Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, June 14, 2015

Nasihat mengarut: Abdul Rahman Dahlan patut tanya dirinya sendiri

Nasihat mengarut daripada menteri Umno yang tidak tahu apa-apa kepada Mahathir 
07:30PM Jun 13 2015
oleh Robin Stanley Augustin

KOMEN: Kelihatan seperti tiada pengakhiran buat serangan tanpa henti oleh Dr Mahathir Mohamad kepada Najib Razak.
Perdana menteri paling lama berkhidmat itu mungkin sudah berusia 89 tahun, tetapi pastinya tiada yang salah tentang serangan dan kritikan beliau.
Sudah tentu serangan beliau tidak disukai oleh orang-orang Umno, terutamanya mereka yang bersama Najib.
Yang terbaru menentang kecaman Mahathir adalah Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Abdul Rahman Dahlan yang berkata bahawa sebarang perbezaan antara kedua mereka seharusnya diselesaikan secara baik untuk mengelakkan sebarang kesan kepada Umno.
Dalam sebuah laporan oleh The Star Online, beliau berkata bahawa isu-isu ini seharusnya diselesaikan dengan “semangat kekeluargaan”.
“Lebih baik jangan ulangi pengalaman pahit pada 2008 apabila serangan terbuka oleh Tun (Mahathir) ke atas Pak Lah (Abdullah Ahmad Badawi) telah mengakibatkan prestasi terburuk oleh BN dalam pilihan raya umum tahun itu,” kata beliau.
Abdul Rahman juga berkata beliau menyokong pandangan Najib yang debat terbuka dengan Mahathir adalah tidak wajar atau bermanfaat kepada BN dan Umno.
“Saya menyokong pendirian perdana menteri itu kerana saya percaya andai debat berlaku, ianya akan bertukar kepada situasi ‘saya cakap, anda cakap,” kata beliau.
Abdul Rahman juga berkata soalan-soalan Mahathir terhadap 1MDB akan tetap diajukan melalui Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) dan penyiasatan Ketua Audit Negara dan Mahathir sepatutnya mengajukan persoalan “tanpa berkonfrontasi”.
Beliau berkata bahawa tiada keperluan buat Mahathir untuk menggunakan pendekatan konfrontasi. Beliau juga tidak menggemari penggunaan media oleh Mahathir untuk menyindir dan melontarkan tuduhan berasaskan kebenaran separuh matang dan tuduhan-tuduhan tidak berasas yang dibuat oleh pihak ketiga yang berkepentingan politik.
Untuk berlaku adil, Mahathir telah berulang-kali berkata bahawa beliau telah cuba untuk menyelesaikan isu-isu yang beliau ada dengan Najib secara peribadi dan tertutup tetapi kerisauan beliau telah diabaikan.
Malah beliau mengakui yang beliau masih berlembut kerana beliau berasa terhutang budi dengan bapa Najib, Tun Abdul Razak, yang dianggap sebagai mentor beliau.
Isu-isu yang dibangkitkan oleh Mahathir, terutamanya 1MDB, bukanlah berasaskan peribadi atau kepartian, ini adalah isu nasional. Sebagai wakil rakyat, Abdul Rahman seharusnya sama risau lebih-lebih lagi memandangkan beberapa pemimpin Umno, termasuklah Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden Umno Shafie Apdal juga telah menyuarakan kerisauan mereka terhadap 1MDB.
Apabila ianya berkaitan isu-isu nasional tiada istilah “selesaikan secara baik”, apa yang perlu Najib lakukan adalah bersikap telus dan bertanggungjawab.
Jika beliau #Nothing2Hide (tiada apa yang disembunyikan), maka Mahathir atau sesiapa saja #Nothing2Say (tiada apa yang ingin dicakap).
Ia juga kelihatan Abdul Rahman telah tersilap dalam meletakkan kesalahan prestasi lemah BN pada pilihan raya 2008 kepada serangan oleh Mahathir ke atas Badawi.
Mungkin beliau tidak faham atau tidak meingati kenapa prestasi BN lemah dalam pilihan raya tahun itu.
Walaupun Mahathir adalah seorang negarawan yang dihormati, ramai orang menolak BN kerana mereka telah hilang keyakinan terhadap kepimpinan yang dianggap lemah, tidak cekap dan korup.
Rakyat mahukan reformasi sebenar. Adakah mereka faham? Adakah kerajaan telah belajar? Adakah Najib telah belajar ke atas kesilapan pendahulu-pendahulu beliau?
Inilah yang patut Abdul Rahman tanya dirinya sendiri.
Pada masa sama, beliau boleh cuba untuk memikirkan kenapa prestasi Najib lebih teruk berbanding Badawi di PRU13. Ini terjadi sebelum Mahathir mula bersuara ke atas kepimpinan sekarang.
Bayangkan jika Mahathir telah berusara sebelum PRU13. Adakah prestasi BN akan menjadi lebih buruk lagi?
Logik Abdul Rahman untuk menyokong pendirian Najib tentang berdebat dengan Mahathir juga mengarut. Beliau secara tersirat berkata ianya akan bertukar menjadi situasi ‘saya cakap, anda cakap’.
Mereka ini adalah dua orang yang sedang memimpin dan pernah memimpin negara kita. Mereka  berpendidikan tinggi dengan pengalaman bertahun-tahun.
Pastinya, debat mereka tidak akan bertukar menjadi situasi tuding-menuding jari.
Melihat kepada sifat dan kedudukan topiknya, kedua-dua pemimpin akan bersedia sepenuhnya dengan angka dan fakta. Atau setidak-tidaknya, kita harap mereka akan begitu.
Jika para pemimpin kita tidak berupaya untuk berdebat dan jika kita tidak menggalakkan debat, maka apa yang dapat diperkatakan dengan kepimpinan atau wacana intelektual dalam negara ini?
Dalam isu 1MDB, Ahli Parlimen Kota Belud itu berkata semua persoalan Mahathir akan diajukan melalui PAC dan penyiasatan Ketua Audit Negara.
Beliau mesti sedar bahawa kerisauan Mahathir dan orang awam adalah bila persoalan-persoalan ini akan dijawab.
Telah dilaporkan bahawa tiada rangka masa yang ditetapkan kepada Ketua Audit Negara untuk melengkapkan auditnya terhadap 1MDB, sementara ketua pegawai operasi 1MDB sekarang dan bekasnya tidak menghadiri pendengaran PAC yang sepatutnya dihadiri mereka.
Tidak hairanlah Mahathir dan ramai lagi berterusan mengulangi soalan-soalan tidak berjawab mereka ke atas 1MDB kerana terdapat kerisauan bahawa mereka yang bertanggungjawab tidak akan dipertanggungjawabkan.
Walau bagaimanapun, jika Mahathir benar-benar menggunakan media untuk membuat tuduhan berdasarkan kebenaran separuh matang dan dakwaan tidak berasas seperti yang didakwa Abdul Rahman, mungkin 1MDB dan Najib harus mengambil tindakan undang-undang ke atas Mahathir.
Atau lebih baik lagi, Najib boleh saja berdebat dengan pengkritik tegar beliau itu.

6 comments:

  1. Politik umngok - politik cari makan, politik periuk nasi... Slogan baru umngok: "JANJI MASYUUUK!"

    ReplyDelete
  2. Budak BAHALOL dalam UMNO tak akan habis habis.....

    HIDUP TUN MAHATHIR !!!!!!

    ReplyDelete
  3. Mamat ni adalah Nik Abduh UMNO.....

    ReplyDelete
  4. inilah contoh mp BN yg menang melalui politik bodek & politik wang. menggunakan politik bodek utk menjadi calon. menggunakan politik wang utk mendapatkan undi & menang pilihan raya. maka tak hairanlah ulasan beliau kurang bernas & lebih bersikap sebagai anjing menjaga tuannya!

    ReplyDelete
  5. Masa dlm jwatan PM ..madey serang anwar dulu...machai2 semua sokong madey...walaupun madey fitnah & merapu.
    Skrg PM ialas najib...bukan madey lagi!
    Pas yg pembankang pun x mou tlg madey...

    ReplyDelete
  6. Semua yg ada pejawatan dalam kabinet ada lah pecacai màsyuuuuuuuuuuuk, kenyang perut sendiri.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa