkang itu, harus menangkis persepsi bahawa mereka merupakan sisa Umno Baru.
DAP sedang cuba menangkis imej mereka sebagai sebuah parti yang dikuasai kaum Cina, dengan ramai kaum muda Melayu. Apa yang UMNO Baru, sebuah parti yang berasaskan kaum semata-mata, sedang lakukan mengenai imejnya sebagai sebuah parti yang berkubang dalam rasuah, nepotisme, kronisme dan penyalahgunaan kuasa? Pertengkaran dalaman mengenai kontrak dan kawasan, memberi kesan kepada rakyat, memusnahkan keyakinan pelabur, dan ekonomi kita.
Kini terdapat peluang untuk membina semula Pakatan, menerusi dua buah parti komponen, dan bukannya dibebani dengan PAS, yang mana pemimpinnya menumpukan terhadap seks, hudud, seks luar nikah, hukuman ke atas orang-orang yang tidak menghadiri solat Jumaat, alam barzakh, daripada membincangkan rasuah, pembaziran BR1M, skandal 1MDB, kebajikan golongan miskin, pembalakan haram di Kelantan, yang hanya boleh berlaku disebabkan kerjasama pemimpin-pemimpin negeri.
Sebagai peserta dalam pakatan itu, PAS tidak memahami cara-caranya. Ketuanya memberi tumpuan terhadap usaha menjatuhkan parti-parti komponen lain. Hadi boleh membawa PAS menyertai Umno Baru, jika dia boleh nyenyak tidur malam lagi selepas melakukannya.
Sekarang sudah abad ke-21, di mana lelaki dan wanita sama taraf, di mana pelbagai kaum perlu hidup bersama-sama, di mana Internet menjadikan dunia semakin kecil, di mana begitu jelas sekali bahawa aspirasi golongan muda, terutamanya orang Melayu, tidak boleh dipenuhi di bawah pemerintahan PAS yang konservatif. Hidup Pakatan baru. Tinggalkan sahaja yang lapuk!

12 comments:

  1. Saya bersetuju dgn apa yg dibincangkan. Pergilah Hadi dlm pelukan UMNO baru. Saya terlalu rindukan keadilan uk semua kaum. Saya memiliki pelajar pelbagai keturunan yg mahukan Malaysia baru. Tanpa rasuah, tanpa penindasan, tanpa kroni, tanpa pemborosan. Mereka sudah hilang rasa malu uk melakukan penyelewengan. Pakatan Rakyat diharapkan dpt menjadi pemerintah yg adil dan memupuk nilai kasih sayang dlm masyarakat. Kepada Allah aku berserah....

    ReplyDelete
  2. Tiada PAS maka tiada lah PR. Kekuatan PR bergantung pada PAS. Itu satu hakikat yang perlu diterima.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu krusi je Pas kt Penang...kalo 1 krusi Pas x da d penang..tak jadi kudis pun buat PR.
      PAs jgn jdi gunting dlm lipatan dlm PR.
      Berambus PAs dr PR..kan lebih semangat utk kami membantu PR brdepan dgn PAs& BN.

      Delete
    2. Mungkin saudara betul untuk Kelantan dan Terengganu. Utk negeri2 lain, PAS boleh terus bermimpi. Itupun kalau tak kena kencing dgn UMNO di Kelantan dan Terengganu...Sedih ngan mentaliti penyokong geng ustad yg buta siasah...

      Delete
    3. Anon 7:24 itu dulu skrg xlagi

      Delete
  3. Setiap hari kebencian kpd Pas semakn bertambah

    ReplyDelete
  4. Tiada PAS tiada PR itu satu slogan yang bodoh kan lebih jika tiada PAS PR akan kekal uth pendirian berpolitik.

    ReplyDelete
  5. Utk anon 7.24pm, ia mungkin benar utk parti PKR tp tidak utk DAP...Hakikatnya DAP masih mampu utk menguasai Pantai Barat.tanpa kehadiran PAS terutama dikawasan bandar. Ini telah diterjemahhkn pd PRU13 g lalu...Kekuatan PR yg selama ini dibina akn berkubur...sekiranya dua parti ini masih ingin menuding kesalahan di antara satu sama lain...

    ReplyDelete
  6. Kentut siapa yang wang ..niilai diri muhasabah diri cermin diri hati siapa yang paling busuk jual agama kerana dunia Allah Maha melihat jauh sangat dan amat berbeza pendekatan islam yang nabi ajarkan malu dengan perangai ulamak-ulamak yang mendabik dada akulah pejuang islam konon...

    ReplyDelete
  7. Entah macam mana mereka berpolitik, kunun landasan islam tapi ada lebel Jebon, Tolol, Barua, Bila mengundi pakai cai....Tapi mulut dok kata Isle Isle Isle.
    Dewan Ulama pun satu main redah je usul, bila dah lulus tapi ahli Pas tak nak lepas Jawatan, rasa saying ke, rasa fulus ke...Apa pun tak kan nak U-TURN malu lah Jemaah Ulama
    Nampak lemah nya mereka berpolitik betul-betul mcm Lebai Malang. Apa pun nasi dah jadi bubur Saya meyeru semua yg berjawatan dengan hati terbuka letak lah jawatan demi MARUAH dan Pilih lah ULAMA BUKAN RINGGIT ok.
    Lucu...Mulut Isle Isle tapi akhlak berpolitik MasyaAllah.

    Tak apa kita tunggu, selagi tidak meletak jawatan isu ini tak akan reda bro. Rakyat akan terus follow dan Up Date tau. PR boleh terus kehadapan dgn PKR + DAP sahaja.

    PILIH ULAMA BUKAN RINGGIT
    kita KUAT dan membangun bersama kepimpinan Cai

    ReplyDelete
  8. PAS BAHALOL

    Orang Orang Pas pon Otak Gred 3 tiada kualiti ber guna tuk bangun kan negara

    Elok lah PAS keluar Pakatan Rakyat biar kan orang orang MELAYU ber fikiran dan waras bersatu dengan Cina India profesional bijak dan ber daya maju di dalam Pakatan Rakyat

    PAS parti politik meminta minta akan kehilangan Kelantan kerana Gagal menjana ekonomi

    Tunggu dan Lihat saja

    Mana ada rakyat ingin kan Orang Orang Otak Benggap jadi pemimpin negara

    Yang ada sekarang ini pon BAHALOL jugak

    Moga moga TUN MAHATHIR dapat membangun kan negara semula seperti tahun tahun 1990-2000

    ReplyDelete
  9. Pas tidak pernah faham.kalau hendak laksanakan hudud tidak mungkin dengan kertas cai tu.Agama bukan untuk mengawal orang, tapi agama untuk mengawal diri sendiri.jgn sebut pasal agama jika mulut masih xda insuran melabelkan orang lain barua, broker, tolol, haramjadah (opps itu label umngok).Rakyat sebenarnya mahu pas seharusnya menjadi agen dakwah islam, dap agen demokrasi dan pkr agen keadilan dan ketelusan.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa