Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, June 10, 2015

Aku setuju: Kenapa keturunan harus diungkit?

Memang semasa aku di sekolah dulu mengikut sejarah yang ditulis oleh Inggeris Orang-Orang Bugis (puak-puak Daeng) adalah Lanun (kalau belum dipinda

Namun begitu kita tahu Inggeris menulis sejarah kita berdasarkan kepentingan dan propaganda mereka

walau apa pun wajarkah perkara berkenaan keturunan diungkit bila berlaku pertelagahan politik?

"Pahlawan Bugis bukan penyamun" - Tengku Jamaluddin

Astro Awani |Kemas kini:Jun 09, 2015
(Diterbitkan pada: Jun 09, 2015 15:32 MYT)

"Pahlawan Bugis bukan penyamun" - Tengku Jamaluddin
Berikut merupakan kenyataan balas Prof. Tengku Dato Dr. Jamaluddin bin Tengku Mahmud Shah Alhaj terhadap pernyataan bekas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Affifuddin Omar.
KUALA LUMPUR: Kenyataan balas Pengerusi Persatuan Melayu Bugis Selangor, YDM Prof. Tengku Dato’ Dr. Jamaluddin bin Tengku Mahmud Shah Alhaj.

Kenyataan yang dibuat oleh bekas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Affifuddin Omar itu adalah tidak wajar dilakukan apabila menyentuh tentang sejarah, peranan dan perjuangan orang Bugis.

Kelulusan beliau bukanlah dalam bidang sejarah, justeru itu tidak melayakkannya untuk bercerita tentang sejarah. Isu tentang sokongan kepada kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak terpulang kepada hak masing-masing.

Namun isu memperlekeh, mempertikaikan perjuangan dan menggelar orang Bugis sebagai penyamun dan lanun seolah-olah mencabar maruah dan kewibawaan orang-orang Bugis yang tidak hanya berada di Selangor dan Malaysia, tetapi juga di negara-negera lain seperti Indonesia, Australia, Afrika Selatan, Madagascar atau di mana sahaja.

Membanding-bandingkan di antara orang Bugis dan orang Acheh juga suatu tindakan yang kurang cerdik.

Ini secara tidak langsung boleh menggugat keharmonian dan perpaduan suku bangsa Melayu yang ada di Malaysia. Hampir semua etnik Melayu seperti Jawa, Banjar, Minang, Mendahiling, Bugis, Rawa dan sebagainya ada di negeri Selangor.

Malah hampir semuanya mempunyai persatuan masing-masing yang kebanyakannya ditubuhkan untuk tujuan silatulrahim, menguatkan sahsiah dan jati diri, serta mengetengahkan elemen sejarah dan warisan seni budaya yang diwarisi oleh nenek moyang mereka sejak zaman berzaman.

Sejak terbentuknya Laluan Perdagangan Rempah Ratus sekitar 2500 SM, orang-orang Bugis adalah antara etnik Melayu yang banyak mendominasi laluan tersebut sebagai pedagang dan pelaut.

Ada ketikanya sebagai askar upahan serta diberi kepercayaan menjadi pembesar istana membantu beberapa buah kerajaan Melayu di Nusantara.

Perkara ini berlaku kerana mereka berani, mempunyai maruah, harga diri, pegangan hidup dan prinsip tersendiri serta arif dalam selok-belok laut.

Orang Belanda adalah pihak yang menggelarkan kaum Bugis sebagai lanun kerana mereka banyak terlibat dalam penentangan dengan penjajah dan merampas kembali hak, khazanah dan hasil negara yang dibawa ke negara mereka.

Saya merasa sangat kesal dengan kenyataan negatif dibuat Affifuddin, yang sekaligus menyelewengkan fakta sejarah demi kepentingan politik dan kepentingan peribadi.

Fahami dan hayatilah Surah Al-Hujuruj ayat 13, di mana Allah SWT berfirman, “Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antaranya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”

Maka, saya dengan tegasnya mahu Affifuddin menarik balik kenyataan yang dibuat dan memohon maaf kepada seluruh masyarakat Bugis di atas keceluparan mulut dan keterlanjuran kata-katanya di dalam forum Mencari Pemimpin Baru Malaysia di Dewan Sivik MBPJ pada 23 Mei 2015 yang lalu.

4 comments:


  1. .
    .

    Sejarah adalah berdasarkan dokumentasi yang
    bolih dirujuk. Cerita tok nenek tinggal
    cerita tok nenek selagi tidak di buktikan.


    Cerita asal kesultanan melayu terbit dari lanun sungai

    dan berasal separohnya di pulau celebes [negeri bugis]
    termaktub di dalam sejarah dan telah dibukukan dek
    Joginder Singh Jessey di dalam buku 'The History Of Malaya'.

    Yang pasti mereka [bugis] dan berfahaman paganisma . Hinduisma adalah
    satu development dari paganisma dan mungkin perlu 5000 tahun progression dari
    paganisma.

    Janganlah adakan cerita baru di dalam sejarah kepahlawanan bugis.

    \


    khong khek khuat

    /

    /


    /

    ReplyDelete
  2. Kalau sudah Atok Nenek bangsa Lanun BUGIS

    Lagi senang lah CUCU CICIT BUGIS MENIPU dan Melanun di Daratan sebab sudah darah daging Lanun

    Ini bukan ikut Ajaran NABI SAW lagi dah????

    Patut kena HUDUD saja kepada BUGIS BUGIS yang MENIPU melahanat Rakyat

    Mana si ULAMAK HADI yang ter gila gila HUDUD tetapi senyap saja bila nampak 4 2 BILION

    Banyak 4 2 BILION tu....

    ReplyDelete
  3. UMNO adalah parti oprang Melayu. BIlamana seseorang itu telah menggelarkan dirinya bukan Melayu sebaliknya Bugis, apakah dia boleh lagi menjadi ahli UMNO?

    ReplyDelete
  4. Bugis ke tak bugis rasuah, rembat duit rakyat campak kan mereka jauh jauh.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa