Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, June 12, 2015

Pas akan hilang undi

Keputusan muktamar PAS baru-baru ini disifatkan sebagai satu pemisah dan menghancurkan harapan rakyat, termasuk kaum Cina yang sebelum ini pernah mengambil keputusan drastik dengan menyokong PAS dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 lalu, kata kolumnis politik Lim Hong Siang

Baca ini: Cina tidak akan undi PAS lagi, kata pemerhati

Tanpa DAP, Pas akan hilang undi, kata pemerhati
RAZIATUL HANUM A.RAJAK
12 Jun 2015

SHAH ALAM – Pemerhati politik berpendapat Pas bakal kehilangan banyak kerusi terutama di kawasan bandar dan pinggir bandar sekiranya meneruskan hasrat untuk memutuskan hubungan dengan DAP.

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr Jeniri Amir berkata, beliau yakin pengundi Cina bakal berpaling tadah dan tidak lagi menyokong Pas apabila parti itu kni dilihat sudah terkeluar daripada landasan perjuangan PR.

“Ini yang saya sebut berkali-kali. Pengundi Cina tidak akan memberi sokongan terhadap Pas kerana Pas sekarang sudah dilihat terkeluar daripada PR dan tergelincir daripada perjuangan PR. Lagipun sokongan yang diberi oleh kaum Cina selama ini terhadap Pas atas dasar Pas itu bekerjasama dengan DAP.

“Untuk apa mereka sokong parti yang nak laksana hudud dan tidak perjuangkan mereka? Mereka bakal memberikan undi kepada sebuah parti yang sesuai dengan pendirian mereka. Maksudnya, Pas bakal kehilangan beberapa kerusi yang selama ini dimenangi atas sokongan pengundi Cina,” katanya kepada Sinar Online.

Namun beliau tidak menolak kemungkinan DAP juga bakal kehilangan kerusi jika kemenangan yang diperoleh atas sokongan pengundi Melayu terutama yang bersama Pas.

“Jika kemenangan itu kemenangan marginal kerana undi Melayu, maka mereka akan juga kehilangan beberapa kerusi. Tapi saya yakin Pas paling banyak menerima kesan berbanding DAP kerana kebanyakan kerusi DAP itu di kawasan yang majoritinya Cina.

“Tanpa DAP, Pas tidak akan ke mana. Kemenangan mereka selama ini bukan kerana parti Pas tapi kerana Pas yang bekerjasama dengan PR, menggunakan nama PR,” katanya.

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani turut senada dan menyifatkan Pas bakal berdepan kesukaran di kawasan bandar.

“Kemungkinan besar ia boleh berlaku. Kerana Pas agak kalah teruk dalam PRU13 di kawasan luar bandar yang dimenangi Umno. Di kawasan bandar mungkin pengundi tidak percaya pada Pas sekiranya berlaku perpecahan ini.

“Mereka mungkin akan mengundi BN kembali sekiranya BN berjaya pulihkan keadaan... kembali kuat. Pas mungkin boleh kuat di luar bandar. Kawasan tumpuan mungkin di Kelantan dan Terengganu. Tapi sokongan yang bukan Islam dan bukan Melayu akan agak menurun. Kawasan yang Pas boleh menang kawasan yang tumpuannya Melayu sahaja. Jika kawasan yang campuran, agak sukar untuk Pas,” katanya.

Namun katanya, DAP juga tidak terkecuali berdepan kehilangan undi daripada bukan Islam yang kecewa melihat perpecahan itu selain kehilangan sokongan daripada pengundi Islam.

“Jika Pas bertanding juga di kawasan bandar secara bersendirian, saya rasa lagi banyak masalah mereka tidak dapat menarik sokongan orang Melayu secara keseluruhan. Pada saya, jika Pas bergerak sendiri... tiada dalam PR, tiada dalam BN, Pas agak lemah sebagai sebuah parti.

“Tapi PR  tanpa Pas juga tidak akan kuat. Saya rasa apabila PR berpecah kali ini, rakyat melihat PR itu bermasalah dan akan ada persepsi. Kemungkinan mereka melihat PR tidak mampu menyelesaikan masalah sendiri, bagaimana nak tadbir negara," katanya.

8 comments:

  1. sat lagi projek olah persetujuan "ditaja oleh dap" nih...

    ReplyDelete
  2. Taatilah DAP kerana apa yg dilakukan oleh DAP semuanya benar belaka .......... adapun PKR adalah bahlol belaka kerana tak tahu kembangkan ekonomi serta bergantung dgn ekonomi cina .............
    demikianlah kepercayaan dan keyakinan bahlol oleh macai pkr dan jebon bahlol ...............
    Tuan guru LGE dan LKS adalah ulamak tersohor wajib diwala'kan oleh golongan walaun2 kerana telah berjaya menghabiskan pengajian Islamnya di Jordan dan Mesir hanya dlm masa 3 hari je berbanding TGHH yg terpaksa menghabiskan masa bertahun2 ............ Tuan guru LGE dan LKS juga dipercayai adalah khalifah imam Mahdi yg akan membimbing golongan walaun2 utk menakluki Putra jaya dgn karamahnya ............. sekiranya berjaya golongan2 walaun akan mengangkatnya sbg nabi khatim khatimul anbia' (nabi terakhir dpd terakhir) dan segala sabda2 mereka akan menjadi sumber rujukan perundangan terpenting !
    Kalau ulamak DAP kata sesuatu yg haram itu halal maka halallah ia dan jika dikatakan sesuatu halal itu haram maka haramlah ia ............ hujjah ? Macai2 pkr dan jebon akan menyediakan hujjah dan fakta yg auta ............. jgn ragu2 tentang kebenarannya kerana Tuan guru khalifah LGE dan LKS akan menyucikan segala dosa2 serta akan berhujjah dgn Tuhan untuk membolehkan mereka masuk syurga sbb depa2 semuanya pro2 belaka sbgmana hebatnya peguambela2 terkemuka di dunia ni ! Lawan tetap Lawan hatta dalam kubur mahupun akhirat !

    ReplyDelete
  3. Betul kata nya

    Apa kah Orang Orang Cina BODOH untuk mengundi orsng orang PAS yang sudah ter kenal di ketahui BANGSA BODOH untuk memimpin negara ?????

    PAS hanya tahu meminta minta dan tiada nilai ekonomi tidak dapat membangun kan diri sendiri jauh dari bangsa lain

    PAS hanya lah bagai ROHINGYA MALAYSIA yang perlu di hantar ke Nepal

    Bangsa Afrika sendiri sudah bijak maju dan BER FIKIR

    CINA tidak BODOH , orang orang MELAYU SAJA BODOH

    Tengok lah saham Felda sudah jadi Sampah HaramJadah

    Bodoh lah Melayu

    ReplyDelete
  4. Biar pun kehilangan kerusi PAS masih mampu berjuang dengan keredhaan Allah SWT. Berprinsip dan ketegasan itulah senjata yang dimilki PAS yang tidak dimiliki oleh parti politik lain selain PAS.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau sekadar nak cari redha Allah banyak lagi cara lain zelain dok buang duit untuk nenyertai pilihanraya tetapi xmo menang. Tak salah kalau dikata ini kdrja bodoh dan membazir wang..

      Cara paling baik nak dpt redha Allah ialah menjadi badan dakwah sepenuhnya. Tak payah bermain kotor seperti dok label sesama sendiri, dok sebar fitnah, dok kafirkan sesama Islam. Rupanya buat tu semua akan dapat redha Allah rupanya...aku baru tahu dari ularsemak UG.

      Keduanya duit habis untuk bayar deposit calon dan perbelanjaan pilihanraya yg membazir itu kerana xnak menang lebih baik diguna unyuk kerja2 dakwah.

      Orang akai sekerat macam ni pun ade ke dakam PAS?

      Delete
    2. Bat 8,
      Sila perincikan kenapa DAP menentang hukum Allah? Mari kita berhujjah dengan masalah ini. Berilah fakta dan hujjah yang meyakinkan.

      Delete
  5. memang banyak yg ada pada pas tiada pada parti lain. cthnya:

    parti politik lain tak ada presiden :

    1. yg label ahlinya sbg barua, broker dan tolol.
    2. yg halau ahli keluar parti mcm menteri2 umno buat.
    3. yg arahkan usul di agm diluluskan tanpa bahas.
    4. yg fitnah rakan sampai mahkamah sendiri akui.
    5. yg kerap ponteng mesyuarat dan parlimen.
    6. yg ada kuasa veto penuh spt dictator.
    7. yg khianat letak calon setelah dipersetujui kerusi rakan dll...

    dah putus dgn dap tp masih lg berkerja utk kerajaan dap. kalau mesyuarat dgn ketua menteri mcm mana? tak malukah terima imbuhan bulanan dr Lim?

    ReplyDelete
  6. kasihan pd PAS kerana membiarkan UMNO mempengaruhi akal yg waras & musnahkan PAS dgn mudah

    sedih nya bila ini terjadi pd mereka yg mengaku lebih bijak

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa