Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, June 10, 2015

Mangsa gempa ditemui dalam bentuk cebisan

 | June 10, 2015
Kedua- dua mayat mangsa terakhir disahkan warga Singapura dikenalpasti pada Selasa
mangsa_gempabumi_600KOTA KINABALU: Dua mangsa gempa bumi yang dilaporkan hilang sebelum ini di Gunung Kinabalu ditemui dalam bentuk cebisan.
Menurut laporan yang dipetik daripada Berita Harian Online, pengesahan mayat berkenaan disahkan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.
Kedua-dua mangsa adalah warga Singapura iaitu Mohamad Ghazi Mohammed, 35, dan Navdeep Singh Jayral Raj Kumar, 12. Kedua-dua mayat dikenal pasti pada Selasa.
Dalam kejadian Jumaat lalu, 19 disahkan terkorban selepas gegaran yang berskala 5.9 Richter menggegarkan Ranau.
Daripada jumlah itu, warga Singapuran menjadi mangsa paling ramai dengan jumlah 9 orang dan diikuti rakyat negara ini, 7 orang.
Manakala Filipina , China dan Jepun masing-masing 1 mangsa.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa