Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, June 11, 2015

Ini barulah bermaruah!

Setelah kita ditolak dan orang tak sudi
Untuk apa kita terhegeh-hegeh lagi?

Janganlah kerana gilakan kedudukan.........
Maruah dihumban sebagaimana manusia yang ada di Pulau Pinang dan Selangor itu!

Pemimpin PAS tersingkir tolak pelantikan, tumpu pada akar umbi 
OLEH ZULKIFLI SULONG, PENOLONG PENGARANG BERITA
Published: 11 June 2015 2:18 PM
Buat masa ini bekas naib presiden PAS paling kanan, Salahuddin Ayob memilih untuk jadi ahli biasa saja. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 11 Jun, 2015.

Kumpulan profesional dalam PAS yang kalah pada pemilihan parti itu minggu lepas memutuskan tidak akan menerima sebarang pelantikan jawatan jika ditawarkan kepada mereka oleh pimpinan baru yang kini didominasi golongan ulama.
Walaupun desakan demi desakan dibuat agar mereka bertindak, termasuk dengan menubuhkan parti baharu dan bersama Pakatan Rakyat (PR), mereka mengambil sikap tunggu dan lihat.
"Buat masa ini saya memilih untuk menjadi ahli biasa saja.
"Biarlah kesempatan ini saya dedikasikan kepada ahli peringkat akar umbi yang mahukan saya lebih kerap dan rapat bersama mereka," kata bekas naib presiden PAS Salahuddin Ayub yang ditewaskan buat pertama kali kepada The Malaysian Insider, baru-baru ini.
Beliau merupakan naib presiden paling kanan sebelum ditewaskan secara 'block', bersama rakan yang lain, oleh kumpulan pro ulama dalam Muktamar Tahunan PAS ke-61 di Kuala Selangor Jumaat lepas.
Menurut sumber, sikap Salahuddin menolak sebarang jawatan ini dikongsi semua pemimpin kumpulan profesional yang ditewaskan baru-baru ini.
Ia disuarakan secara bertulis oleh bekas ahli jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Khalid Samad dan Abang Ahmad Kerde Abang Masagus selain bekas AJK Muslimat Wan Aishah Wan Arifin.
Sikap ini diambil berdasarkan pendirian kumpulan ulama PAS, sebagaimana yang disuarakan ketuanya yang baharu Datuk Dr Mahfodz Mohamed, melalui wawancara dengan Mingguan Malaysia Ahad lepas.
"Sekarang ni, saya terus terang, golongan profesional dominan, dia kuat dan boleh beri fakta menyebabkan keputusan tidak boleh dibuat.
"Sebab itulah kadang-kadang tok guru terpaksa buat keputusan sendiri. Beliau merujuk kepada Majlis Syura saja. Kalau dibawa kepada AJK Pusat memang kalah.
"Kali ini apabila kebanyakan AJK sokong ulama, maka memang kerja akan menjadi mudah kerana masing-masing tahu dasar PAS.
"Semua ustaz memahami perkara itu dan memang kesetiaan mereka kepada presiden akan lebih kukuh," kata Mahfudz kepada akhbar milik Umno itu yang dikatakan sangat menghiris hati kumpulan profesional.
Ia menjadi penyebab langsung mereka menolak sebarang pelantikan.
Bagaimanapun, susulan membuat keputusan tidak memegang jawatan, mereka tidak akan berdiam diri tetapi akan bertemu ahli PAS seluruh negara dan mendengar pandangan mereka sebelum menentukan hala tuju.
Salahuddin berkata beliau akan cuba menjadi pendengar yang baik dan "mendengar ahli bawahan berbicara tentang apa yang mereka mahu, apa yang mereka tak puas hati dan yang lebih penting, apa yang mereka harapkan daripada parti hari ini".
"Saya akan berinteraksi dengan serius melalui pelbagai segmen masyarakat seperti penyokong tegar parti, anak muda, masyarakat desa, akademia, budayawan dan bukan Islam," katanya kepada The Malaysian Insider.
Sementara itu, Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) yang didakwa golongan ulama sebagai 'duri dalam daging kepada PAS' akan membuat sidang meja bulat bagi membincangkan masa depan PAS 13 Jun ini di Shah Alam.
"Kami panggil semua pemimpin negeri kami dan juga menjemput pemimpin badan bukan kerajaan menyertai sidang ini bagi memberikan input apa yang patut kami buat selepas apa yang berlaku dalam muktamar lepas," kata Setiausaha Agung PasMa Taib Ahmad kepada The Malaysian Insider.
Selepas mencapai kata sepakat, mereka akan menyampaikan keputusan dan pandangan itu kepada pihak yang perlu di dalam PAS kerana hampir semua ahli dan aktivis PasMa merupakan ahli parti Islam itu. – 11 Jun, 2015.

8 comments:

  1. Pendirian seperti ini yg diharapkan dari gulungan tuang Presideng and the ostats (P&O)....,,..Putuskan kedudukan ahli2 Pas dlm PR, baru gi buat umrah......umrah tu sunat je! Ini maruah wajib dipertahankan.......ke P&O pong xde telor macang mat monggol! Kesiang puak puak ostat dalang PR tu makang duit harang, hok jadi exco tu lagi harang jaddoh! Xde maruah!

    ReplyDelete
  2. Puak2 cai pimpinan trtinggi kemain dpt suport media umnuuu. Blom penah brlaku dlm sejarah Pas.
    Suka la umnuu...pru14 ! Puak2 cai yg disokong oleh walaon tlg bn/umnuu tapau 2/3

    ReplyDelete
  3. Aikk..orang2 yang digelar jebon, parasit, tak walak pulak yang menunjukkan sikap org mukmin tapi geng2 yang mengaku ulamak masih lagi berbelit2 mencari dalih taknak lepaskn jawatan, kemewahan dan wang ringgit yang dapat melalui kedudukan mereka? Adalah sesuatu yang pelik apabila usul memutuskan perhubungan dgn DAP dibuat oleh DUPP yang dianggotai oleh kesemua ahli MSU tetapi MASIH lagi mengatakan kelulusan usul tu perlu di semak oleh MSU. Agak2nya apabila duduk dalam DUPP semua ahli MSU bertukar rupa menjadi orang jadian dan hilang akal pastu bila duduk balik dalam MSU barulah bertukar semula menjadi manusia yang mengaku ulamak. Tak ke pelik, mereka ini juga yang meluluskan usul berpisah dan setelah diluluskan masih lagi nak rujuk kat mereka samada boleh lulus atau tidak? Bangang apa benda yang cuba dibawa oleh puak2 hilang akal ni??? Nampaknya slogan membangun bersama PAS bolehlah ditukar kepada "MEMBANGANG BERSAMA PUAK ULAMAK PAS". Dalam jubah diaorang tu bukan aje ada siku dan lutut malah kat situ lah juga otak2 mereka disimpan..hahaha! Semua boleh pusing asalkan dapat fulus ye?

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nick kemana menghilang. Dah lama xnampak kat blog the scribe.

      Ularsemak2 tu s3mua buta perlembagaan parti depa, tu merapu meraban. Kalau depa paham, tak le depa dok buat kerja yg sedang menjerut leher depa.

      One gud thing now is tat all leaders elect3d in the concluded muktamar are from one camp, camp tok lebai. Sekarang masaalah yg timbul sekarang adalah their own doing coz all the jebons were all defeated. They cannot pin the blame kat puak2 jebon lagi dah. Tu yang buat dia orang pening. Semua buta kayu pasai perlembagaan parti.

      Satu perkara yg depa xsampai pikiaq, apa jua tindakan depa as elected leaders kalau bercanggah dengan perlembagaan parti, mereka run a risk of contradicting Akta Pertubuhan 1966. ROS bol3h step in anytime he wishes especially instructed by UMNO. Pity these mullahs....clueless like headless chickens running in circle. There is no jebons to help them anymore.....not ev3n a single jebon lawyer...

      Delete
  4. Bagus lah kalau berpendirian macam tu, elok jugak bagi peluang kepada orang lain, biar sama-sama rasa. Dah orang tak nak kita nak buat macamana. Itulah didikan yang beliau dapat selama berada dalam PAS.

    ReplyDelete
  5. Hanya se coit saja orang orang PAS yang ada maruah dan harga diri

    Mereka mereka ini profesional dan ber fikiran besar serta selalu Ber Fikir

    Yang lain orang orang GAGAL saja macam Hadi Amar Tuan ibrahim Ahmad Yakob... Orang orang Bahalol saja

    ReplyDelete
  6. Saya rase ularmak dalam semak sedang tunjukan hakikat bahawa agama tak sesuai dipartipolitikkan.apa yang kita nampak ialah kuasa veto dan kluk klek.apakah itu sifat islam yang memudahkan dan menyenangkan umatnya?

    ReplyDelete
  7. ROA mungkin masuk campur sekiranya MSU atau DUPP menarik balik usul tersebut sebabnya jelas usul telah diluluskan oleh majlis muktamar dan dalam perlembagaan PAS muktamar ialah majlis tertinggi dan kata putus dan muktamad,kita lihat saja apa yang telah terjadi pada DAP dengan keputusan pemilihan AJK pusat mereka ,ROS hampir membatalkan parti DAP,kita tunggu dan lihat bagaimana kesudahan parti PAS pula,salahnya ialah perwakilan memilih pemimpin yang salah memimpin mereka hanya ikut imosi , begitulah jiga terjadi keatas UMNO baru ,keran merebut kuasa dan orang yang dipilih itu bengong dan bodoh maka berlakulah seperti yang kita semua sedia maklum.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa