Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, June 8, 2015

Fail injunksi halang RUU hudud: Memang padan dengan rupa orangnya!

Injunksi difail untuk halang RUU hudud
mk - 12:26PM - 8 Jun 2015

Empat individu memfailkan permohonan untuk mencabar rang undang-undang persendirian, bagi membuka laluan kepada pelaksanaan hudud, dibentangkan di parlimen.

Permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis lalu berhujah bahawa langkah itu bercanggah dengan perlembagaan.

Individu-individu itu ialah Mansoor Saat, Azira Aziz, Hasbeemaputra Abu Bakar dan Hazwany Jamaluddin.

Mereka juga memohon Injunksi bagi menghalang Dewan Rakyat membahaskan rang undang-undang itu.

Mahkamah menetapkan 12 Jun ini untuk pengurusan kes dan 18 Jun bagi pendengaran, kata peguam Siti Kassim.

Mereka juga telah menyerahkan salinan notis itu kepada ke pejabat speaker Dewan Rakyat.

Abdul Hadi pada Mac lalu mengemukakan notis bagi membawa rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965.

Rang Undang-undang itu tidak dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat sebelum ini kerana kesuntukan masa dan terdapat urusan-urusan kerajaan lain perlu didahulukan.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) pada 19 Mac lepas.

10 comments:

  1. adakah mereka2 ini ahli umno? adakah mereka2 ini menjalankan kerja umno utk menolak ruu tsb dr dibentangkan diparlimen?

    ReplyDelete
  2. Ini baru di namakan sekular atau liberal. Negara demokrasi patut dibenarkan dibahas lepas itu undian, kalau menang laksanakan kalau kalah tutup buku.

    ReplyDelete
  3. Aku rasa ni penyokong macai yg selalu meroyan dlm blog !

    ReplyDelete
  4. INILAH HASIL JENARASI UMNO

    PELEMBAGAAN kebangaan KERAJAAN
    UMNO membentuk Negara. 1957

    Article 11: Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana warga negara Malaysia yang telah cukup umur (18tahun) berhak mutlak menukar agamanya. Itulah perlembagaan UMNO (Drangka oleh Lord Reaid –Kafir British) yang memerdekakan orang Melayu tahun 1957.

    Perlembagaan itu lah juga yang menjerut kita sendiri. Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan itu? Bila berlaku pertembungan antara hukum syara’ dengan undang-undang sivil, undang-undang syara’ akan terbatal.

    Article 4 pula menyatakan: “Mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum syara’.

    Maksud agama rasmi kita Islam: adalah acara-acara rasmi hendaklah dibuat mengikut cara Islam.
    Contohnya perlantikan sultan, rasmi parlimen dll. Tak lebih dari itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi…. semua tak termasuk.

    Tahun 1997,

    Bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja.Tahun 1998 saja,516 orang sudah murtadAisyah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu.

    Setakat kes Aisyah,

    dah 40 fail murtad dikendalikan oleh saudara kita Zulkifli Nordin. Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat? Kes ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu. Sistem pertahanan akidah kita amat rapuh. Akidah kita diserang bertubi dari segala sudut. Yang kita tak nampak dengan menggunakan system perundangan dan kehakiman kitasendiri.









    KUALA LUMPUR 21 Jan. – 2001

    Suratkhabar banyak menutup kes ini kononnya untuk menjaga perkauman, tak nak terjadi kacau bilau. Kes Aisyah yang murtad dan banyak kes murtad lain ditutup sedemikian rupa atas alasan bercinta, ikut boyfriend.

    Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya. Dalam keadaan macam tu, dia takkan murtad. Dihantar ke sekolah agama, dia belajar hingga tingkatan 6 atas dan boleh melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan ke peringkat Universiti Al Azhar kalau dia hendak . Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya imam. Datuknya juga imam yang dah berpuluh tahun imam Haji Tahir. Dia juga hafal surah Yasin.

    ReplyDelete
  5. Hasil Pembentukan Jenarasi oleh UMNO SeKULaR

    PELEMBAGAAN kebangaan KERAJAAN
    UMNO membentuk Negara. 1957

    Article 11: Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana warga negara Malaysia yang telah cukup umur (18tahun) berhak mutlak menukar agamanya. Itulah perlembagaan UMNO (Drangka oleh Lord Reaid –Kafir British) yang memerdekakan orang Melayu tahun 1957.

    Perlembagaan itu lah juga yang menjerut kita sendiri. Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan itu? Bila berlaku pertembungan antara hukum syara’ dengan undang-undang sivil, undang-undang syara’ akan terbatal.

    Article 4 pula menyatakan: “Mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum syara’.

    Maksud agama rasmi kita Islam: adalah acara-acara rasmi hendaklah dibuat mengikut cara Islam.
    Contohnya perlantikan sultan, rasmi parlimen dll. Tak lebih dari itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi…. semua tak termasuk.

    Tahun 1997,

    Bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja.Tahun 1998 saja,516 orang sudah murtadAisyah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu.

    Setakat kes Aisyah,

    dah 40 fail murtad dikendalikan oleh saudara kita Zulkifli Nordin. Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat? Kes ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu. Sistem pertahanan akidah kita amat rapuh. Akidah kita diserang bertubi dari segala sudut. Yang kita tak nampak dengan menggunakan system perundangan dan kehakiman SEKULAR.









    KUALA LUMPUR 21 Jan. – 2001

    Suratkhabar banyak menutup kes ini kononnya untuk menjaga perkauman, tak nak terjadi kacau bilau. Kes Aisyah yang murtad dan banyak kes murtad lain ditutup sedemikian rupa atas alasan bercinta, ikut boyfriend.

    Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya. Dalam keadaan macam tu, dia takkan murtad. Dihantar ke sekolah agama, dia belajar hingga tingkatan 6 atas dan boleh melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan ke peringkat Universiti Al Azhar kalau dia hendak . Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya imam. Datuknya juga imam yang dah berpuluh tahun imam Haji Tahir. Dia juga hafal surah Yasin.

    ReplyDelete
  6. Bebudak MELAYU semua nya tu

    Apa nak jadi sudah orang orang Melayu sekarang ini

    Mak Bapak BODOH sokong UMNO PAS buat kerja kerja BODOH

    Anak Anak pulak BIJAK buat kerja kerja BODOH

    Macam Macam

    ReplyDelete
  7. Hukum agama Allah SWT tak nak sokong, malah nak ditentang pulak, tapi hidup di bumi Allah SWT ni nak pulak, kalau dah handal sangat tak nak hukum-hukum Allah SWT dilaksana atas bumi Allah SWT ini, pergilah hidup di bumi sendiri..

    ReplyDelete
  8. Padan muka pas kena main dgn umno.......ke empat orang ni penyokong tegar umno.

    ReplyDelete
  9. Ini org pas pro dap

    ReplyDelete
  10. kome tak negok ke ape yang jadi semasa muktamar.tak ada langsung keadilan.yang salah meraka tak tegur.ini pulak nak laksana hudud di kelantan saya rasa mereka tak mampu berlaku adil.rakyat biasa kelantan akan menjadi mangsa dan orang orang mereka akan terlepas.dalam muktamar mereka "menghalalkan cara" tak mustahil mereka boleh buat dikelantan walau pun hudud diluluskan.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa