Kemunculan parti Islam baru untuk semua?
mk - 5:00PM - 24 Jun 2015
Malaysia tidak lama lagi bakal menyaksikan kelahiran parti Islam baru yang akan membuka pintu kepada semua rakyat tidak mengira kepercayaan dengan syarat mereka bersetuju dengan perjuangan terasnya.
Ini akan menjadi menjadi kenyataan sekiranya PAS tidak memenuhi pendekatan inklusif yang dibina pada masa ini, kata MP Shah Alam.
Tidak seperti PAS, kata Khalid Samad, objektif parti baru itu antara lain lebih kepada memerangi rasuah dan menegakkan keadilan.Bercakap kepada Malaysiakini, beliau yang juga bekas ahli jawatankuasa PAS Pusat berkata parti itu masih berpandukan kepada prinsip-prinsip Islam.
"Pendekatan kami lebih inklusif. Kami mahu semua kumpulan orang Islam dan bukan Islam bersama-sama kami dan menentang rasuah. Inilah apa yang (Allahyaham bekas presiden) Datuk Fadzil Noor bawa.
"Ia adalah perjuangan Islam berdasarkan kepada prinsip Islam. tetapi jika bukan Islam bersedia untuk menerima asas perjuangan, maka tidak ada masalah (mereka untuk menyertainya)," katanya.
Tidak seperti pemimpin PAS yang lain, Khalid lebih jelas menceritakan mengenai inisiatif baru itu sebagai parti politik yang sedang dalam penubuhan sedangkan pemimpin lain memilih menggunakan perkataan 'platform'.
Ditanya sama ada kumpulan pemimpin progresif yang dikenali G18 mahu menubuhkan parti baru, Khalid berkata:
"Ya, besar kemungkinan jika ia tidak memenuhi visi pendekatan yang inklusif yang dibina pada masa ini.
"Jika ia mula menjadi lebih pendiam, lebih nak halau orang keluar keluar, nak yang suci murni saja bersama dia, maka sudah tentu pendekatan itu (tubuh parti baru) kami mahu," katanya.
Perincian mengenai parti itu masih di peringkat awal, kumpulan pemimpin progresif itu merancang untuk menarik sokongan profesional, aktivis, pemimpin NGO Islam atau bukan Islam.
Tak sabarnya nak tunggu bila tertubuhnya parti baru. Aku pasti orang awal wlaupun bukan pertama jadi ahli. Makin bosan dan meluat tengok ustaz2 dlm PAS baik Presidennya, Nik Amar, MB Kelantan. Itu belum lagi Ustaz Azli yg mendabik dada bertempik terjerit2 mengaku ulama dlm ucapannya di muktamar lepas. Aku bukan anti ulama malah mencari2 ulama spt Dr Maza, Utz Azhar Idrus dan ramai lagi utk memperbetulkan kekurangan pengetahuan Islam dlm diri ini tapi aku tak kenan langsung perangai mereka2 yg mengaku ustaz dlm PAS.
ReplyDeleteuntuk jadi ketua atau presiden tubuh lah parti baru, semua boleh jadi ketua parti masing-masing. Aku tak faham apalah yang dimahukannya adat pertandingan ada kalah dan menang.Islam hanya satu tiada baru atau lama. fikir-ikirkan lah
ReplyDeleteustaz pun manusia biasa juga.Bukan maksum.Ada ustaz ngajar orang jangan buat benda tak baik tapi dia buat lagi teruk.....
ReplyDeletePas for all telah gagal....maka berbaliklah pas keasal.......parti kampong aje
ReplyDeleterambo.....bacaan politik kamu amat lemah. Mereka yg kalah bertanding semuanya itu bukanlah mahu jadi ketua atau presiden, tetapi untuk memperkasakan parti. Tetapi individu2 yg menggelarkan diri mereka itu ulama telah melakukan usaha kotor untuk memenangi jawatan yg dipertandingkan. Apakah kewajarannya mereka yg tewas masih mahu memperkasakan parti yg tercemar itu?
ReplyDeleteParti Baru dengan Ahli Ahli ORANG ORANG BER FIKIR mampu bawa kemajuan dan membantu Rakyat dengan lebih effektif dan cemerlang
ReplyDeleteBUKAN SEMUA ORANG bangga membodohkan diri dan kehidupan mereka.
Itu FAKTA
Contoh nya KEPIMPINANAN PKR dan DAP
Alhamdulilah
Bukan SEMUA orang orang MELSYU ber mentaliti SEPILOK