Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, June 9, 2015

“Kepimpinan baru Pas perlu mencontohi Mat Sabu”

Guan Eng puji Mat Sabu

 | June 8, 2015
Guan Eng minta pemimpin Pas dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang meletak jawatan selepas parti itu memutuskan hubungan dengan DAP
lim-guan-eng_mat-sabu_600KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mencabar kepimpinan baharu Pas yang memegang jawatan dalam kerajaan negeri supaya meletak jawatan.
Desakan itu dibuat susulan daripada tindakan Pas meluluskan usul untuk memutuskan hubungan dengan DAP dalam muktamar lalu.
“Sekiranya berpegang kepada prinsip maka mereka harus mengambil tindakan mengarahkan semua pemimpin Pas yang memegang jawatan di Pulau Pinang meletak jawatan,” katanya semasa sidang media di Lobi Parlimen pada Isnin.
“Saya rasa hanya dengan tindakan sedemikian (arahan letak jawatan) sahaja menunjukkan mereka bermaruah,” tambahnya.
Setiausaha DAP itu turut menegaskan, segala jawatan yang dipegang wakil Pas adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan Ketua Menteri.
Oleh itu adalah tidak masuk akal untuk Pas bekerjasama selepas hubungan politik diputuskan.
“Saya harap mereka faham, macam mana boleh bekerjasama dengan kerajaan Pulau Pinang sedangkan mereka telah putuskan hubungan degan saya,” katanya.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Bagan itu juga memuji tindakan bekas presiden Pas, Mohamad Sabu atas tindakannya meletak jawatan dalam kerajaan Pulau Pinang sebagai tanda menghormati usul yang dibuat kepimpinan Pas.
“Saya rasa ini tindakan mulia dan disegani kerana beliau berpegang kepada prinsip bukan memegang jawatan dan akur kepada keputusan parti.
“Kepimpinan baru Pas perlu mencontohi Mat Sabu,” katanya.
Menurut Guan Eng hampir seratus jawatan telah diberikan kepada wakil Pas dalam pentadbiran kerajaan negeri itu.

4 comments:

  1. Malu, malu sungguh malu. Nak letak mana serban tu. Atas lutut agaknya

    ReplyDelete
  2. Orang Orang PAS Otak Gred 3 tidak bijak

    Mungkin akan menimbul masalah jika melepaskan jawatan ber gaji dalam kerajaan Pulau Pinang

    Orang orang PAS mana ada duit miskin bodoh dan meminta minta , akan jadi bagai Rohingya pulak nanti.

    Di Selangor pun tak akan lepas jawatan gaya nya

    Orang Orang PAS GAGAL BER FIKIR dan hanya menyusah kan Rakyat di masa depan

    ReplyDelete
  3. Mana maruah kamu wahai lantikan politik pas p pinang dan selangor?Tunggu apa lagi?Tentu tunggu alamak mercun mencari dalil mempertahankan elaun bulanan!
    Dasar muka tak tahu malu seperti tantawi dan nik abodoh.Tuan ketot timb presiden terrr bila nak buat multaqa/muqayyam di tasik kenyir lagi?Kali ni nak fitnah sapa pulak?

    ReplyDelete
  4. Yg ada otak keluar dari parti yg pakai Siku dan Lutut.
    Nanti org kata otak kat Lutut .jgn marah

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa