Muhafandi Muhamad,Astro Awani |Kemas kini:Jun 13, 2015
(Diterbitkan pada: Jun 13, 2015 18:23 MYT)
(Diterbitkan pada: Jun 13, 2015 18:23 MYT)
KOTA BHARU: Sasterawan negara Datuk A. Samad Said menjelaskan penyertaan beliau ke dalam DAP adalah untuk menzahirkan perjuangannya yang sebelum ini hanya dilontarkan menerusi bait-bait puisi.
Beliau, yang lebih dikenali dengan gelaran Pak Samad, berkata sudah tiba masanya untuk beliau melibatkan diri secara aktif dalam politik tanah air kerana sebagai sasterawan juga perlu menunjukkan sikap untuk memihak kepada mana-mana pihak secara terbuka.
“(Penyertaan ke dalam DAP) sudah saya fikirkan sejak beberapa tahun lalu. Saya mengikuti perkembangan politik dalam tanah air. Saya putuskan menyertai DAP kerana parti ini iailah parti siasah yang ada landasan yang jelas dan anggota parti yang bersungguh-sungguh.
“Apa guna tulisan sahaja, lebih baik sertai parti politik," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan kunci rumah kekal kepada mangsa banjir di Kampung Pasir Tumboh di sini, hari ini.
Hadir sama Penasihat DAP Lim Kit Siang, Pengerusi Gerakan Impian Kelantan (GIK) Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke dan Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok.

Pada majlis itu, A Samad atau lebih dikenali sebagai Pak Samad turut menerima kad keanggotaan daripada parti berfahaman sosialis itu.
Beberapa portal berita malam tadi melaporkan Pak Samad, 83, telah menyertai DAP dan akan memberi penjelasan berhubung pembabitannya dalam parti pembangkang itu pada satu majlis di sini.
Sementara itu, Anthony berkata DAP memilih Gua Musang sebagai tempat Pak Samad memberikan penjelasan mengenai keanggotaannya dalam parti itu kerana Pak Samad merupakan penasihat kepada Gerakan Impian Kelantan.
Pak Samad, sebelum ini banyak membuat kemunculan dalam perhimpunan dan protes serta bantahan anjuran Pakatan Rakyat (PR) dan badan bukan kerajaan (NGO), selain memimpin Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) bagi menuntut perubahan dalam proses pilihan raya.
READ: Pak Samad sertai DAP

Gambar yang dikirim oleh seorang sahabat yang ada dalam majlis itu
kadang2 kesian aku nengok pak samad n tun madey..
ReplyDeleteudoh2 ler...xda maknanye...sape pun duduk putrajaya sama je insyaAllah...tengok tun madey bising2 kat najib dia kata najib x betul,padahal dulu dia perintah sama gak 2x5..org melayu masa tu hidupnya susah gak pun..mana ada setiap keluarga melayu dapat alaun 1k sebulan pun..bahkan sepuluh hengget utk 1 keluarga pun xda kot hehe..
apa2 bangsa kat dunia ni same je..kalo dia malas dia susah,kalo dia rajin dia senang insyaAllah..
perkara ni masa tadika dulu kita tau..tapi bila dah tua tiba2 kita bergantung kat parti politik..padahal kalo ko rajin ko senang kalo ko malas ko susah insyaAllah..x caya tanya budak tadika..hehe
udoh2 ler paksamad n tun madey,gi main2 ngan cucu lagi baik.
Tahniah Pak Samad Said
ReplyDeleteAlhamdulilah
Ya marilah beramai2 masuk DAP , parti yg berwawasan dibawah pimpinan tuan guru khalifah LGE dan LKS ............ kita bubar parti melayu bahlol spt PKR dan ngo Pasma yg bersifat kronisme serta nepotisme dan tidak pandai menjana ekonomi ......... hanya pandai menghabiskan dana yg dikumpul oleh TSKI ................ melayu2 jenis ni bahlol2 belaka !
ReplyDelete
ReplyDeleteSasterawan Negara, A. Samad Said secara rasmi menamatkan desas-desus yang mula tersebar sejak semalam apabila menyertai DAP dalam satu majlis anjuran parti pembangkang itu di sini pada Sabtu
Pengisytiharan kemasukan beliau diumumkan sendiri penasihat parti itu yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang serta turut dirakam dan dimuat naik menerusi akaun laman sosial Twitter milik DAP Malaysia.
Kemasukan A. Samad Said atau nama sebenarnya Abdul Samad Muhammad Said, 80 tahun; ke dalam parti itu turut dimeriahkan dengan acara penyerahan kad keahlian rasmi DAP yang diserahkan sendiri oleh Kit Siang.
“Sasterawan Negara Sdr. @asamadsaid menerima kad keahlian DAP beliau dari Ketua Parlimen DAP @limkitsiang,” kicau DAP Malaysia secara ringkas menerusi laman Twitter parti itu awal petang Sabtu.
Pengumuman itu turut disaksikan oleh Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke dan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dalam majlis penyerahan rumah mangsa banjir anjuran pertubuhan Gabungan Impian Kelantan.
Ironi, agak aneh apabila majlis tersebut berlangsung di Kampung Pasir Tumboh, Gua Musang, Kelantan, negeri dikuasai Pas; bukan di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur atau Pulau Pinang yang ditadbir oleh parti berkenaan.
Tiada kelibat kehadiran wakil Pas serta kerajaan negeri Kelantan dalam program itu dan ia menimbulkan tanda tanda tanya apakah Pas tidak dijemput atau memang sengaja tidak diberitahu bagi memalukan imej Pas sendiri.
Ramai penganalisis melihat acara itu sengaja dibuat di Kelantan bagi menunjukkan kepada Pas yang memutuskan tahaluf siyasi atau hubungan kerjasama politik dengan DAP menerusi usul khas pada muktamar di Selangor.
Timbul persoalan kenapa pengisytiharan kemasukan A. Samad Said dibuat secara tergesa-gesa pada waktu kurang sesuai ekoran keretakan hubungan DAP dengan Pas yang semakin teruk akhir-akhir ini ibarat retak menanti belah.
Ada cakap-cakap politik mendakwa, tindakan DAP sengaja buat program itu di Kelantan sebagai dakyah bagi menarik minat rakyat negeri Serambi Mekah tersebut kononnya parti berkenaan berbilang kaum dan bukan rasis.
Bukanlah luar biasa bagi DAP cuba menonjolkan seramai mungkin ikon Melayu menyertai parti itu dan sebagai persediaan awal menjadi calon pada pilihan raya umum akan datang jika Pas muktamad memutuskan hubungan.
Hakikatnya calon Melayu hanya alat boneka DAP kerana agenda parti itu sendiri jelas disebut terang dalam perlembagaan parti tersebut untuk menghapuskan segala hak istimewa Bumiputera jika memerintah Malaysia.
Memang sebelum ini ada beberapa individu Melayu menjadi ADUN dan ahli parlimen mewakili DAP, tetapi pengaruh mereka dalam ‘mencorakkan’ hala tuju parti itu langsung sifar ibarat melukut di tepi gantang.
Tidak perlu lihat Singapura yang diperintah PAP, parti asal DAP di Malaysia; sebaliknya tengok sahaja apa berlaku di Pulau Pinang bagaimana layanan mereka terhadap masyarakat Melayu dan wakil Pas dalam kerajaan negeri itu.
Samad yang lebih sinonim dengan panggilan Pak Samad mula berjinak dalam politik menerusi kempen antidasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pada 2009.
Anehnya, beliau tidak pernah mengkritik dasar kerajaan DAP Pulau Pinang yang tiada memartabatkan bahasa Melayu malah semua papan tanda nama jalan di negeri itu dimasukkan tulisan Cina seperti berada di Hong Kong.
Sebelum menyertai DAP, A. Samad cukup aktif dengan kegiatan masyarakat dan pernah memimpin gerakan pembaharuan pilihan raya, dikenali Bersih yang menuntut agar proses pengundian dijalankan dengan adil.
Lucunya, proses pemilihan DAP yang berlangsung tahun lalu teruk dicemari unsur manipulasi dan menyebabkan semua pemenang sehingga kini masih lagi tidak diiktiraf sah oleh Pendaftar Pertubuhan.
Apa yg kau meroyan ni bro. Biar la dia nak masuk Dap...tak ambil harta kau pun. Tun pun OK aja..pak samad dgn Dap.
Deletetahniah pak samad
ReplyDelete