PAS Selangor sangkal dakwaan Husam wujud cadangan kerjasama PAS-Umno
OLEH YASMIN RAMLAN
Published: 6 November 2015 2:46 PM
Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad nafi wujud perbincangan penubuhan kerajaan perpaduan di negeri itu, seperti didedahkan bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 November, 2015.
Tiada sebarang perbincangan antara PAS dan Umno mengenai penubuhan kerajaan perpaduan seperti yang didedahkan bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa di ceramahnya semalam, kata Datuk Iskandar Abdul Samad.
Pesuruhjaya PAS Selangor itu berkata, tidak ada keperluan menubuhkan kerajaan perpaduan dengan Umno kerana situasi sedia ada parti Islam itu masih dalam keadaan terkawal.
"Apa perlu kita tubuh kerajaan perpaduan dengan Umno? Umno pun orang dah tak mahu," katanya kepada pemberita di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di Shah Alam, hari ini.
Beliau sebaliknya berkata, dakwaan Husam presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengaku pernah merancang kerjasama dengan Umno bagi menubuhkan kerajaan perpaduan di Selangor kemungkinan diputarbelitkan media.
"Umno sekarang berada dalam keadaan tertekan, buat apa kita tubuhkan perpaduan dengan kerajaan dan parti yang tidak diterima lagi oleh orang," katanya.
Semalam, Husam mendedahkan dalam ceramah beliau di Kota Baru, Kelantan, Hadi mengaku pernah merancang kerjasama tersebut dengan Umno pada tahun lepas ketika krisis pertukaran menteri besar di Selangor.
Katanya, "konspirasi" antara 2 parti Melayu itu menjadi punca perpecahan dalam PAS sebelum ini sehingga melahirkan kumpulan serpihan yang membentuk parti baharu Parti Amanah Negara (Amanah).
Iskandar yang juga naib presiden PAS berkata, beliau tidak tahu-menahu sekiranya benar terdapat konspirasi untuk mewujudkan kerajaan perpaduan antara parti itu dengan Umno/Barisan Nasional (BN) dan tidak akan bersetuju jika ia berlaku.
Sementara itu, timbalan presiden PKR yang juga Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali pula lebih selesa bersikap "kunci mulut" dengan mengelak daripada mengulas berkenaan perkara itu.
"Saya tak campurlah. Itu politik parti lain. Tidak ada sebarang perbincangan ke arah itu," katanya ringkas. – 6 November, 2015.
Pasti akan berlaku..aku percaya
ReplyDeletebila tiba PRU14 nnt dan slps keluar keputusan, pemimpin2 Pas akan kata"inilah strategi Politik Pas..kita bekerjasama dgn umno takkan nak bagitahu musuh politik. Takkan kita nak ngaku awal2 dgn musuh. Kalau mereka pandai curi orang kita..kita pun pandai curi orang mereka..kita ada strategi"
Rahsia hadi nak join umno utk tumbangkan PR dulu akhirnya terbarai......huhuhu
ReplyDeleteApakah kesialan yg dihadapi olej pas neh...makin lama makin banyak pulak kecelakaannya terdedah. Kenapa din ayam membisu seribu basa.
ReplyDeleteSaya lebih percaya dgn naib presiden yg menang dari yg kalah...
ReplyDeleteAku tak percaya kepada orang berilmu agama tinggi, tetapi apabila pemimpin sendiri buat salah dia berdiam diri... malah membiakan ASSABIYAH di dalam kumpulan. Syabas Husam Musa... anda bukan sebahagian SYAITAN BISU di dalam PAS.
DeleteWan Rosli kepercayaan kau tu membawa kau ke neraka bersama peminpin yg cakap mcm orang munafik, walaupun sendiri mengajar tentang sifat munafik tahu tentangnya phuuuuih
DeleteWan rosli babi engko ada kepercayaan ko anjing?
DeleteSetelah menonton video ucapan Husam dalam blog YSK, aku percaya bahawa kenyataan yang dibuat oleh Husam itu adalah benar. Menurut Husam, terdapat beberapa orang saksi yang turut sama mendengar pengakuan Hadi mengenai plan untuk berpadu dengan UMNO. Jika Hadi tidak menafikan kenyataan Husam dalam masa terdekat ini, nampak gayanya sahihlah apa yang didakwa oleh Husam. Come on Hadi, sila nafikan segera jika ianya tidak benar.
ReplyDeleteHA dan komrad2nya dah tak tertahan melihat harta2 ghanimah. Inilah masa dan.peluang terbaik yang tak boleh dilepaskan.
ReplyDeleteSaja pinjam kata-kata budak-budak muda. Ramainya kaki kencing!!!.............dalam PAS.
ReplyDeleteKalau TGHH mengaku pun kami x kesah.. kami tetap sokong beliau.. ketika itu DAP menolak TGHH jadi kami samasekali bersetuju apa jua keputusan TGHH asalkan jgn bersekongkol dgn DAP.. PAN bersekongkol dgn DAP tapi marah TGHH kerana tak nak ikut sama..
ReplyDeletewan amero, janganlah kau maki Wan Rosli tu. Dia adalah setara dengan Hasan Malik yang menjadi idola pujaannya.
ReplyDelete