Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, June 11, 2015

Geng Ustaz berjaya dengan menggunakan slogan murah?

Slogan murah ustaz kalahkan kumpulan progresif - Hanipa
OLEH RADZUAN HASSAN DI KUALA LUMPUR - 10 JUN 2015
Hanipa Maidin

Slogan murah sesetengah golongan ustaz di dalam Pas mengatakan kemenangan dalam pilihan raya bukan segala-galanya dan yang penting keredhaan Allah ternyata mempengaruhi majoriti perwakilan semasa muktamar.

Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin yang kalah dalam mempertahankan jawatan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat baru-baru ini mendedahkan, golongan ustaz dalam Pas berkempen, apa guna Pas melalui Pakatan Rakyat (PR) dapat menawan Putrajaya jika Islam tidak dapat ditegakkan.

"Ya, Islam yang mereka tonjolkan adalah Islam yang lebih bersifat hukum daripada Islam sebagai rahmatan lil alamin (Islam rahmat untuk semua). Islam yang dipromosi itu juga mewujudkan satu persepsi bahawa penafsir tunggal Islam terutamanya dalam Pas itu sendiri adalah golongan agamawan sahaja.

"Dan terbukti slogan murah itu mudah mempengaruhi ahli ahli Pas dan perwakilan sehingga mereka boleh dikatakan telah hilang kerasionalan dalam berfikir dan bertindak," ujarnya dalam satu kenytaaan semalam.

Menurut peguam Pas itu, pimpinan Pas yang ada sekarang adalah pemimpin chai disebabkan gaya pemilihan ditentukan oleh pengundian blok (block voting) daripada penilaian berasas prestasi, pengalaman dan merit tidak lagi menjadi persoalan.

"Hakikatnya saf pimpinan Pas yang ada adalah jelas diwakili secara majoritinya golongan ustaz dan agamawan yang mesra Presiden Pas iaitu akan dilihat sentiasa menyokong segala keputusan Presiden Pas tanpa berbelah bahagi," katanya sambil merujuk kenyataan Ketua Dewan Ulama yang baru, Datuk Dr. Mahfoz Mohamed dalam temuramah beliau dalam sebuah akhbar baru-baru ini.

Jelas daripada kenyataan Mahfoz tersebut bahawa selama ini golongan profesional atau juga digelar sebagai golongan progresif dalam Pas menjadi penghalang utama kepada Presiden Pas dalam membuat satu satu keputusan.

"Mungkin kita perlu menyoroti ke belakang sedikit dan melihat senario yang berlaku sebelum proses pemilihan tersebut dilakukan.

"Kita bukan sahaja melihat keaktifan dan agresifnya kempen golongan ulama dalam Pas sebaliknya kita juga melihat wujudnya dua aliran atau jalur pemikiran dalam Pas," ujarnya.
Satu golongan yang boleh dikatakan mempromosi politik esklusif yang tercerna dalam slogan mempertahan kepimpinan ulama.

Ia amat berlawanan dengan politik inklusif yang Pas cuba tonjolkan sebelum ini dengan slogan slogan seperti Pas for Allah, Islam rahmat untuk semua dan lain lain yang mana objektifnya bagi memastikan Pas di bawa ke 'pentas utama' dalam persada politik Malaysia.

"Bertolak daripada slogan kepimpinan ulama itu, ia membawa mesej yang amat jelas dan keras kepada para perwakilan bahawa kompromi dan toleransi Pas dengan rakan PR khususnya DAP telah melepasi tahap yang dibenarkan oleh Islam sekaligus menghilangkan jatidiri Pas sebagai sebuah gerakan Islam.

"Politik esklusif itu meletakkan mana mana pihak dalam Pas yang kritikal dengan pendekatan tersebut dilihat sebagai tembok penghalang untuk Pas mempertahankan jatidiri Islamnya.

"Maka bukan sahaja pelbagai label diwujudkan bagi melabel tembok penghalang tersebut malahan di saat akhir kempen pemilihan ahli ahli Pas khususnya para perwakilan diheret ke satu sudut dan diminta membuat satu pilihan daripada dua opsyen berikut - sama ada mereka ingin memilih calon calon yang cenderung kepada Dap atau calon calon yang ingin pertahankan jatidiri Pas?," soalnya.

Natijahnya ialah keputusan muktamar memihak kepada golongan agamawan dan mengenepikan sama sekali tokoh tokoh golongan progresif dalam Pas.

"Melihat kepada perbahasan di Muktamar Pas majoriti pembahas boleh dikatakan menghentam DAP dan mahu Pas tetap berpegang kepada prinsip perjuangan.

"Usul dewan ulama yang mahukan hubungan dengan DAP diputuskan dan dalam masa yang sama terus bersama PR diterima oleh muktamar tanpa bahas dan penerimaan usul itu sendiri sudah cukup menunjukkan Pas hakikatnya sudah bersedia mengambil risiko demi mempertahankan prinsip dan jatidirinya.

"Dengan ketiadaan tokoh tokoh progresif dalam saf kepimpinan Pas kini, sepatutnya kepimpinan baru dalam Pas tidak mempunyai masalah untuk meneruskan visi dan misi mereka," katanya.

Mereka, kata Hanipa, sewajarnya konsisten berpegang kepada pendekatan keras tersebut dan tidak sama sekali berpusing ke belakang.

"Dengan erti kata lain, mereka sewajarnya membawa Pas keluar daripada PR kerana visi dan misi yang mereka perjuangkan tidak selaras dengan misi dan visi PR.

"Mereka tidak sewajarnya berdolak dalik lagi dengan menyatakan kami bersama PR tapi tidak bersama DAP sedangkan tanpa DAP hakikatnya tidak wujud lagi PR.

"Kepimpinan baru Pas tidak sewajarnya mempedulikan kehilangan kepentingan Pas di negeri yang Pakatan perintah khususnya di Selangor demi mempertahankan prinsip perjuangan dan mendapat keredaan Allah. Jika mereka sebaliknya terus ingin menjaga kepentingan Pas di Selangor dan dalam masa yang sama cuba mempertahankan prinsip perjuangan dan reda Allah ianya menampakkan mereka tidak ikhlas dan tidak konsisten.

"Dengan lain perkataan mereka mungkin akan dituduh hipokrit. Kalau mereka tidak berani bertegas dengan pendirian keras mereka seperti yang dijelmakan di pra muktamar dan masih mahu terus ingin bersama PR tanpa DAP mereka pasti akan ditertawakan dan mereka juga mungkin sukar melarikan diri dari tuduhan bahawa segala apa yang dicakap dan dibuat sebelum muktamar hanya semata-mata mata untuk menang dalam muktamar," katanya.

Menurutnya, jika Pas masih ragu ragu dan takut kehilangan kepentingan di Selangor, segala gala apa yang dikatakan sebelum muktamar akan dilihat gimik semata mata dan ini pasti akan melukakan Pas sendiri.-- MalaysiaGazette

14 comments:

  1. agak2 la geng 'jebon' yang kalah tu duk marah sangat, kalu dilantik semula untuk jk pusat aDAKAH depa ni nak terima dak jawatan tu? kalu depa terima macam jilat balik ludah depa tu! jadi lah 'jantan' macam peguam dari sarawak tu abang ahmad siap bagi tau jangan lantik dia dalam jk pas pusat.ada berani ka?biaq orang kata 'merajuk'tak pa janji tak juai maruah.kalu depa terima gak,2x5,5x2 gila jawtan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serupa dengan momokan Umno kalau tak ada Umno melayu mati kalau tak ada Pas tak Islam. Majoriti ahli bagys tetapi sebahgian kelompok berjuang untuk diri sendiri, memang matlamat bukan nak menang tapi lebih kepada kepentingan diri sendiri seperti perjuangan PLO , rakyat kena sembelih, pemimpin senang lenang.

      Delete
  2. Kebanyakan ahli pas wala kpd pemimpin, mencontohi sai Abu Bakar rh yg sentiasa membenarkan Nabi saw.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalahnya HHA @ presiden bukan nabi...sifat dan sikap nabipun rasanya tak begitu yakni kluk klek, fitnah orang dgn pil kuda, menghina Wanita dan tikam belakang..yang membenarkan presiden pun bukan Abu Bakr Assiddiq... tetapi geng ustaz komplot , pelabel dan team TUC kaki fitnah!! Hanya yang tidak berfikir saja wala membuta tuli... kemon la weii...

      Delete
  3. Saya cuba dapatkan maklumat apa yang dibincangkan dalam mesyuarat AJK PAS Pusat kali ini, saya juga gagal. Hanya sekadar apa yang disebut oleh Timbalan Presiden Tuan Ibrahim dalam sidang media. Mungkin juga saya terlepas pandang.

    Kalau dulu belum lagi habis mesyuarat AJK PAS Pusat, isi kandungan mesyuarat telah tersebar luas di media sosial.

    Esoknya kalau kita layari blog atau facebook AJK PAS Pusat kita akan dapatkan maklumat mesyuarat secara detail dari A sampai Z.

    Saya masih ingat lagi kawan saya yang bekerja di akhbar menyebut, "Pimpinan PKR berbalah dan berbeza pandangan juga. Azmin - Wan Azizah mana boleh bertemu. Tapi kita tak nampak perbalahan mereka di media. Dalam PAS kita nampak macam tak berbalah, tapi jika kita buka facebook atau blog pimpinan kita tak payah siasat, kita boleh dapat maklumat A sampai Z perbalahan yang berlaku".

    Bila saya sebut macam ini, saya akan dapat komen daripada Anonymous yang saya tak ada data, maklumat saya tak benar. Untuk itu saya nama 3 wartawan harakah yang suka bocor maklumat mesyuarat iaitu Zul Sulong, Tarmizi Mohd Jam dan Wan Nordin.

    Dulu pernah berlaku AJK PAS Pusat hendak mesyuarat di JK10 Kelantan. Tak sempat mesyuarat lagi The Malaysian Insider (akhbar yang ambil peranan Utusan/UMNO menyerang PAS) telah menyiar berita kononnya Tuan Guru Nik Abdul tidak lagi dilantik menjadi Musyidur Am PAS dan kononnya TGHH nak jatuhkan TGNA. Ya wartawan harakah menggunakan maklumat parti untuk menyerang kepimpinan PAS.

    Ada satu mesyuarat, Presiden PAS minta semua AJK PAS Pusat meletakkan gajet dan smartphone dalam bekas dan setiap orang AJK tidak dibenarkan bawa telefon dalam mesyuarat. Nak bukti lagi??

    Mesyuarat ini adalah untuk menentukan calon PAS untuk PRK Kuala Terengganu sehingga Presiden sendiri umum baru orang tahu siapa calon, pasal AJK PAS Pusat telah ditutup mulutnya.

    Dalam usrah kita diajar tentang kerahsian parti, hatta kepada isteri pun tak boleh beritahu, tapi malangnya AJK PAS Pusat sebelum ini tak pernah amal apa yang diwar warkan dalam usrah dan tamrin.

    Apa yang saya harap, AJK PAS Pusat kali ini menjalankan amanah dengan jujur, jika tidak Insya-Allah saya akan tulis di blog untuk menegur trak kira siapa. Semoga Allah berikan saya kekuatan atas tujuan ini.

    ReplyDelete
  4. Huk ala..dah betul la peguam Hanipa kata,kami yg dok kt bawah pun naik meluat dengan geng ulamak...kata cerai,tapi bila LGE kt dia pun tak hingin bak mai jawatan kerajaan negeri yg hangpa dah sapu...khabarnya kt Pulau ada lebih 1000 mn kt Selangor lebih 5000 woiiiiit bayangkan geng hulamakkk putih mata laa ni n mula la buat konar baring...biasa la kita dh biasa tgk dorang buat lagu tu..semua dok pakat bungkus konar tuuu padan muka,tengok semua ni geng hulamakk suci ada brand tak mcm Mat Sabu n dato mujahid!!! Lg lagu tu la punya hamlau nk konar,tertelan pil kuda agaknya...malu malu wehhhh sembang kencang agama tp xde integriti...pancing undi kt PAS FR ALL,la ni ALL FR PAS!!!takde maruah 5 x 10 ngan AMENO...bungkus bungkus timbang kati pun rakyat tak hingin...semua pasal temolok,ugama buat sesuka nye fatwa kejap haram kejap harusss...haru sana sini,malu aiiiih kat org cina kapir tu,yg ber akhlak islam bab menepati janji dan muafakatan,nyosal dok pangkah PAS selagi si pil khuda masih pegang jawatan...

    ReplyDelete
  5. Nabi kaki ponteng mesyuarat ka? Hahaha..

    ReplyDelete
  6. sudah sampai masa PAS ni di ajar cukup-cukup...apa akan jadi jika semua golongan pro keluar PAS?siapa agaknya yg mereka akan lantik sbg peguam mereka jika terdapat kes mahkamah?akhirnya....terpaksa lantik golongan luar..sebab siapa yg ada dlm PAS kecuali tok imam,juru nikah,imam solat jenazah...pengusung jenazah pun kena import..kalu setakat pak lebai jgn haraplah sanggup jd penggali kubur...itu realiti di mana-mana

    ReplyDelete
  7. Perlu dijelaskan bahawa rasulullah sebagai pemimpin tidak sama dengan kita pada hari ini. Rasulullah bersifat maksum. Pun begitu dalam beberapa hal urusan keduniaan rasulullah telah menunjukkan teladan bahawa para pengikut boleh memberikan pandangan seperti mana peristiwa merancang strategi peperangan Uhud. Rasulullah tidak memaksa para sahabat untuk wala secara membabi buta. Hakikat ini perlu difahami.

    ReplyDelete
  8. Ini tanda tanda PAS akan pupus lebih cepat dari yang di sangka kan.

    Dan ianya adalah terbaik untuk orang orang Melayu

    EPF sudah pinjam 80 Bilion pada GLC termasok PFI Sdn Bhd dan 1 M D B. Apa lagi yang tinggal tuk orang orang Melayu???

    ReplyDelete
  9. Lagu tu la.....slm wrt,

    Bukankah ahli Pas kena letak jawatan dalam kerajan PP dan S' ngor dulu?..........setakat ini kaum pendokong ulamak xmenunjukan kan teloq pon! Adakah ini islang islang yg bermaruah seperti amenuuuuuuun! Ulamak raja lawak!

    ReplyDelete
  10. Hj Hadi tak menyebelahi rakyat, dia sokong Jing Islang dan mentornya, harun Djin!

    ReplyDelete
  11. PAS DAN UMNO dah nak putus HAID.Dah sampai masanya kita terajang je kedua2 parti.

    ReplyDelete
  12. sepatah cakap mamak ni 19 patah lagi cakap dia tak boleh dipercaya

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa