Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, June 13, 2015

Kenyataan kolot: Nik Abduh dibelasah wanita

'Kenyataan Nik Abduh gambaran kekolotan'
mk - 1:00PM - 13 Jun 2015

Ketua Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz diingatkan supaya menghormati wanita dan tidak menjadikan kaum itu sebagai objek sindiran.

Timbalan Pengerusi Wanita DAP Pulau Pinang Kasthuri Patto berkata, merujuk kepada kenyataan yang dibuat Nik Abduh semalam, ia dilihat bukan sahaja menghina wanita sebagai objek ejekan tetapi berbaur seksis.

"Apakah motif sebenar Ketua Dewan Pemuda PAS dalam ejekannya selain menghina perempuan dan menganggapnya sebagai satu objek sindiran, perli dan ejekan?

"Agama Islam mengajar wanita supaya dihormati dan dilindungi. Janganlah pula Ketua Pemuda Dewan PAS termakan dengan umpan sesetengah pihak bagi memuaskan nafsu jahil mereka, bak kata pepatah habis cupak dari pelelehan.

"Kenyataan berbaur seksis Nik Abduh terhadap wanita di negara ini menunjukkan kekolotan minda seseorang yang sepatutnya dilihat sebagai pembawa obor generasi muda partinya," kata Kasthuri dalam kenyataan media hari ini.

Semalam, Nik Abduh memperkecilkan DAP yang digambarkan tidak cukup jantan untuk berpisah dengan parti Islam itu.

Mengumpamakan seperti hubungan suami isteri, ketua pemuda baru PAS itu berkata DAP seperti tidak yakin hendak "melafazkan cerai" terhadap PAS.

Selain itu, Ahli Parlimen Batu Kawan berkenaan turut melahirkan kekecewa apabila kenyataan tersebut dikeluarkan oleh seorang ahli politik daripada PAS dan bukannya BN.

Jelas Kasthuri, kenyataan itu dilihat mempunyai sangkaan buruk terhadap kaum wanita dan menunjukkan pemikrian Ahli Parlimen Pasir Mas itu yang "kuno" serta "low-standrad" kerana mengheret keperibadian wanita dalam isu politik.

"Mungkin Nik Abduh sudah lupa diri untuk satu tempoh yang agak lama sehingga mempertuhan ideologi patriarki dan dengan bongkak mengeluarkan kenyataan bahawa PAS bersifat jantan dan DAP bersifat perempuan walaupun perbandingan tersebut tidak masuk akal langsung," katanya lagi.

Justeru, Kasthuri mengingatkan bahawa seorang pemimpin tidak sewajarnya mengeluarkan kenyataan tidak matang seperti itu memandangkan pada pilihan raya umum yang lalu, pengundi wanita lebih ramai iaitu 6,664,474 (50.21 peratus) berbanding 6,603,528 (49.77 peratus) lelaki.

"Ini bererti peratusan keluar mengundi dalam pilihan raya umum ke-13 menunjukkan lebih ramai pengundi wanita telah keluar membuang undi berbanding dengan lelaki dan kenyataannya itu telah mengkhianati kepercayaan semua pengundinya.

"Bukan sahaja martabat wanita digadaikan dan diperlekehkan sebegini. Sebagai seorang anak muda, pemuda-pemudi lain juga berasa tersinggung dan malu dengan kenyataan seorang dari 'zaman batu' tetapi bertopengkan pemuda yang seakan berdarah pahlawan," katanya lagi. 

Berkaitan sebelumnya: DAP tak berani ceraikan kami, ejek PAS 

13 comments:

  1. Biasa le geng ustaz,,... Brgksli mak depa tu jantan kot... Xpandai nak hormat org ti standard ustaz yg perjuangan utk berdakwah tetapi utk berperang...

    ReplyDelete
  2. PAS telah mampus dibunuh PASCAI pimpinan ayah ping marang hj hadi tolol barua.

    ReplyDelete
  3. PAS telah mampus dibunuh PASCAI pimpinan ayah ping marang hj hadi tolol barua.

    ReplyDelete
  4. Tahniah ketua pemuda PAS Nik Abduh. Inilah kecerdikan yang dimiliki oleh pemimpin yang berprinsip yang tiada pada puak-puak jebon dan macai-macai diblog ni. Teruskan perjuangan yang mulia ini dengan kecerdikan, prinsip dan ketegasan kerana inilah yang membuatkan kafir DAP menangis dan melalak. Kahkahkahkah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila Nik Abduh cabar macam tu, ia menunjukkan beliau buta perlembagaan parti. Sekarang pucuk pimpinan PAS sedang cari jalan macamana nak u turn. Mengikut perlembagaan PAS, takde jalan lain melainkan u turn.

      Sebagai KP yang buta perlembagaan parti sendiri itu satu kecerdikan seperti Anon 3:12 kata....aku surrender la. Aku pun percaya gajah pun boleh terbang macam jet fighter di angkasa....hahaha

      Delete
  5. Nik abduh tak pandai berpolitik dia hanya pandai mengaji membaca quran jadi imam dan bilal tok kadi . Sebab tu bila sidang parlimen membisu otak semput bila cakap merapu macam ikan kerapu.

    ReplyDelete
  6. NIK BODOH sudah ikut macam NAJIB jadi BACUL

    Nasib baik ada TUN MAHATHIR

    HIDUP TUN MAHATHIR !!!!!!!!

    ReplyDelete
  7. Anon 3:21 PM

    Ketegasan Nik Abduh membuatkan Kafir DAP menangis melalak? Macam mana pula kalau ketegasan DAP membuatkan Kafir PAS menangis melalak, sebab berjuang atas tiket Islam konon, tapi bila suruh letak jawatan menangis melalak lah....Sebab nak hilang gaji ribu-ribu sebulan dengan jual air liur sahaja.

    ReplyDelete
  8. Yang melalak macai-macai DAP....kahkahkahkah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang yang dituduh macai DAP dah letak jawatan di penang... hari pertama lagi dia umumkan, yang tak letak jawatan sekarang yang nak putus sangat dgn DAP..... aku tau sebab apa mereka tak letak.... sebab mereka ANJING (AL ARAAF: 175-176).

      Delete
    2. Yang sedang melalak betul le macai2 DAP..memang macai DAP pun sebab bila .Muktamar dah putus hubungan dgn Dap, macai-macai DAP dalam PAS ni xmo letak jawatan. Dok nak juga jadi macai-macai DAP dalam PAS....alahai pelahap2 duit ye

      Delete
  9. Yang macai paschai bila nak nak letak jawatan.kalau ikutan kuasa lulus tanpa bahas tuang presideng perpaduwang boleh ilang negeri.takan pkr selangor dan dap pinang nak jatuh dalam lubang yang sama.sedangkan jawatan tak nak lepas.wala la usul muktammar.

    ReplyDelete
  10. Bangsa dan agama lain menghomati Islam
    Pemimpin terkini Pas pula hasut mereka benci Islam ,
    Kpd semua dgn kepimpinan baru , Pas tidak layak mewakili parti Islam , lebih Byk keburukan Dari kebaikan yg dibawa pas chai

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa