Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, June 11, 2015

Pendirian terkini PAS: Rakyat ragu atau tertawa?

Rakyat ragu dengan pendirian terkini PAS, kata penganalisis

Bernama |Kemas kini:Jun 10, 2015
(Diterbitkan pada: Jun 10, 2015 08:02 MYT)

Rakyat ragu dengan pendirian terkini PAS, kata penganalisis
Keputusan PAS dalam muktamar lalu menimbulkan persoalan tentang status dan kekuatan pengaruh parti tersebut dalam Pakatan Rakyat.
KUALA LUMPUR: Keputusan PAS untuk memutuskan hubungan dan kerjasama politik dengan DAP namun kekal bersama PKR dalam pakatan pembangkang, hanya menimbulkan keraguan rakyat tentang hala tuju sebenar parti itu, demikian menurut seorang ahli akademik.

Merujuk usul Dewan Ulama yang diluluskan semasa Muktamar Tahunan PAS ke-61 pada Sabtu lepas, pensyarah Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia Dr Mohamad Faisol Keling berpendapat keputusan PAS  turut menimbulkan persoalan tentang status dan kekuatan pengaruh parti, yang memperjuangkan Islam dalam pakatan.

"Dengan mengambil keputusan sebegitu, adakah PAS yang digambarkan membawa imej Islam mampu diyakini untuk dihormati dan didengari pendiriannya atau adakah PAS hanya bersifat menuruti keputusan rakan dalam gabungan pakatan?

"Pendirian sebegini jelas menunjukkan hala tuju PAS adalah meragukan," katanya kepada Bernama.

Pada muktamar berkenaan, usul yang dibawa itu diputuskan untuk diterima tanpa bahas ekoran beberapa kenyataan beberapa pemimpin DAP yang mengkritik Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang terutama dalam isu hudud.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menerima keputusan PAS itu kemudian menggesa agar semua wakil PAS yang berkhidmat di bawah kerajaan Negeri Pulau Pinang meletak jawatan, di samping mengeluarkan kenyataan bahawa DAP tidak memerlukan orang tengah bagi menyelesaikan perselisihan antara dua parti itu.

Pengerusi Jawatankuasa Usul pada muktamar PAS, Datuk Mahfuz Omar pula berpendapat PAS tidak akan berpatah balik mengenai usul putus kerjasama dengan DAP, dan cubaan PKR untuk menjadi orang tengah bagi mendamaikan DAP dan PAS adalah usaha sia-sia.

Mengulas lanjut, Mohamad Faisol berkata keputusan PAS memutuskan hubungan dengan DAP secara tidak langsung membuktikan bahawa PAS sudah 'tidak tahan' dengan kerenah DAP yang tidak menghormati parti itu meskipun PAS selama ini  cuba menafikannya.

Katanya realiti itu sepatutnya perlu disedari lebih awal malah dengan konsep tahaluf siyasi yang diamalkan antara PAS dan DAP, ia jelas bertentangan kerana masyarakat sedia maklum tindak-tanduk DAP yang menentang agenda PAS.

"Dalam matlamat tahaluf siyasi PAS itu, adakah umat Islam perlu mengikut perintah orang bukan Islam atau orang bukan Islam yang perlu mengikut perintah orang Islam? Adakah PAS masih tidak menyedari kelemahan tahaluf siyasi ini apabila majoriti pemimpin PAS dalam Dewan Ulama mengakui 'hasil sebenar' kerjasama PAS selama ini," katanya.

Mohamad Faisol dalam masa sama turut berkata adalah lebih baik sekiranya kerjasama antara UMNO dan PAS direalisasikan kerana selain berteraskan matlamat penyatuan umat Islam, ia juga mampu membawa kebaikan dalam aspek pembangunan umat termasuk seluruh masyarakat.

13 comments:

  1. salam...
    agama yg dikandung dalam tubuh/ hati manusia ni x hancur pun kalo tubuh/hati tu tersenget2/ternakal2/terjahat2 sikit asalkan tubuh/hati tu masih duduk diatas jalan yg lurus insyaAllah..tapi "jalan" utk agama ni yg langsung x boleh senget2 sikit pun..jalan dia memang kena betul2 lurus..tubuh/hati yg nampak mcm x senget tapi bawa agama meniti jalan yg senget baru la malang x berbau nama dia hehe..jalan agama x boleh senget2..kalo jalan dh senget itu bukan agama namanya ..agama ni jalan dia memang betul2 lurus..lurus sampai jelasnya hitam dan putih..kalo x lurus mcm mana pulak ianya nak dipanggil agama..
    ko nak islamkan negara..negara tu tanah2 dan pasir2 je..ko islamkan la manusia2 br la negara tunduk jadi islam juga insyaAllah...
    kata ikut sunnah..itu la yg nabi saw dulu buat...
    dulu ko ingat sistem kerajaan melayu(sebelum islam)runtuh dan bertukar kepada islam pasal ape?pasal politik?mana maunya pasal politik...ianya runtuh pasal manusia2 diajak beriman/islam..org2 terdahulu buat perkara tu je..akibat dia runtuh sistem bukan islam...akibat/hasil itu kerja Allah..yg penting jalan mana yg ko pakai?
    ini ko nak runtuhkan lord reid/demokrasi..
    last2 dgn engkau2 sekali guna jalan lord reid/demokrasi..so ape bezanya ko umno pkr dap..memang terbukti xda beza pun kan sekarang?..bahkan nampak lebih memalukan dari parti demokrasi lain..
    sampai tergamak kafir sana kafir sini..
    bagi kahak hijau kuning kat umno hari2 last2 skrg dh cakap lain lak dgn umno....bila ko yg buat halal..bila org lain buat haram...
    hadoi...kesian la pada yg taksub.
    ko bawak agama ikut jalan yg sama dap pkr umno guna...ha masak la ko habis semua jadi pening

    (pendapat peribadi..mohon jgn ada yg mengamok...)

    ReplyDelete
  2. Tengok saja langkah kajang..adakah pas dengan kertas cai sehati sejiwa dengan keputusan muktamad (bukan muktamar pas) parti pkr/dap.apakah agama untuk mengawal orang lain? Cuba guna kebaikan agama/akidah dalam agama supaya tidak memandang rendah kemampuan wanita ciptaan allah, tidak selembut lidah melabelkan orang lain sebagai broker, barua, pil kuda, tolol, haramjadah.sedangkan iman tidak dapat diwarisi apalagi manusia biasa yang tidak semaksum tukang label untuk diwalakan.

    ReplyDelete
  3. HEBAT SUNGGUH PUAK-PUAK UG MEROGOL PERLEMBAGAAN PAS... SEBIJIK MACAM KES PEDAGANG MANUSIA DI WANG KELIAN.

    ReplyDelete
  4. Pas dalam kerajaan Negeri Pulau Pinang yang mesti letak jawatan dulu demi menjaga maruah Ulama dan Muktamar.Kata dah putus tapi masih nak kerja dengan DAP. Kan DAP nak ganti puak tu dengan Melayu lain. Tuan Haji kalau dah putus LETAK JE LAH JAWATAN tak kan masih terkinja-kinja kata masih belum muktamad.

    Saya memilih untuk mendengar dan patuh kepada Muktamar jadi lepas lah jawatan tu dalam mencari Redha Allah. Di mulakan dengan jawatan di Pulau Pinang dulu. Pernah dengar ke UMNO Perak lantik ahli majlis dari PKR atau DAP atau PAS. Tak ada kan kerana tiada hubungan. Jadi begitu lah di Pulau Pinang bila tiada hubungan wajar pulang balik apa yg diberi. Bagi lah peluang Melayu lain yg isi jawatan tu.

    Kita mesti jaga maruah ulama, kita mesti pilih ulama dari ringgit dan kita mencari Redha Allah tidak bersekongkol dgn DAP.


    Patuhi Muktamar dan dengar usul Dewan Ulama

    ReplyDelete
  5. aku tak tahu tentang orang lain tapi yang aku tunggu bila semua orang yang tak suka PAS terkedu cam katak bengong bila majoriti Ahli dan penyokong memilih untuk bersama Ulamak dan golongan bukan ulamak menjadi penjlat haid rosmah

    ReplyDelete
  6. Rakyat amat mengenali siapa PAS, berpendirian dan berprinsip itulah yang menyebabkan DAP jadi naik gila, pendirian PAS amat jelas dengan memutuskan hubungan dengan DAP tapi masih kekal dalam PR.

    LGE pun boleh memutuskan hubungan dengan TGHH tapi kekal dengan pemimpin dan ahli bawahan PAS. Apabila DAP lahanat memutuskan hubungan dengan TGHH tidak pula kecoh macai-macai DAP kat sini. Apa yang dilakukan oleh DAP lahanat semuanya betul, pelik sungguh macai-macai kat sini.



    ReplyDelete
  7. Nampak sangat PAS tidak faham anatara putus hubungan antara presiden dengan parti DAP buat keputusan putus hubungan dengan presiden jadi pada dasarnya DAP masih lagi bersama dengan PAS tapi pemimpin PAS yang bbodoh dan gopoh terus bawa usul putus hubungan dengan DAP ini bermakna PAS telah tiada lagi kena mengena dalam perhubungan parti antara mereka berdua ,adakah PAS faham jika menantu putus hubungan dengan pak mentua tapi isteri silelaki itu masih lagi anak kepada bab mentuanya,tapi jika silelaki itu telah bercerai denagn bininya dan benci pula pada bab mentuanya ini bermakna telah putus segala-galanya, itulah sebabnya LGE berani berkata sila letak jawatan para ahli PAS yang sedang menjawat jawatan yang dilantuik oleh kerajaan pulau pinang itu, tapi PAS nak tunjuk bodoh lagi cabar pula LGE bubar DUN adakah PAS tahu apa itu undang-undang PRK.Jadi patuhi lah usul yang telah dililuskan itu usahlah berdolak-dalik dengan alasan yang membuatkan ahli sendiri jadi bengong seperti saya ini,besar kemungkinan jika usul itu ditarik balik usul tidak percaya pada presiden akan menyusul melalui ROS pula.Ikutlah arahan perlembagaan ulung PAS yang termaktub semua keputusan muktamad adalah kutusan yang tidak boleh dipertikai.

    ReplyDelete
  8. Usul Dewan Ulamak PAS untuk “bercerai tetapi masih tinggal di dalam rumah yang sama” dan akhirnya diluluskan tanpa bahas telah memberi tamparan hebat kepada DAP.

    “DAP minta ahli PAS letak jawatan”; begitulah tindakbalas Ketua Menteri Pulau Pinang itu berikutan usul yang dipersetujui sekaligus menyaksikan kemenangan “sapu bersih” pro ulamak PAS pada muktamar minggu lalu.

    Apa yang tersirat ialah, harga diri dan maruah PAS dalam kaca mata Guan Eng sendiri. Betapa selama ini, Guan Eng tidak pernah memandang tinggi kepada PAS. PAS sering diperkudakan, diguna apabila diperlukan, itulah kata-kata politik yang sebenarnya satu hakikat. PAS tidak pernah penting kepada DAP, namun kemahuannya untuk diperkudakan tidak menjadi masalah kepada DAP untuk terus berpura-pura menyanjungi rakan sepakatannya.

    Kini, terzahirlah apa yang selama ini disimpan di lubuk hati Setiausaha Agong DAP yang masih belum disahkan itu.

    Penulis juga tidak menyalahkan desakan dari Lim Guan Eng itu, kerana PAS tidak mahu lagi “samikna wa atokna” kepada DAP. Pada ucaptama Presiden PAS di muktamar mereka yang lalu, antara intipati ucapannya ialah PAS berjuang untuk mendapatkan redha Allah. Jadi, untuk terus mempertahankan “keimanan” tersebut, perlu ada pengorbanan iaitu meletakkan semua jawatan dalam kerajaan negeri Pulau Pinang.

    Yang mana lebih penting? Ahlul PAS pasti mampu menjawabnya. Bukankah ini soal perjuangan, dan rezeki Allah itu ada di mana-mana? Mengapa perlu khuatir? Kan?

    Sebenarnya DAP, melalui sayap dan beberapa pimpinannya sudah pun membuat pengisytiharan memutuskan hubungan dengan Hadi Awang waima sebelum berlangsungnya muktamar lagi.

    Maknanya, bukan DAP yang hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong… kan?

    ReplyDelete
  9. PAS bila disebut saja elok jika bergabung dengan UMNO tidak pula dipersoalkan adakah UMNO sanggup meneriam segala keamhuan PAS yang hendak menegakkan syiar Islam tapi apa yang selalu dicanangkan ialah kita bersatu atas nama melayu dan agama,apakah PAS juga akan menjadi semacam UMNO hanya berjuang untuk melayu dan melayu kroni danadakah PAS sedar selama UMNO berkuasa dimana bangsa melayu berada sekarang kecuali kroni yang mengaut segala khazanah negara terutama ahli politik ,kalau PAS juga hendak ikut jejak UMNO silakan bergabung usah berdolak-dalik dengan menyalahkan DAP ,kenapa PAS takut hendak meletakkan kesalahan pada PKR walhal PKR pun serupa macam DAP yang menentang wawasan PAS yang hendak megakkan syiar islam,nampak sangat PAS dwi standad dalam berpolitik dengan pakatan sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat geng lebai ni.....soal UMNO nak terima ke tak PAS tu soal remeh. Depa xde hak nak tolak kehendak tok lebai2 maksum ni. Depa geng UMNO tu kotoq, banyak dosa mana ada hak nak kata apa2 kehendak tok lebai maksum. UMNO kena terima PAS samada suka atau xsuka.....ada paham ke?

      Delete
  10. Bukan ragu le:reject terus menang dgn chai.
    Tak layak langsung tuk jadi pemimpin.

    ReplyDelete
  11. Akhirnya terserlahlah kebodohan ketololan dan kemunafikan ketua PAS...Bagi arahan bodoh maka hasilnya apa yg berlaku hari inilah.Lepas tu dia buat senyapp tak berketek dia buat lembu kenyang jah...tapi yg melucukan dipertahankan juga oleh lebai mercun dan ustaz2 sampah macamlah hok bagi arahan bodoh tu maksum....adoi makin diorang bercakap makin nampak bodohhhhh.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa